BAB 32

680 68 2
                                    

"Serius? Saya boleh ikut awak?" Matanya membulat. Bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Iya sayang. Tak kan lah saya nak tipu awak pulak." Hanim sudah tersenyum lebar.

"Kos pergi London mesti mahal. Awak ada duit ke?" Hanim mula risau akan hal itu. Mikael berdecit perlahan.

"Awak ingat saya ni sengkek sangat ke?" Hanim ketawa kecil.

"Bila perginya?" Berkerut dahi Mikael. Dia mencuba ingat tarikh pemergian mereka ke London.

"Lagi 5 hari kita pergi." Hanim mengangguk. Dia gembira tapi dalam masa yang sama dia terfikir sesuatu.

"Tapi awak pergi sana sebab kerja kan. Mesti nanti awak asyik tinggalkan saya sorang-sorang. Bosanlah saya nanti." Masam muka Hanim. Dia tak nak lah jalan sorang-sorang dekat London nanti. Dia nak Mikael ada sekali dengan dia.

Kepala Hanim diusap lembut. "Sayang. Nanti kita pergilah jalan sama-sama lepas saya dah siapkan kerja. Okay?"

Diam. Tiada balasan daripada Hanim.

"Sayang." Nada suara Mikael bagai memujuk. Seperti tidak rela sahaja Hanim mengangguk.

"Hmm." Mikael tersenyum kecil.

"Nanti kita kemas baju sama-sama okay?" Hanim mengangguk lagi.




"Kau tak dapat pergi?" Lia mengangguk lemah. Mikael mengeluh kecil.

"Kenapa? Sebab anak-anak kau ke? Keluarga kau? Kau boleh bawak mereka. Aku benarkan." Lia menggelengkan kepalanya.

"Tak. Aku... aku cuma ada masalah sikit dengan Faruq." Muka Lia kelihatan sedih apabila menyebut nama suaminya.

"Kenapa? Dia buat apa dekat kau?" Air mata mula bergenang.

"Dia curang dulu. Waktu di awal perkahwinan kami. Kau cakap dengan aku. Isteri mana yang tak sakit hati kalau suami dia curang. Kalau sebelum kami nikah, aku boleh terima lagi. Tapi..." Lia tidak dapat meneruskan kata-katanya. Baru berapa bulan setelah dia bersalin, dia dikejutkan dengan berita tentang kecurangan suaminya ketika di usia awal perkahwinan.

"Habistu sekarang? Dia masih dengan perempuan lain tu ke?" Lia menggelengkan kepalanya.

"Tak apa lah. Mungkin dia silap dulu. Sekarang dia boleh betulkan balik. Kau jangan lah marah dia sangat. Benda dah lepas tak payahlah nak diungkit." Lia memandang Mikael. Kecewa.

"Kau-- kau memang tak faham aku kan. Lelaki semua sama!" Tanpa membuang masa lagi, Lia terus keluar dari bilik Mikael. Lelaki memang tak pernah faham perempuan!

Terkebil-kebil Mikael memandang pintu biliknya yang sudah tertutup rapat. Dia ada buat salah ke? Betul apa yang dia cakap. Benda dah lepaskan, tak perlu kut nak diungkit. Mikael mengangkat bahunya. Bagi dia, dia betul. Tak ada yang salah.

Mikael menghela nafas kecil. Lia tak dapat ikut. Maknanya dia kena pergi dengan Hanim sahajalah. Seketika bibirnya mengukir senyuman.

"Dapatlah aku pergi honeymoon." Lebar senyuman di bibir Mikael. Di samping dia melakukan kerjanya di London, dia boleh berhoneymoon dengan isterinya.





Hachoo.

Mikael memandang isterinya. Dari tadi Hanim tidak henti-henti bersin.

"Yang, demam ke?" Tangan dilekapkan pada dahi Hanim. Panas. Sah, isterinya itu demam.

"Tak lah. Saya okay aje." Nampak sangat menipunya.

"No! Awak tak okay. Awak demam ni yang." Hanim cuba mengukir senyuman. Kepalanya sakit tiba-tiba. Dia memicit kepalanya.

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now