BAB 29

676 75 2
                                    

Kelopak mata dibuka secara perlahan-lahan. Dia masih lagi mamai. Dia menunduk memandang pinggang. Ada tangan yang melingkar di pinggangnya itu. Perlahan-lahan dia memusingkan badan. Wajah yang masih lelap itu dipandang. Senyuman terukir di bibirnya. Indah sungguh pemandangan pada pagi ini.

Tangan dilarikan pada wajah itu. Dari lah kening beralih ke mata lalu ke hidung dan terakhir sekali, bibir merah jambu lelaki itu. Kelopak mata lelaki itu bergerak-gerak sebelum terbuka sedikit demi sedikit.

"Selamat pagi." Suara serak basah lelaki itu membuatkan si gadis terkebil-kebil memandang. Boleh goyah iman dia kalau macam ni.

"Selamat pagi." Dia membalas sama. Mikael tersenyum nipis. Rangkulan di pinggang Hanim diperketatkan lagi.

"Dah pukul berapa, yang?" Hanim memandang jam di dinding.

"10 pagi." Mikael mengangguk. Dia sudah terlepas waktu kerja. Ah! Apa dia kisah. Asalkan dia sentiasa bersama dengan gadis ini.

"Terima kasih yang." Hanim mengangkat sebelah kening.

"Terima kasih? Untuk apa?" Mikael tersenyum. Dia mendekatkan mukanya pada wajah Hanim.

"Untuk malam tadi." Automatik darah menyerbu naik ke muka. Merah padam mukanya apabila memikirkan semula apa yang telah mereka lakukan malam tadi. Dan semestinya menjadi penyebab utama mereka tidur sehingga hampir ke tengah hari.

"Ouh... sama-sama." Mikael ketawa kecil. Sisi Hanim yang satu ini sungguh comel. Jarang dia melihat sisi ini ketika mereka belum berkahwin. Biasanya kasar aje. Selepas kahwin baru lah dia asyik berjumpa dengan sisi Hanim yang begini. Dan dia suka dengan sisi yang ini.

"Awak, lepaslah. Saya nak mandi ni." Mikael menggelengkan kepalanya.

"Tak nak." Dia enggan melepaskan pelukannya.

"Saya nak mandi ni hubby." Hanim merengek kecil. Mikael senyum. Aduh! Boleh cair dia begini.

"Sekejaplah. Tak puas lagi ni nak peluk." Mikael memejam matanya.

"Lima minit aje eh." Mikael mengangguk. Lima minit pun lima minit lah. Asalkan dapat peluk isteri. Lima minit sudah berlalu.

"Dah lima minit. Lepas." Mikael mengeluh kecil. Cepat sangat lah lima minit tu.

"Lima minit lagi." Hanim menggelengkan kepalanya.

"Tak ada. Tak ada. Lepaskan saya sekarang. Kalau tak nanti jadi sepuluh minit, lepastu lima belas minit. Sampai ke sudah saya tak mandi nanti." Mikael ketawa kecil. Lambat-lambat dia meleraikan rangkulannya di pinggang Hanim. Seperti tidak rela sahaja mukanya. Hanim bangun dari perbaringan.

"Nak ikut saya mandi?" Membulat mata Mikael mendengarnya. Dia tidak salah dengar kan? Hanim ajak dia mandi sekali kan?

"Hah? Apa?" Mikael bertanya sekali lagi. Ingin mendapatkan kepastian.

"Lambat. Saya offer sekali aje." Lantas dia mengambil tuala mandi dan bergerak pantas masuk ke dalam bilik air. Takut ada yang mengejar.











"Mana dia ni?" Mata memandang di sekeliling ruang tamu. Mencari keberadaan isterinya. Bunyi bising di dapur menyentakkan Mikael. Tahulah dia yang Hanim berada di dapur. Sedang menyediakan makanan mungkin. Dia mengorak langkah menuju ke dapur. Senyuman terbit di bibirnya.

Dia merapati Hanim yang langsung tidak perasan dengan kewujudannya di dapur. Khusyuk betul dia memotong bawang sambil melihat ke arah telefonnya. Belajar masak lah tu.

"Sayang." Dia memeluk tubuh Hanim dari belakang. Terlepas pisau di tangan Hanim akibat terkejut. Hanim menarik nafas. Nasib dia tak ada sakit jantung. Tangan Mikael yang berada di pinggangnya ditepuk lembut.

