Kosong. Mikael rasa kosong. Entah mengapa dia rasa begini? Dia teringat akan perempuan yang mengaku dirinya sendiri sebagai isteri dia yang sah. Sudah berapa lama dia tidak lihat perempuan itu.
Tetapi dia ada rasa ketika perempuan itu datang melawatnya. Waktu dia tidur. Dia tidaklah sedar sangat waktu itu. Tapi dia masih boleh rasa perempuan itu datang melawatnya.
Entah itu betul ataupun tidak. Mungkin ianya hanya mimpi semata-mata. Dia juga tidak pasti.
Keluhan kecil terlepas dari bibirnya. Dia memandang sekeliling bilik wadnya.
"Bila boleh balik ni?" Badan disandarkan pada kepala katil.
"Bosan betullah duduk sini. Makanan dah lah tak sedap." Mikael merungut. Teringat akan makanan yang selama ini dia makan di hospital. Tak sedap. Dan disebabkan itu lah dia benci hospital.
Pintu dibuka dari luar. Dalam hatinya, dia mengharapkan perempuan hari itu yang datang. Tepat sekali. Perempuan itu datang menemuinya hari ini. Berjumpa empat mata dengannya setelah sekian lama tidak berjumpa.
"Huh. Kau datang lagi?" Sinis sekali kata-kata yang keluar dari mulut Mikael. Hanim hanya diam.
"Ouh, dah tak ada mulut dah? Dah bisu?" Rasa geram hati Mikael apabila dia tidak mendapat balasan daripada perempuan itu.
"Eh kau ni. Tak reti nak balas ke?" Hanim masih lagi diam. Berkerut dahi Mikael.
"K-kau tak betul-betul bisu kan?" Hanim menghela nafas kasar.
"Untuk hari ni, tolong jangan keluarkan kata-kata yang boleh sakitkan hati saya. Saya cuma nak luangkan masa dengan awak. Tak lama pun. Sekejap aje." Terselit rasa berharap dalam kata-katanya. Mikael diam tidak membalas. Baru setapak Hanim ingin mendekati Mikael, Mikael bertanya.
"Kenapa aku perlu dengar cakap kau? Siapa kau untuk aku ikut perintah?" Mikael membalas. Terpejam sekejap mata Hanim. Ya Allah, berikan dia kesabaran yang tinggi untuk menghadap suaminya.
"Bagi saya luangkan masa dengan awak. Tak lama pun. Sekejap aje. Saya janji. Tak kan ambil masa yang lama pun," kata Hanim separa memohon. Mikael hanya diam. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut dia selapas itu.
"Saya bawak buah untuk awah. Dah siap kupas dan potong kecil-kecil. Awak makan eh? Manis tau buah epal ni." Bekas diletakkan di atas meja yang disediakan.
Hanim duduk di kerusi yang berada di sebelah katil pesakit. Garfu yang dibawa dari rumah diambil. Bekas tadi juga turut diambil. Dia membuka penutup bekas itu.
Hanim mencucuk satu epal yang telah dipotong kecil menggunakan garfu. Dia menyuakan epal itu kepada Mikael. Mikael diam memerhati.
"Makanlah. Manis tau." Nak tak nak, Mikael membuka mulutnya. Hanim tersenyum kecil. Epal tadi sudah masuk ke dalam mulut Mikael. Mikael mengunyahnya perlahan sebelum dia menelan. Manis.
Hanim terus menyuap epal ke dalam mulut Mikael sehingga habis. Tersenyum Hanim melihat bekasnya yang sudah licin.
"Terima kasih sebab dah luangkan masa dengan saya walaupun sekejap. Terima kasih juga sebab tak keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati saya." Hanim tersenyum ke arah Mikael. Mikael hanya memandang tanpa membalas.
"Saya rasa awak mesti dah tak nak tengok muka saya dekat sini. Mesti awak rasa menyampahkan bila saya ada dekat sini." Senyuman Hanim bertukar kelat. Hanim menarik nafas.
"Kalau macam itu, saya balik dululah. Awak jaga diri tau." Hanim bangun dari duduk. Ingin berlalu dari situ. Baru sahaja Hanim ingin berpaling, lengannya dicengkam lembut. Tidak lain dan tidak bukan, sudah tentulah Mikael yang mencengkam lengannya.
Mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik ini. Tiada orang lain lagi di sini selain mereka berdua. Hanim memandang ke arah Mikael.
"Iya? Ada nak apa-apa ke? Rasa sakit ke?" Mikael menggelengkan kepalanya.
