BAB 20

680 77 5
                                    

"Umi, abi." Serentak dua orang itu berpaling memandang ke arah Hanim bersama kerutan di dahi.

"Kamu salah orang ke?" Hanim menahan air matanya dari jatuh. Umi dengan abi tak ingat dia ke?

"Umi, abi." Mereka berdua saling memandang. Hanim berlari kecil sebelum dia memeluk tubuh sasa abinya. Terangkat kedua-dua belah tangan Tuan Borhan.

"Kamu salah orang ni. Kami berdua bukan ibu bapa anak. Kamu sesat ke?" Penuh lembut Tuan Borhan bertanya. Dia langsung tidak kenal siapa gerangaj yang memeluk dirinya itu.

Hanim menggelengkan kepalanya berkali-kali.

"Abiii." Hanim merengek. Semakin erat pelukannya. Teragak-agak Tuan Borhan mengusap belakang badan Hanim. Kesian dia melihat budak perempuan ini. Apabila gadis di hadapannya ini menjadi sedikit tenang, dia meleraikan pelukan.

"Nak kami carikan ibu bapa kamu?" Hanim menggelengkan kepalanya.

"Umiii. Abiii." Puan Hanan memandang Hanim dari atas ke bawah. Dia rasa seperti dia kenal siapa gadis ini. Firasat seorang ibu. Tangan gadis itu ditarik supaya menjauhi Tuan Borhan.

"Maaf. Kami berdua tak ada anak." Terus Puan Hanan menarik lengan suaminya.

"Umi." Hanim memanggil lagi.

"Hanim Arrabell. Dengar sini. Kami bukan ibu bapa kamu. Jadi, tolong pergi dari sini." Tergamam Tuan Borhan mendengarnya. Gadis itu ialah anaknya? Dia memandang wajah gadis itu. Ada iras-iras isterinya. Puan Hanan memandang ke kiri dan ke kanan. Ingin memastikan tiada kereta yang lalu sebelum mereka berdua ingin melintas jalan.

"Apa salah Hanim, umi? Kenapa umi dengan abi tak nak Hanim?" Teresak-esak Hanim menangis. Dia tak faham. Kenapa dia dibuang?

"Sebab kalau kau ada dengan kami, kau akan menyusahkan hidup kami. Nanti tak pasal-pasal kau rampas semua harta kami. Kau dengan adik kau. Dua-dua sama. Menyusahkan hidup. Kenapalah korang berdua ni tak mati eh? Tak ada lah menyusahkan hidup kami berdua sangat." Tuan Borhan hanya diam. Terbit rasa kasihan melihat anaknya yang sedang menangis itu. Orang lain yang memandang langsung tidak dihiraukan.

Hanim tergamam. Sanggupnya seorang ibu berkata begitu kepada anak yang dikandungkannya selama 9 bulan.

"Hanim ada adik?" Tuan Borhan mengangguk.

"Ada. Tapi dua-dua menyusahkan aku." Sakit hatinya mendengar kata-kata yang diluahkan oleh uminya.

"Sampai hati umi cakap macam itu. Kalau benci sangat dengan kami. Kalau tak nak sangat dengan kitorang, kenapa tak gugurkan aje dulu waktu umi mengandung? Kenapa mesti lahirkan kitorang? Pandai buat, pandailah bertanggungjawab." Hanim menjerit. Orang lain yang berada di sekitar kawasan itu, turut mendengar luahan hati Hanim. Ada yang menggelengkan kepala. Ada yang menunjukkan wajah simpati. Tapi, Hanim langsung tidak ambil peduli.

"Kenapa? Kenapa tak bunuh aku aje dulu waktu aku belum lahir? Kenapa kau mesti lahirkan aku?" Hilang sudah rasa hormatnya terhadap kedua-dua ibu bapanya. Lengan baju diselak hingga ke siku. Terpampanglah parut panjang dilengannya.

"Ini. Kau berdua nampak ni apa? Ni kesan toreh. Siapa yang buat? Aku. Aku yang buat. Sebab apa? Sebab aku dah penat nak teruskan hidup. Ada ibu bapa pun macam tak wujud. Tak. Korang berdua memang tak wujud pun." Tuan Borhan dan Puan Hanan terdiam.

"Kau rasa kitorang akan kasihanlah tengok kesan torehan kau tu? Silap besar." Penuh sinis riak wajah Puan Hanan.

"Ingat eh. Jangan cari kami berdua lagi. Jangan ganggu kami. Anggap sahaja kita tidak pernah kenal. Anggap yang kita ni bukan darah daging." Sejurus Puan Hanan berkata begitu, dia terus menarik lengan suaminya. Mereka berlalu pergi dari situ. Hanim terduduk mendengarnya. Tangannya sudah mula bergetar. Dia menangis teresak-esak di situ. Orang lain yang berada di sekitarnya, hanya memandang tanpa ada niat untuk mendekati gadis itu.

