Sudah tiga hari berlalu. Demamnya juga sudah semakin kebah. Tetapi dia masih lagi rasa pening dan sakit kepala. Entah apa yang tak kena dengan dirinya ini.
Hanim duduk di birai katilnya. Telefon yang berada di dalam genggamannya itu dilihat dengan perasaan yang bercampur baur. Keluhan terlepas dari bibirnya. Dia melihat skrin telefonnya yang menyala. Aplikasi Whatsapp dibuka. Chatnya bersama Mikael terletak di atas sekali.
Hanim menghela nafas kasar. Mesej terakhirnya langsung tidak dibalas. Baca juga tidak. Hanya ada satu tick sahaja pada mesejnya. Padahal mesej itu dihantar semalam. Sibuk sangat ke lakinya itu?
Air mata mula bergenang. Ah! Kebelakangan ini, cepat betul dia sensitif terhadap perkara-perkara kecil. Senang juga untuk dia menangis.
Tok. Tok. Tok.
"Hanim." Puan Marisa memanggil dari luar bilik. Hanim berdehem kecil sebelum dia menyahut panggilan itu.
"Iya mummy. Sekejap." Dia bangun dan menuju ke pintu bilik. Pintu dibuka dari dalam dan terpampanglah muka Puan Marisa di hadapan pintu bilik.
"Kenapa mummy?" Muka cuba dimaniskan sehabis baik.
"Makan malam jom. Mummy dah siap masak." Hanim mengangguk sambil tersenyum.
"Okay."
"Mummy tunggu dekat dapur eh?" Hanim mengangguk lagi. Telefon yang dia pegang dari tadi di check semula. Melihat sama ada Mikael sudah membalas mesejnya atau belum. Dia mengeluh kecil apabila tiada sebarang notifikasi yang muncul.
"Ke mana awak pergi Mikael? Saya rindu awak."
Bunyi deringan telefon daripada telefon pintar Hanim, menyentakkan mereka berdua yang sedang makan. Tertera nama 'my husband' di skrin telefon. Tanpa membuang masa, butang hijau digesek ke tepi untuk menjawab panggilan. Telefon diletak pada telinga.
"Assalamualaikum awak. Kenapa baru telefon saya sekarang? Dah lama saya tunggu awak tau. Dah lah mesej tak balas. Saya rindu awak tahu tak." Dia tidak peduli jika mummy dengar semuanya. Sekarang, dia betul-betul rindu dengan suaminya.
"Awak?" Pelik Hanim dibuatnya apabila tiada balasan dari hujung talian.
"Maaf Puan." Berkerut dahi Hanim. Ini bukan suara suaminya. Suara Mikael tidaklah segarau ini.
"Ini siapa ye? Kenapa telefon suami saya ada pada encik?" Puan Marisa yang mendengarnya mengangkat kening.
"Kenapa?" Perlahan sahaja Puan Marisa bertanya. Hanim tidak menjawab.
"Puan ini isteri kepada Mikael Harfiy bin Malik ke?" Tangan Hanim tiba-tiba rasa berpeluh. Dia rasa tidak sedap hati. Kenapa tanya soalan begini? Biasanya dalam drama, kalau orang tanya macam ni maksudnya...
Hanim menggelengkan kepalanya. Tak sanggup dia bayangkan.
"Puan?" Hanim bagai tersedar. Dia segera menjawab.
"Ha. Iya iya. Saya isteri dia. Kenapa encik? Ada apa-apa yang berlaku ke pada suami saya?" Jantung sudah berdebar kuat. Dia tak nak Mikael kena apa-apa. Dia nak Mikael selamat.
"Boleh puan datang ke Hospital Seri Impian dengan segera?" Tangan Hanim sudah menggigil. Ini bukan yang seperti dia bayangkan kan? Mikael akan baik-baik sahaja kan?
"Boleh saya tahu kenapa?" Dia mungkin sudah dapat mengagak, tapi dia inginkan kepastian.
"Suami puan kemalangan. Berlanggar dengan lori di atas jalan raya. Sekarang ini, dia berada di hospital dan sedang menjalani rawatan. Harap puan dapat datang ke sini dengan segera." Tanpa sedar, air matanya mula menitik.
"Hanim. Kenapa ni?" Cemas Puan Marisa melihat Hanim. Apa yang jadi? Air mata Hanim semakin lebat jatuh membasahi pipi.
"Mummy." Teresak-esak Hanim menangis.
