Hanim melangkah menuruni tangga. Dapur menjadi tujuan utamanya pagi ini. Perutnya sudah berbunyi dari tadi meminta diisi. Terhenti langkah kakinya sebaik sahaja dia tiba di dapur. Umi dan Sarra sedang memasak berdua. Manakala abi hanya duduk di atas kerusi sambil memandang mereka berdua. Senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu.
Rasa cemburu terbit di hati Hanim. Alangkah indahnya jika dia yang berada di tempat Sarra ketika ini. Hanim gigit bibir. Ah! Dia yang biadab dengan mereka berdua semalam. Kenapa dia pula yang rasa cemburu? Tapi... tidak salah bukan kalau ada rasa cemburu? Orang kata, cemburu itu tandanya sayang. Tapi dia sayang ke umi dan abinya? Untuk soalan itu, dia masih belum ada jawapan. Dia perlukan masa.
"Anak umi dah bangun? Marilah duduk. Kita makan sama-sama." Hanim tergamam. Umi tak marah ke dengan dia? Dia kan sudah biadap dengan mereka semalam.
"Iya, Hanim. Marilah makan. Kamu kan belum pernah rasa air tangan umi kamu. Cubalah rasa." Tuan Borhan pula yang mengajak. Dia teragak-agak untuk duduk.
"Duduk aje lah kau ni. Nak aku dukung ke?" Sarra mengugut. Hanim menjelingnya. Apa dukung-dukung ni? Tak suka, tak suka.
Hanim mengambim tempat bersebelahan Sarra dan berhadapan dengan Tuan Borhan. Tuan Borhan dan Puan Hanan tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya, mereka nampak perubahan dalam diri Hanim. Gadis itu sedikit demi sedikit cuba untuk menerima mereka di dalam hidupnya. Puan Hanan rasa sebak tiba-tiba.
"Ha-hanim nak apa? Nasi goreng? Maggie goreng?" Tergagap Puan Hanan bertanya. Tanpa menjawab soalan dari uminya, Hanim mencapai senduk. Maggie goreng diletakkan di dalam pinggannya. Puan Hanan terdiam. Tidak mengapalah. Anak perempuannya itu masih perlukan masa. Puan Hanan menunduk. Tangan kirinya digenggam oleh suaminya.
Mereka makan tanpa berbual. Masing-masing sibuk melayan fikiran. Hanim bangun dari duduk. Dia sudah habis makan.
"Letak aje situ Hanim. Nanti umi basuhkan. Hanim kena pergi kerja kan?" Lembut umi bertanya. Hanim tidak menjawab. Dia hanya mengangguk kepalanya sahaja. Puan Hanan tersenyum tawar. Hanim tidak mahu bercakap dengannya ke?
Hanim berjalan melepasi Sarra sebelum dia berhenti di hadapan uminya. Terketar-ketar tangannya menghulurkan tangan. Nervous punya pasal. Puan Hanan tersentak. Dia menyambut huluran tangan Hanim. Hanim menunduk, mencium tangan uminya. Hanim memejam matanya. Agak lama juga dia berkeadaan seperti itu sebelum dia pergi kepada abinya pula. Dia melakukan hal yang sama.
Tuan Borhan mengusap lembut kepala anaknya.
"Ha-hanim pergi kerja dulu." Perlahan sahaja dia berkata-kata. Puan Hanan lantas memeluk anaknya.
"Terima kasih." Dia sangat berterima kasih dengan Hanim. Walaupun hanya sekadar mencium tangan, tapi itu sudah lebih dari cukup. Dahi Hanim dicium penuh syahdu. Hanim meleraikan pelukan.
"Hanim kena pergi kerja." Sejurus berkata begitu, dia terus keluar dari rumah. Sempat dia mencapai totebagnya di atas sofa.
"Maafkan Hanim aunty. Dia masih sakit hati tu." Sarra meminta maaf bagi pihak Hanim. Puan Hanan dan Tuan Borhan serentak menggelengkan kepalanya.
"Tak apa. Kami faham."
"Lambat hari ini Hanim." Mikael menegur apabila melihat Hanim yang masuk ke dalam biliknya sambil membawa satu cawan berisi air milo kegemarannya.
"Sesekali lewat. Apa salahnya kan?" Mikael menggelengkan kepala. Ada sahaja jawapan gadis itu.
"Nah air." Cawan diletakkan di atas meja Mikael.
"Kau dah okay?" Mikael menyoal. Hanim mengerutkan dahi.
"Sejak bila pulak aku tak okay?" Soalan dibalas soalan.