Rambut diraup kebelakang. Peristiwa ketika dia berumur 18 tahun kembali terlayar di mindanya. Mulut kata benci, hati kata rindu. Iya, dia rindukan mereka. Umi dan abinya. Dia ingin memeluk mereka, mencium wajah mereka. Tapi, hati dia masih sakit. Lagi-lagi bila teringat akan kata-kata uminya 18 tahun lepas. Keluhan berat terlepas dari mulut Hanim.

"Kau okay?" Mikael menyoal. Dia memandang ke arah Hanim dengan penuh kerisauan. Tadi, terdetik dalam hati dia untuk menelefon Hanim. Dia tidak sangka pula waktu itu Hanim sedang menangis. Dia terus menjemput Hanim dan dibawa ke bukit berdekatan. Hanim tidak menjawab. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Cantik." Hanim tersenyum nipis. Pemandangan di hadapannya ini sangat cantik. Cantik sungguh ciptaan Allah. Mikael mengangguk.

"Haah. Cantik," kata Mikael sambil memandang ke arah Hanim.

"Sangat cantik." Hanim memandang ke arah Mikael. Mikael terkejut. Lantas dia memandang ke arah lain. Hanim tersenyum kecil.

"Telinga kau merah." Hanim menegur. Mikael terbatuk kecil. Dia menyentuh telinganya. Tengkuknya digosok. Dia rasa malu pulak.

"Malaysia kan panas. Itu yang merah tu." Mikael memberi alasan. Agak munasabah juga alasan itu bagi dia. Hanim memandang ke arah langit. Terangkat keningnya.

"Tapi langit mendung." Mikael mendongak memandang langit. Dia rasa nak tepuk dahi.

"Ouh. Baru aje mendung ni. Tadi panas." Sekali lagi dia memberi alasan. Hanim menggelengkan kepalanya. Apa-apa aje lah Mikael. Lantak kau lah situ.

"Kau tak pergi kerja balik ke?" Hanim menyoal.

"Habistu kau macam mana? Datang sini pun aku yang hantar." Hanim diorang.

"Aku nak duduk sini dulu. Tak rasa nak balik lagi. Kau balik aje lah. Nanti pandai-pandai lah aku cari cara nak balik. Tak pun aku jalan kaki aje nanti." Mikael diam seketika. Kalau diikutkan, memang kerjanya berlambak di ofis itu. Tapi apabila dia melihat keadaan Hanim, rasa tak sampai hati pula nak biarkam dia sorang-sorang.

"Tak apa lah. Aku temankan kau." Mikael akhirnya membuat keputusan.

"Terserah." Hanim memandang ke hadapan. Dia mengelamun.

"Hanim." Mikael memanggil.

"Hmm." Hanim menjawab tanpa memandang ke arah Mikael.

"Kalau aku tanya kau jangan marah eh?" Jeda seketika.

"Tengoklah dulu soalan kau tu macam mana. Kalau menyakitkan hati, aku marah." Mikael tersenyum kecil.

"Apa yang jadi dekat rumah kau tadi? Kenapa kau menangis?" Hanim diam. Dia ada rasa ingin meluah. Tapi, dia tidak rasa Mikael ialah orang yang tepat untuk dia luahkan semua masalahnya.

"Tak ada apa-apa. Saja aje nak menangis. Salah ke?" Mikael merenung wajah Hanim yang sedikit pun tidak memandang ke arahnya. Dia rasa ingin tahu mengapa gadia di sebelahnya ini menangis tadi.

"Kereta yang dekat depan rumah kau tadi tu kereta siapa?" Waktu hantar Hanim, dia tidak perasan akan kereta Vellfire hitam itu. Bila dia ambil gadis iti, baru dia perasan.

"Ouh. Itu-- itu kereta abang Foodpanda." Jawapan yang cukup baik bagi Hanim.

"Foodpanda pakai motor." Mikael membalas. Apa? Ingat dia tak pernah guna aplikasi Foodpanda ke? Pernah tau. Setakat ini, belum pernah lagi pekerja Foodpanda pakai kereta. Semuanya pakai motor.

"Ada lah yang pakai kereta. Kau aje yang tak tahu." Hanim hanya reka cerita. Dia juga belum pernah melihat abang-abang dan kakak-kakak Foodpanda pakai kereta.

"Agak-agaklah kalau nak menipu pun." Hanim hanya tersenyum kecil. Sekurang-kurangnya dia terlepas dari soalan-soalan Mikael.

Terima kasih sudi baca<33

QOTD
"So many people love you. Don't focus on the people who don't."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now