Keluhan dilepaskan. Matanya hanya merenung ke arah pantai. Pantai yang sama ketika dia membawa Hannah jalan-jalan dahulu.
Setahun. Waktu yang cukup lama untuk menahan rindu terhadap arwah isterinya.
"Jauh kau pergi sayang." Dia duduk di atas pasir. Dia membuat muka tersenyum di atas pasir. Apa yang dia lukis tidak sama dengan perasaannya sekarang.
Berat. Rindu itu berat. Terlalu berat apabila merindui seseorang yang tak kan pernah kembali.
"Abang rindukan sayang. Sayang tak nak balik ke?" Dia memejam mata. Sedaya upaya dia cuba menahan air mata daripada jatuh membasahi pipi.
"Tak rindu abang ke sayang?" Bergetar nada suaranya.
"Tolonglah ibu. Orang tak nak lah." Matanya terbuka. Suara itu agak menganggu dirinya. Matanya terhala ke arah seorang gadis yang seperti diheret oleh seorang wanita yang agak berusia. Ibunya mungkin.
Mikael buat tak layan. Tidak perlu masuk campur hal orang.
"Orang tak nak lah ibu." Dia kembali memandang gadis itu.
"Suara tu memang nak tarik perhatian orang ramai eh?" Mikael bebel sendiri.
"Orang bukan pelacurlah ibu." Mikael mengerutkan dahi. Pelacur? Tiba-tiba gadis itu memandang ke arahnya. Mereka bersabung pandangan.
Terbuntang mata Mikael. Dia salah lihat? Hannah. Gadis itu ialah isterinya kan?
Lekas dia bangun dari duduk. Jika tadi dia tak ingin masuk campur hal gadis itu, tapi tidak kali ini. Mikael berdiri di hadapan mereka berdua.
"Hannah." Mikael memanggil. Matanya tidak lepas dari memandang gadis itu. Matanya hampir sama seperti Hannah. Bezanya, mata gadis di hadapannya ini berwarna coklat gelap.
"Kau siapa?" Wanita tua di sebelah gadis itu bertanya. Matanya memandang tepat ke arah Mikael.
"Saya kawan dia." Hanya itu jawapan yang terlintas di fikirannya. Gadis itu mengerutkan dahi. Kenal pun tidak, tiba-tiba mengaku kawan.
"Ouh. Dah boleh bla kut." Wanita itu menarik tangan gadis itu kembali. Jelas kelihatan gadis itu tidak suka.
"Ikut aku."
"Ibu. Tolonglah, Hanim tak nak." Sedaya upaya gadis itu mencuba meleraikan genggaman pada pergelangan tangannya.
"Ibu!" Gadis itu mula menjerit. Terhenti langkah kaki wanita itu. Dia memandang si gadis dengan tajam.
"Kau siapa nak halang aku?" Kepala gadis itu ditunjal beberapa kali. Mikael yang melihat dari jauh berasa geram.
Dia mendekati mereka. Tangan wanita itu dipegang.
"Jangan buat macam ini." Wanita itu memandang Mikael atas bawah. Geli dia melihat lelaki itu. Dengan rambutnya yang serabai. Bajunya juga agak kotor dengan pasir. Senang cerita seperti tidak terurus.
"Jangan masuk campur urusan aku." Wanita itu memberi amaran. Mikael memandang gadis itu. Gadis itu seakan-akan meminta pertolongan darinya.
"I want her." Wanita itu mengerutkan dahi. Dia kembali meneruskan langkah. Tak ada masa nak layan Mikael.
"I will pay." Wanita itu memandang Mikael atas bawah lantas ketawa kuat.
"Kau buat lawak ke?" Wanita itu rasa lawak. Lelaki dihadapannya ini mampu ke beri duit yang banyak?
"How much?" Tawa wanita itu terhenti. Dia tersenyum sinis. Jika dia memberitahu lelaki itu harga yang dia mahukan, pasti lelaki itu tidak mahu.
"100 ribu." Mikael mengangguk. Untuk 100 ribu, sanggup wanita itu ingin menjual anaknya.
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...