>
.
.
.
Seoul,2016
Setelah 5 bulan blackpink debut.YG dapat melihat peluang cerah untuk Blackpink kerana dengan lagu debut sahaja blackpink telah memecahkan record senior-senior mereka terdahulu.Oleh sebab itu, setelah 5 bulan YG memberikan peluang kepada Blackpink melakukan pekerjaan solo mereka.Kini dalam waktu yang sangat sesuai untuk mengeluarkan single terbaru untuk blackpink.Dengan sebulat suara YG telah mengeluarkan satu statement menyatakan Blackpink akan melakukan comeback untuk waktu terdekat ini.
.
.
DORM BLACKPINK
" Unnieeeee lihat iniiii" teriak lisa sambil berlari ke ruang tamu dorm mereka. Jisoo dan jennie terkejut mendengar teriak si maknae itu. Lisa terus menghulurkan telefonnya kepada keduanya untuk menunjukkan group sedang menjadi topik hangat kerana mereka akan melakukan comeback.
"Wah daebak lisayah, aku tidak sangka kita akan mendapat sambutan yang sangat baik untuk debut kita ini. Aku sangat bersyukur dapat debut bersamanya kalian."ujar jennie sedang menahan sebak kerana sangat terharu dengan pencapaian mereka yang telah berkerja keras.
"Ya benar itu semua adalah hadiah kita yang telah banyak kerja keras untuk debut kali ini walaupun kita masih rookie.Ayuh kita lakukan yang terbaik untuk masa hadapan."ujar jisoo sambil memeluk lisa dan jennie.Setelah berapa minit berpelukan baru mereka perasan ada salah seorang dari mereka tiada siapa lagi kalau bukan Situpai itu.
" Mana rose lisayah?' tanya jisoo sambil memandang lisa sedang memikir.
" Entah aku fikir rose bersama unnie kerana aku dari tadi ada dalam bilikku." ujar lisaa.
"Oh maybe dia ada dalam biliknya tapilah biarlah unnie melihatnya kerana dia tidak memakan apa-apa dari pagi , unnie ingat dia bersama kamu." ujar jisoo sambil bangun dan berjalan menuju ke bilik rose.
Sebelum jisoo masuk dia mengetuk pintu dahulu pintu rose kerana takut menganggu rose, sudah berapa kali mengetuk pintu tanpa mendapat respon dari rose .
''Roseeee unnie masuk ye " kata jisoo tanpa menunggu respon dari si rose kerana jisoo merasakan ada sesuatu buruk kepada rose.Setelah jisoo masuk kedalam bilik rose melihat tiada cahaya langsung hanya kegelapan sahaja. Jisoo fikir apa yang rose lakukan didalam suasana yang gelap itu seharian.
Jisoo membuka lampu dan melihat rose sedang baring diatas katilnya sambil menutupi tubuhnya dengan selimut tebalnya. Jisoo terus menghampiri rose dengan cepat kerana merasa pelik dengan rose ketika itu. Jisoo terus menarik selimut rose dengan lembut kerana takut membuat rose terkejut jika dia menarik dengan kasar.
"YAKKKKK ROSEEEEEEE BANGUNNN''jerit jisoo walaupun tidak kuat tetapi dapat membuat rose tersadar seketika walaupun matanya cukup berat untuk membuka matanya dan dapat melihat muka si kakaknya sangat risau melihat keadaannya. Rose merasa lemah dari semalam dah tidak menyangka akan merasakan sesakit ini.Jisoo cuba bangunkan rose untuk bersandar di kepala katil .
''Ya Ampun rose lain kali kalau sakit bagitahu unnie jangan mendiamkan diri seperti ini. Apa kau fikirkan hah? Kalau unnie tak masuk tadi sampai esok unnie taktau kamu sakit. Unnie mohon ini kali terakhir kamu seperti ini kalau kamu buat lagi macam ini unnie akan marah dan merajuk dengan kamu."marah jisoo kepada rose walaupun dia tidak sanggup melihat wajah pucat rose tapi dia harus keras hati untuk memarahi rose dia tidak mengulangi kesalahan itu.
"Nee unnie, mian. Rose taknak menyusahkan unnie saja kerana ini hanyalah demam biasa, rose fikir kalau rose tidur dapat menurunkan panasnya tetapi taktahu pulak akan terjadi seperti ini."lemah rose menyatakan kepada jisoo sambil menundukkan kepalanya kerana dia tahu salahnya mendiamkan diri seharian dalam bilik. Jisoo menghembus nafas dengan berat lalu berdiri meninggalkan rose seketika tanpa menyatakan sesuatu.
YOU ARE READING
Can I stay ?
No FicciónSeorang gadis menjalani kehidupan sebagai seorang idol di Korea Selatan baru sahaja didebutkan oleh YG . Band girl yang dinamakan sebagai BLACKPINK yang mempunyai empat orang iaitu JISOO,JENNIE,ROSE and LISA. Setelah berjaya menawan hati pengemar m...