"Err... teman aku dekat sini. Boleh?" Terkebil-kebil mata Hanim memandang Mikael. Suaminya ini sudah ingat dia ke?
"Ouh. Kau janganlah fikir yang bukan-bukan. Aku suruh kau teman aku sebab aku bosan je. Kalau tidak, tak ada nya aku nak suruh kau teman aku dekat sini." Cepat sahaja Mikael memberi balasan selepas melihat wajah kepelikan Hanim.
Hanim tersenyum nipis. Dia kembali duduk di kerusi tadi. Mikael melepaskan cengkamannya. Suasana di antara mereka terasa agak kekok. Lagi-lagi apabila mereka hanya diam dengan mata Hanim yang merenung suaminya.
"Apa hal kau tenung aku macam itu?" Hanim menggelengkan kepalanya.
"Tak ada apa. Saja pandang awak. Rindu. Rindu nak tengok muka awak dekat-dekat." Mikael buat muka menyampah. Walhal dalam hatinya, dia rasa sesuatu.
"Saya maksudkannya." Mikael mengerutkan dahinya.
"Huh?" Dia tak faham.
"Saya rindu awak. Betul-betul rindukan awak. Saya rindu gurauan awak. Saya rindu senyuman awak. Saya rindu semuanya tentang awak." Hanim mengambil nafas sebelum dia menyambung kata.
"Sebulan lebih saya tunggu awak bangun dari koma. Dalam tempoh itu, saya hanya mampu berdoa supaya awak boleh bangun. Sebulan bukanlah masa yang singkat. Lagi-lagi dengan keadaan saya yang berbadan dua. Hidup pula tanpa seorang suami di sisi saya." Matanya mula berkaca-kaca. Mikael diam mendengar.
"Dan apabila satu hari itu. Saya dapat tahu awak dah bangun. Sumpah saya rasa bersyukur gila bila dapat tahu suami yang saya tunggu selama ni dah bangun dari koma. Tapi apa yang jadi selepas itu, buatkan saya rasa kecewa. Kecewa yang teramat sangat." Air mata Hanim jatuh setitis demi setitis.
"Suami saya sendiri. Suami saya yang saya tunggu selama ini, boleh lupakan saya. Saya rasa sedih. Saya rasa marah. Saya rasa kecewa. Perasaan saya waktu itu bercampur baur. Dan mulalah saya menyalahkan takdir."
"Tapi saya lupa. Allah tak datangkan sesuatu ujian kepada saya tanpa sebab. Mesti ada sebabnya dia bagi ujian ini pada saya." Air mata yang jatuh di pipinya langsung tidak diseka.
"Lepas saya dapat tahu yang dia sudah lupakan saya, saya cuba buat dia ingat balik tentang siapa saya dalam hidup dia. Tapi tak berjaya. Malahan, dia halau saya. Dia tak nak jumpa saya lagi."
"Baik. Saya ikut cakap dia. Saya pergi sekejap untuk buat dia lembut hati. Tapi itu tqk bermaksud saya tak jumpa dia langsung. Setiap malam. Atau setiap kali dia tengah tidur. Saya datang jumpa dia. Saya pandang muka suami saya. Saya cium dahi dia." Air mata Hanim semakin lebat mengalir.
"Hanya Allah saja yang tahu betapa saya rindukan dia. Saya rindu dia sangat-sangat. Saya rindu nak bergelak ketawa dengan dia. Dan awak nak tahu sesuatu? Waktu saya menangis, dia akan peluk saya. Pujuk saya supaya saya tidak menangis lagi. Tapi itu semuanya dahulu. Sekarang dah tak ada lagi." Lirih suara Hanim. Dia memandang tepat ke dalam mata Mikael.
Jari Mikael menyentuh lembut pipi Hanim. Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Hanim.
"Don't cry. Hati aku sakit tengok kau menangis." Makin lebat air mata Hanim mengalir. Kali ini dia menangis teresak-esak.
"Mikael. Can I hug you?" Tidak menunggu balasan daripada Mikael, dia terus memeluk suaminya. Dia sudah tidak kisah jika Mikael memarahinya.
Perlahan-lahan tangan Mikael naik menyentuh belakang badan Hanim dia menepuk lembut belakang badan Hanim. Di bahu Mikael, Hanim menangis semahunya. Melepaskan rasa rindu di dalam hati.
Terima kasih sudi baca<333
QOTD
"Aku ingin begitu bernilai di matamu. Sampai nanti suatu saat bila kau tak memiliki apa pun, kau tersenyum, kerana masih memiliki aku."

YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Storie d'amore[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...