BAB 34

667 64 12
                                    

Keluhan terlepas dari bibirnya. Hanim memandang sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil hospital. Mikael. Suaminya itu terbaring dalam keadaan koma. Satu bulan sepuluh hari dia terbaring di situ. Sepanjang tempoh ini, tiada tanda-tanda Mikael akan sedar.

Sebulan yang lepas, ketika doktor mengesahkan Mikael koma, dia terus jatuh menyembah bumi. Perit untuk dia menerima kenyataan itu. Tetapi, walau apa pun, dia tetap kena terima.

Tangannya mencapai tangan Mikael. Digenggamnya tangan Mikael itu. Dia rindu. Rindu dengan gurauan lelaki itu. Dia rindu suara suaminya. Dia rindu gelak tawa Mikael. Dia rindu belaian Mikael. Semuanya tentang Mikael Harfiy, dia rindu. Satu sebulan itu merupakan tempoh yang sangat lama untuknya.

Hidup tanpa suami di sisinya sangat mencabar. Lagi-lagi dengan kondisinya yang sedang berbadan dua. Iya! Dia mengandung. Selepas seminggu Mikael terlantar di sini, dia rasa tidak sihat. Selalu muntah-muntah, pening kepala dan bermacam lagi simptom-simptom orang mengandung.

Mulanya, dia tidak sedar. Sehinggalah ibu mertuanya sendiri menyuruhnya berjumpa dengan doktor. Dan dia disahkan hamil. Masuk ke hari ini, kandungannya sudah berusia 2 bulan. Dia bersyukur. Cuma dalam keadaanya yang seperti ini, kadang-kadang dia akan rasa anak ini bagaikan satu beban untuknya.

"Awak." Hanim memanggil. Dia tahu Mikael dengar. Orang kata, orang yang koma ini akan dengar apa aje yang kita katakan kepadanya.

"Awakkk. Bangunlah." Hanim tidak dapat menahan air matanya. Air matanya mula mentitik. Setitik demu setitik sebelum air matanya mengalir lebih lebat. Rindu itu memang berat. Dan sangat berat.

"Awak tak rindu saya ke?" Wajah cengkung Mikael ditatap lama.

"Bangunlah awak."

"Saya rindu awak." Tangam Mikael yang berada dalam genggamannya dikucup lembut.

"Rindu sangat-sangat." Harapannya, Mikael akan bangun dan memeluknya. Memujuk dia supaya tidak menangis lagi. Tetapi itu semua tidak berlaku. Mikael hanya terbaring kaku di atas katil hospital.

"Awak tak nak jumpa anak awak ke Mikael." Pipi Mikael diusap lembut. Muka Mikael sudah ditumbuhi kumis yang tidak pernah ada selama dia hidup dengan Mikael.

"Bangunlah awak. Ke awak dah tak sayang saya?" Soalannya dibiar sepi.

"Awak nak tinggalkan saya jugak ke Mikael?" Air mata yang jatuh hanya dibiarkan tanpa ada rasa ingin menyeka. Biarlah dia jadi lemah. Dia sudah penat untuk menjadi kuat.

"Awak nak tinggalkan saya macam umi dengan abi? Macam Hannah?" Suara tangisannya memenuhi segenap penjuru bilik ini.

"Saya mohon sangat-sangat. Tolong bangun awak. Saya rindu awak." Tidak dapat ditahan lagi, kepalanya dijatuhkan pada atas katil. Dia menangis di situ. Dulu, dia ada bahu untuk dia bersandar. Sekarang, bahu itu tiada lagi.

Bunyi pintu terbuka dari luar langsung tidak membuatkan Hanim mengangkat kepalanya. Bahunya dipegang dari belakang. Dia tahu siapa. Tidak perlu lihat pun dia sudah tahu.

"Hanim." Hanim langsung tidak mengangkat muka.

"Hanim." Kali kedua Melisa memanggil, baru dia mengangkat mukanya. Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Melisa yang sedang sarat mengandung dan suaminya Jauhar. Tidak lupa juga dengan Puan Marisa yang berdiri di hujung penjuru bilik.

Muka cuba dimaniskan sehabis boleh. Melisa mengusap lembut bahu Hanim. Kasihan dia melihat keadaan gadis itu. Nampak tidak terurus. Terdapat lingkaran di bawah matanya. Bibirnya juga merekah akibat tidak mendapat air yang cukup.

"Pergilah solat dulu. Dah nak habis waktu ni." Hanim melihat jam tangan di pergelangan tangannya. Benar. Waktu solat zohor dah nak habis. Hanim mengangguk. Nak tak nak, dia memang kena pergi ke surau untuk menunaikan solat fardhu.