"Kenapa Hanim? Cakap dengan mummy." Puan Mariaa menggesa Hanim untuk bercakap.
"Mika, mummy. Mika accident." Membulat mata Puan Marisa mendengarnya. Dia salah dengar aje kan? Anak lelaki nya kemalangan? Itu hanya sekadar gurauan sahaja kan? Air mata Puan Marisa mengalir di pipi. Setitis demi setitis sebelum air matanya menjadi semakin deras.
Puan Marisa bangun dan merapati Hanim yang sedang menangis. Bagaimana Hanim rasa kesedihan itu, dia juga turut merasakannya. Puan Marisa memeluk tubuh Hanim erat. Memberi sedikit kekuatan kepada menantunya. Walhal, dia juga memerlukan kekuatan itu.
Dia seorang ibu. Mana mungkin dia tidak rasa sedih dengan hal ini. Mana mungkin dia tidak rasa kehilangan. Dia yang membesarkan Mikael seorang diri ketika Mikael masih kecil. Dia menjaga anak lelakinya itu tanpa seorang suami di sisi. Dia lah ibu. Dan dia lah ayah. Dia yang melihat Mikael membesar. Dia juga yang melihat betapa sedihnya Mikael apabila bertanya tentang ayahnya.
Hanim dan Puan Marisa menangis sambil berpelukan. Suara tangisan mereka kedengaran di segenap ruang dapur.
Mikael, tolong bertahan.
Jam sudah menginjak ke angka 2. Tetapi Hanim langsung tidak mengantuk. Matanya masih segar. Dia hanya ingin tahu perkembangan Mikael. Pintu bilik pembedahan itu direnungnya. Apa yang sudah jadi di dalam bilik pembedahan itu? Adakah suaminya itu akan selamat?
Kedua-dua belah tangannya diramas sesama sendiri. Kepalanya menunduk. Dia memejam matanya. Apa yang berlaku dalam kehidupannya ini, diingat semula. Hannah, umi dan abinya yang sudah pergi meninggalkan dia untuk selama-lamanya. Dan kini, dia tidak mahu Mikael turut meninggalkannya.
Segala masalah yang berlaku dalam hidupnya, dapat dia tempuhi dan diterima dengan hati yang terbuka. Tapi... jika kali ini sesuatu berlaku kepada lakinya, mungkin dia tidak akan dapat menerima lagi. Keluhan terlepas dari bibirnya. Hanim menghembus nafas berat.
"Hanim." Kelopak mata kembali dibuka. Dia mengangkat wajah. Wajah ibu mertuanya terpampang di depan mata. Hanim cuba mengukir senyuman. Terasa kelat sahaja senyumannya itu ketika ini.
"Tak nak balik dulu ke?" Hanim hanya menggelengkan kepalanya.
"Tak penat?" Lagi sekali dia menggeleng kepala. Puan Marisa mengeluh kecil.
"Tidurlah dulu. Hanim mesti penat kan? Kalau doktor dah keluar dari bilii pembedahan, mummy kejut Hanim." Puan Marisa cuba memujuk. Tidak tega dia melihat menantunya itu berjaga. Dia tahu Hanim penat, tapi tetap tidak ingin berehat.
"Tak nak. Hanim tak boleh tidur. Hanim nak tahu apa jadi dekat Mika, mummy. Kalau dia tak dapat bertahan macam mana, mummy?" Memikirkan hal itu, air mata kembali bergenang. Puan Marisa lantas memeluk menantunya. Hanim turut membalas pelukan itu. Dia menyembamkan mukanya pada bahu Puan Marisa. Air matanya sudah mula mengalir.
"Shh. Mika akan bertahan." Belakang badan Hanim diusap lembut.
Kedengaran pintu bilik pembedahan dibuka dari dalam. Mereka berdua serentak memandang ke arah pintu bilik. Seorang doktor keluar dari pintu itu. Mereka segera mendapatkan doktor itu.
"Doktor. Suami saya macam mana? Dia selamat kan?"
"Macam mana doktor? Macam mana dengan anak saya?"
Serentak Hanim dan Puan Marisa bertanya. Doktor itu menghela nafas kecil.
"Maaf puan. Pesakit dapat diselamatkan walaupun dia kehilangan banyak darah akibat hentakan yang berlaku." Diam seketika.
"Tetapi..."
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"Love all. Trust few. Everything's real, but not everyone's true."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...