"Awak ni. Terkejut saya tau. Dah lah saya tengah pegang pisau tadi. Buatnya saya cucuk awak pakai pisau tadi macam mana?" Mikael pekakkan telinga. Malas betul dia nak dengar Hanim membebel ni.

"Iya sayang. Iya. Janganlah membebel lagi." Sekali lagi tepukan hinggap di belakang tangannya.

"Ish. Ni kenapa tak pergi kerja ni?" Mikael mengetatkan pelukan. Dagu direhatkan di atas bahu Hanim.

"Alang-alang terlepas waktu kerja, lebih baik cuti aje terus kan?" Hanim menggelengkan kepalanya. Ada-ada aje Mikael ni.

"Dah. Awak duduklah dekat kerusi sana. Saya nak masak ni. Awak jangan kacau." Tangan Mikael yang berada di pinggangnya cuba dileraikan.

"Hubby." Kedengaran lembut tetapi tegas. Rela tidak rela sahaja Mikael meleraikan pelukan. Orang nak peluk pun tak boleh.

"Awak duduk sana dulu. Nanti dah siap kita makan sama-sama okey?" Mikael mengangguk. Dia duduk di atas kerusi sambil memandang ke arah Hanim yang menyambung tugasnya memotong bawang. Seluruh tumpuan Hanim diberikan kepada bawang. Langsung dia tidak memandang Mikael yang sedari tadi merenungnya.

"Masak apa yang?" Hanim mengangkat wajah memandang Mikael yang menyoalnya.

"Huh?" Hanim tak berapa dengar soalan Mikael tadi akibat terlalu khusyuk melihat Youtube.

"Masak apa hari ni?" Hanim tersenyum.

"Saya nak cuba masak butter chicken hari ni." Mikael mengangguk. Dia bangun dari duduk.

"Senang aje tu. Nak hubby tolong apa-apa tak?" Daripada dia duduk tak buat apa-apa, lebih baik dia tolong isterinya itu masak kan? Bersinar mata Hanim mendengar soalan Mikael tadi.

"Betul ke ni?" Suka betul Hanim apabila ada orang yang akan menolongnya masak. Mikael mengangguk dengan senyuman.

"Iya, sayang. Cepatlah. Hubby nak kena buat apa ni?" Hanim menunjuk ke arah sinki. Mikael merapati sinki. Dia melihat ayam di dalam sinki.

"Nak buat apa dengan ayam ni?"

"Kata senang sangat masak butter chicken, mestilah awam tahu kena buat apa dengan ayam tu kan?" Kening terjongket sebelah.

"Buat apa? Nanti salah buat karang, kena marah dengan orang tu." Orang yamg dimaksudkan itu semestinyalah Hanim. Hanim ketawa kecil.

"Potong kecil-kecil. Tapi jangan kecil sangat. Takut hancur nanti." Mikael mengangguk. Dia menyingsing lengan baju hingga ke siku. Dia menarik nafas. Mari kita mulakan!

Pili air dibuka. Air mula mengalir. Dia membasuh tangannya dahulu sebelum dia mula memotong ayam. Hanim tersenyum melihatnya.

Dia kembali melihat Youtube. Dia mencari bahan-bahan untuk memasak butter chicken. Dia beruntung kerana Mikael langsung tak marah dia tak pandai masak. Malah siap bagi sokongan lagi untuk dia belajar masak. Dia ni bukanlah langsung tak pandai masak. Dia masih pandai masak maggie, goreng telur. Senang cerita, yang mudah-mudah sahaja dia pandai masak. Makanan yang macam butter chicken ni belum pandai lagi. Tidak mengapalah. Sekurang-kurangnya dia mencuba untuk belajar masak.

Dia dengan adiknya jauh beza. Hannah pandai masak. Dan dia tidak pandai masak. Banyak sahaja benda yang Hannah pandai tapi usahlah diceritakan. Kadang-kadang dia terfikir. Dia ni... tak layak ke untuk Mikael? Mikael yang berada di sinki di pandang. Belakang badan Mikael dipandang bersama dengan perasaannya yang dia tidak tahu bagaimana untuk diungkapkan. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

Terima kasih sudi baca <333

QOTD
"Its hard when you need to pretend like everything was okay, but actually you were not okay. Yes! Maybe I laugh a lot, but trust me. At the middle of night, I cry a lot. But the funny part is, I wake up and living a life like everything was okay."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now