Dia memandang Mikael seketika. Terasa berat ingin melepaskan genggamannya pada tangan Mikael. Akhirnya, dia melepaskan juga. Jika berlamaan di sini, dia takut waktu solat sudah habis.

"Jangan lupa makan sekali Hanim. Nampak pucat muka tu." Sempat Puan Marisa berpesan kepada menantunya. Hanim tidak angguk mahupun menggelengkan kepalanya. Dia hanya tersenyum. Makan? Dia tak ada selera.









Selesai saja menunaikan solat fardhu Zohor, Hanim berteleku di atas sejadah. Dia menadah tangan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah. Aku mohon. Sembuhkanlah suamiku. Sedarkan dia Ya Allah. Aku tak kuat untuk hidup tanpa dia di sisi. Aku mohon sangat-sangat Ya Allah. Aku terlalu rindu pada dia. Bangunkan dia. Aku rindu semuanya tentang suamiku Ya Allah. Aku nak dia." Tidak putus doanya untuk suami. Hari-hari dia akan doa benda yang sama untuk Mikael.

Hanim kembali bersujud di atas sejadah. Tanpa dipinta, air matanya mengalir sekali lagi. Dia menghamburkan tangisannya di situ. Benar kata orang. Jika tiada bahu untuk kita bersandar, sekurang-kurangnya ada sejadah yang menjadi tempat untuk kita bersujud.

"Nak." Hanim bangun dari sujud. Di depannya sekarang, ada seorang wanita yang berpakaian serba putih. Melihat wanita itu, hatinya rasa sedikit tenang.

"Ujian ni Allah hantarkan pada semua orang. Tidak kira dalam bentuk apa pun. Dan kita sebagai hambanya, kena sentiasa berdoa. Kita letak semuanya pada Allah. Percaya pada dia. Sebab percaturan Allah itu indah belaka. Mungkin kita diuji sekarang, tapi akan datang kita bahagia. Kan?" Hanim hanya mendengar tanpa ada rasa ingin menyampuk. Air mata mengalir di pipinya.

"Anak jangan pernah salahkan takdir ye? Ada sebab kenapa Allah hantar ujian ini pada kamu. Ada hikmah di sebaliknya. Kadang-kadang Allah hantar ujian pada kita, sebab nak kita sedar kesalahan kita. Ada juga sebab Allah nak kita kembali pada dia. Dan ada juga sebab-sebab yang lain. Tapi, apa yang pasti. Kita kena percayakan Allah. Percaya pada takdir yang sudah tertulis olehnya untuk kita." Wanita itu tersenyum selepas menghabiskan kata-katanya.

"Pejam mata kamu, nak. Rasakan ketenangan itu untuk seketika." Hanim memejam matanya. Entah mengapa, dia berasa lebih tenang. Setelah beberapa minit, dia kembali membuka matanya. Wanita yang berpakaian serba putih tadi sudah tiada di hadapannya.

"Mak cik?" Hanim memanggil. Air matanya sudah berhenti mengalir. Bunyi deringan telefon menyentakkan dirinya. Dia mengambil telefon pintarnya dari dalam beg tangan. Tertera nama Melisa di skrin telefon. Jantung sudah berdetak laju. Hanim mengangkat panggilan.

"Hanim. Mikael dah sedar." Jika tadi yang mengalir merupakan air mata kesedihan, kali ini pula air mata kegembiraan.

"Alhamdulillah." Hanim pantas memutuskan panggilan.

"Ya Allah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sangat-sangat." Bibirnya mengukir senyuman. Telekung dibuka dan cepat-cepat dia melipat telekung dan diletakkan di tempatnya. Lekas dia keluar dari surau dan berlari anak ke bilik yang menempatkan Mikael.

Tunggu saya awak.







"Mikael." Hanim bersabung pandangan dengan Mikael. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaannya sekarang. Dia rasa amat gembira.

"Awak." Hanim mendekati Mikael yang sedang duduk bersandar pada kepala katil.

"Awak. Mikael." Hanim memanggil lagi.

"M-maaf. Kita kenal ke?" Luruh jantungnya mendengar soalan itu.

"Awak. Mikael. Saya Hanim. Isteri awak." Apa yang sudah jadi ini?

"Maaf. Saya tak kenal." Dari wajah Mikael, dia dapat rasakan yang Mikael tidak menipu. Mikael tidak ingat dia. Mikael sudah lupakan dia. Isterinya sendiri. Ya Allah, ujian apa lagi yang beri pada aku ini?

Terima kasih sudi baca<33
Uuu double update!!!

QOTD
"Sometimes, no matter how nice you are, how kind you are, how caring you are, how loving you are, it just isn't enough for some people."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now