PART 24

128 16 0
                                    

.

PARK COMPANY,SEOUL.

Berita tentang CEO Park Company ingin membuat sidang media tentang keluarga yang selamanya dia sembunyikan dari semua orang. Beberapa wartawan sedang bersiap sedia dia depan pintu masuk company tersebut.

Rakyat korea tertanya-tanya siapakah tiga orang anak kepada usahawan yang sangat berjaya di Korea maupun di Australia. Siapa je taktahu Tuan Park Sean yang sangat tertutup peribadinya.

Sebuah kereta mewah ditelah berhenti dipintu masuk. Semua wartawan melihat kereta tersebut terus belari ke arah kereta itu dengan camera sudah siap sedia beraksi.

Rose didalam kereta saat itu terkejut melihat sambutan diluar sana.Begitu penuh sekali camera luar sana. Goeun melihat adiknya itu seperti gugup.Go eun menyentuh tangan rose. "Jangan risau kami ada rose. kami akan selalu disisimu. Jangan takut ye. Unnie,oppa dan ayah akan menjagamu disana."ucap goeun.

Rose seperti mendapat keberanian mendengarnya. "Anak- anak sudah bersedia dengan hidup baru ini?"ucap Park Sean. Mereka bertiga mengangguk dengan serentak.

"Baiklah ayuh kita turun"arah Park Sean. Bodyguard sudah siap sedia diluar sana kerana keadaan diluar sana seperti luar kawalan. Park Sean telah keluar dari kereta dan diikuti oleh go eun , jimin dan rose.

Apabila melihat bintang besar itu keluar dari kereta yang sama membuat media disitu sangat terpana seperti bermimpi saat itu. Benar orang kata keluarganya pandai merahsiakan dari semua orang.

Mata rose seperti pusing kerana terkena cahaya flash dari kamera disitu. Jimin melihat adiknya saat itu terus melangkah perlahan ke belakang sebaris dengan adiknya. Jimin memakaikan spek hitam kepada adiknya. Orang melihat itu bingung kerana selama ini jimin dan rose seperti tidak mengenali antara satu sama dan paling terkejut pelakon goeun merupakan kakak kepada mereka berdua.

Satu korea mau dunia seperti tidak percaya dengan berita tentang keluarga Park Sean. Selama ini, Park Sean mendidik anaknya bermula dari bawah bukan dengan kekayaannya dan terbukti ketiga anaknya berjaya.Dia sangat bangga tentang itu.

Setelah satu jam mereka menjawab soalan dari media dijemput oleh Park Company.Park Sean menyuruh anaknya pulang terpulang dulu kerana dia ada sesuatu untuk dilakukan selepas itu.

"Noona rose apa kau ingin mengikutku pulang ke dorm ku sebentar?tanya jimin kerana ia ingin singgah ke dormnya untuk mengambil beberape barangnya dan beritahu berita gembira untuk membernya pasal tinggal bersamanya.

"Oh noona harus pergi berjumpa dengan manager noona sebentar untuk membahaskan jadual noona yang banyak tertangguh. Rose kau mau ikut noona atau jimin?"tanya goeun kepada rose.

"Sepertinya unnie akan lama. Hmmmmmmmm aku ikut jimin oppa saja kerana aku taknak menganggu unnie bekerja."ucap rose. Goeun mendengar itu terus menganggukkan kepalanya.

"Baiklah kalau begitu unnie pergi dulu ye. Jumpa dirumah nanti. Jangan lupa makan ubat rose dan jimin jaga rose baik2"ucap goeun sebelum naik kereta.

Jimin dan rose terus bergerak menuju kereta mereka dan jimin yang memandunya. Mereka seperti bebas untuk menunjukkan hubungan mereka semasa berada diluar tanpa perlu penyamaran.

.

DORM BTS

"Hyungggg"pangil jimin setelah masuk ke dalam dorm yang gelap gelita dan dibelakangnya ada rose mengikutinya.

"Oppa apa kalian tidak membayar elektirk sampai jadi begini?"polos rose menanyakan.

Satu dua tiga......

Popppppppppp

"Tadaaaaaaaaaaa"jerit member bts saat itu. Rose terkejut dengan bunyi letupan itu terus memegang dadanya tiba2 rasa sangat ngeri. Rose cuba sebaik mungkin untuk tidak menunjukkan reaksi bahawa dadanya saat itu sangat sakit.