"Semalam kan kau tak okay. Jadi hari ni macam mana? Dah okay?" Lambat-lambat Hanim mengangguk.
"Okaylah jugak. Lebih okay dari semalam. Thanks to you." Mikael tersenyum bangga. Dia rasa bangga dengan dirinya sendiri.
"My pleasure dear." Terkebil-kebil Hanim memandang Mikael. Cakap my pleasure aje dah okay kut. Tak payah rasanya nak letak perkataan dear dekat hujung ayat. Dia rasa pelik pula.
"Hanim. Aku rindu Hannah." Hanim terdiam. Rasa pelik dengan dirinya sendiri. Kenapa hati dia rasa sakit sedikit mendengarnya? Dia... cemburu ke? Tak. Tak mungkin. Hannah adiknya. Dan di depannya ini ialah suami adiknya.
"Ouh. Dah tu? Kau nak aku buat apa? Jadi Hannah untuk kau ke?" Hanim kemam bibir. Apa hal dia ni? Kenapa tanya soalan macam itu. Terkelip-kelip mata Mikael memandang Hanim. Dia... salah dengar ke? Mikael tersenyum senget.
"Nak ke?" Hanim mengangkat sebelah kening.
"Huh?"
"Jadi isteri aku?" Mikael hanya bergurau. Mustahil dia akan menggantikan tempat Hannah dalam hidupnya. Dia masih sayangkan Hannah walaupun dalam hatinya seperti ada rasa sesuatu yang dia tidak berapa pasti.
"Kau buat lawak ke?" Entah mengapa, hati Hanim rasa gembira sedikit dengan tawaran itu. Ah! Kenapa dengan dia ni. Sudah gila gamaknya.
"Hahaha! Mestilah. Memang tak lah aku nak cari pengganti Hannah dalam hidup aku." Hanim diam. Hati dia... rasa sakit. Wajah Hanin bertukar kelat.
"Kau asal?" Mikael bertanya. Pelik dengan riak wajah Hanim yang tiba-tiba berubah.
"Aku kenapa? Mana ada apa-apa. Dah lah, aku nak sambung buat kerja." Hanim meminta diri. Dia berpaling ingin keluar dari bilik Mikael. Entah bagaimana, dia terjatuh di atas lantai. Mungkin sebab lantai licin kut. Kakinya diurut. Tidam terlalu sakit, tapu masih sakit.
Terkejut Mikael melihat Hanim yang tiba-tiba jatuh itu. Lekas dia pergi ke arah Hanim.
"Kau okay?" Tanya Mikael penuh risau. Hanim mengangguk walaupun mukanya jelas tidak memaksudkan kata-katanya.
"Apa yang okaynya kalau macam ni? Kaki kau sakit ke?" Hanim mengangguk lagi. Janganlah kakinya terseliuh. Kalau tak macam mana dia nak buat kerja. Tanpa kata, Mikael mengangkat Hanim gaya bridal style. Terbuntang mata Hanim. Dia hanya diam.
Mikael meletakkan Hanim di atas sofa di dalam bilik pejabatnya. Seluar Hanim diselak sedikit. Dia memicit lembut kaki itu. Berkerut dahi Hanim menahan kesakitan.
"Auch." Mikael memandang Hanim.
"Tahan sikit." Hanim menggigit bibirnya.
"Kau ni. Macam mana boleh jatuh?" Mikael menyoal. Tangannya masih lagi mengurut kaki gadis itu.
"Mana lah aku tahu. Dah lantai tu licin. Aku terjatuhlah." Mikael menggelengkan kepalanya. Dia meneruskan mengurut. Hanim memandang sisi wajah Mikael. Elok tanpa satu jerawat pun pada wajah lelaki itu. Inikah sebab adiknya suka pada Mikael?
"Aku tahu aku handsome. Tapi janganlah tenung aku macam itu. Malu aku tau." Mikael ketawa kecil. Memerah muka Hanim menahan malu.
"Bila masa aku pandang kau? Perasan aje lebih." Mikael menggelengkan kepalanya.
"Dah. Cuba gerakkan kaki kau." Hanim mengikut arahan Mikael. Hikang sedikit rasa sakit kakinya.
"Dah tak sakit sangat." Hanim tersenyum manis. Mikael terpaku. Dia berdehem kecil.
"Terima kasih." Mikael mengangguk. Senyuman Hanim dibalas.
Terim kasih sudi baca <333
Tah pape je chap ni.QOTD
"At least you're single. Some people don't even know they are alone in their relationship."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...