"YAK APA YANG KALIAN LAKUKAN???"tanya jimin kebingungan kerana melihat membernya seperti menyiapkan party kecilnya.

"Jiminnie. Kami hanya membuat party kecil untuk meraikan hari freedom kamu. Selama ni kau hanya merahsiakan dari kami tentang keluarga mu dan ternyata kau orang sangat hebat menutupi hal privasimu . Dan harini kau bebas untuk itu"jelas Jin hyung.

Saat itu para member tidak sedar akan kehadiran rose yang berada dibelakang jimin. Rose menyembunyikan dirinya dibelakang jimin untuk meredakan sakitnya saat itu.Jimin yang sangat terkejut dengan kejutan dari para membernya terus melihat adiknya agar rose baik2 saja.

"Roseee, kau baik2 saja"ucap jimin dengan panik melihat adiknya menunduk kepalanya tanpa menjawabnya.Jungkook dengan cepat mencari ubat rose didalam beg rose lalu memberi ubat kepada rose saat itu.Rose hanya menurut saja apa yang dilakukan oleh jungkook saat itu.

"Rosee tarik nafas perlahan2"ucap jungkook agar jantung rose kembali seperti biasa. Rose cuba menarik nafas dengan perlahan sambil memegang dadanya.Jimin panik melihat adiknya saat itu.Para member bingung melihat jimin dan jungkook terlalu panik kepada rose.

"Rose, masih sakit ke atau kita pergi ke hospital saja"ucap jimin. Rose hanya mengelengkan kepalanya kerana rasa sakitnya sudah berkurangan.

Jungkook menarik tangan rose untuk duduk disofa dan mengelap peluh diwajah rose. Rose terkesima dengan sikap manis jungkook buatnya.
"Gomawo jungkook"ucap rose.

"Jimin apa yang terjadi dekat rose ? aku berasa bersalah kerana meletupkannya"ucap RM. Mereka pun mendekat dengan rose dan jungkook.

"Aku menghidap kanser jantung. Maaf membuat kalian rasa bersalah denganku"ucap rose kerana melihat wajah member abangnya seperti telah membunuh orang saja. Mereka terkejut kerana rose bukanlah orang terbuka kepada orang asing.

"Rose apa yang kau katakan ?"tanya jimin kerana terkejut dengan sikap terbuka adiknya.

"Aniya oppa aku hanya ingin mulakan hubungan ini dengan kejujuran supaya nanti bila mereka duduk dengan kita dan mereka akan memahami dengan penyakitku.Sepertinya aku akan mempunyai abang yang ramai nanti"ucap rose dengan gembira untuk menghidupkan suasana yang suram saat itu. Jungkook benci mendengarnya seperti rose akan pergi darinya.

"Roseah, aku terharu kau menganggap kami seperti keluargamu. Aku akan menjagamu sebaik mungkin"ucap V mengusap kepala rose dengan lembut.

"Aku pun"ucap RM

"Oppa jugak. Kau jangan muak dengan perangai ku yang terlampau caring roseyahh"ucap jhope dengan senyuman manisnya.

"Wah. sepertinya aku kena belajar memasak makanan kegemaran adik baru ku ini."ucap Jin dengan semangat.

"Aku pun akan menjagamu"ucap suga dengan datar.Mereka mendengarnya terkejut kerana suga jarang menunjukkan sikap manis didepan seorang perempuan.

Rose tersentuh mendengar para member abangnya akan menjaganya nanti. Rose bangun dari duduknya "Gomawo Oppaku aku akan menyayangi kalian lebih dari oppaku"ejek rose. Jimin cemburu dengan sikap mesra adiknya dengan membernya tapi dia syukur kerana membernya memberi adiknya dengan seadaanya.

"Yak jangan nak lebih2. Aku adalah orang yang paling dia sayang dari memberku"sahut jimin yang taknak mengalah mendapat kasih sayang adiknya.

"Baiklah oppa kau yang pertama"balas rose seperti bosan dengan sikap jimin yang manja padanya. Jungkook hanya mendiamkan diri saja dari tadi kerana dia sedang berusaha menjauh dari rose dan rose perasaan dengan raut wajah jungkook seperti menyembunyikan sesuatu tentangnya.

.

.

.

.

Aigooo jungkookssi 😭

Can I stay ?Where stories live. Discover now