"Apa ni?" Sampul surat yang berada di tangan Mikael diambil. Dibelek sampul itu depan dan belakang. Hanim memandang Mikael yang sedang tersenyum manis.
"Bukaklah." Hanim menyepetkan matanya. Rasa ragu-ragu ingin membuka sampul surat itu. Entah apa yang terisi di dalamnya.
"Ada benda pelik ke?" Mikael mencebik. Takut sangat nak buka sampul surat tu. Apa? Ingat dia letak lipas ke dalam tu?
"Bukaklah dulu. Baru tahu." Hanim menarik nafas. Pelbagai soalan bermain di fikirannya ketika ini.
Sampul surat dibuka sebelum dia mengeluarkan isi yang terkandung di dalamnya.
"Tiket kapal terbang?" Mata Hanim membulat.
"Istanbul?" Mata yang bulat menjadi semakin bulat. Dia memandang ke arah Mikael yang tersenyum manis.
"Awak nak pergi Istanbul ke?" Mikael menggeleng.
"Tidak." Berkerut dahi Hanim.
"Habis tu? Tiket ni?" Mikael mencuit hidung Hanim.
"Bukan saya seorang. Tapi kita. Kita akan pergi Istanbul." Mata Hanim sudah mula bersinar. Dia tak salah dengar kan? Mereka akan pergi Istanbul kan? Senyuman lebar terbit di bibirnya.
"Tapi kenapa kita nak pergi Istanbul? Awak ada kerja dekat sana ke?" Mikael menggelengkan kepalanya.
"Tak lah. Kita pergi sana bukan sebab kerja. Tapi... sebab kita nak honeymoon." Ceria muka Mikael.
"Honeymoon?" Mikael mengangguk berkali-kali.
"Jadi... kita nak gerak bila?" Tanya Hanim dengan riak wajah yang gembira.
"Jaga Hanim betul-betul Mika." Itu lah pesan yang sering kali diucap oleh Puan Marisa. Sampai naik muak Mikael dengar.
"Iya mummy. Iya. Tahulah Mika jaga Hanim dekat sana nanti." Kedengaran pasrah sahaja suara Mikael menjawab. Penat tau asyik dengar pesanan yang sama aje.
"Jangan lupa bagi mummy cucu." Terkebil-kebil mata Hanim memandang Puan Marisa. Mudahnya dia minta. Minta cucu macam minta duit.
"Eh itu sudah tentu mummy." Mikael tersengih memandang Hanim di sebelahnya. Hanim memandang ke arah lain. Malu. Dan dia pasti, mukanya ketika ini pasti sudah mula berubah merah.
"Boleh kan yang?" Mikael menggenggam tangan Hanim. Terkejut Hanim dengan soalan itu. Dia memandang ke arah Mikael dengan mata yang membulat.
"Boleh kan?" Mikael tanya sekali lagi. Dalam hatinya, hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya sekarang. Rasa nak gelak sahaja melihat wajah isterinya itu.
Lambat-lambat Hanim mengangguk. Terlepas gelak tawa Mikael. Aduh isteri dia ni. Suka buat orang terhibur tau. Puan Marisa menggelengkan kepala melihat kerenah anak dan menantunya.
"Ni gerak pukul berapa?" Mikael melihat jam di pergelangan tangannya.
"Dalam pukul 11 pagi nanti kami geraklah mummy. Kenapa mummy tanya?"
"Tak ada lah. Kejap lagi dah masuk pukul 11. Tak pergi jumpa mak bapak Hanim dulu ke?" Hanim memandang ke arah Mikael. Dia juga turut ingin tahu.
"Ouh. Semalam Mika ada call. Katanya nak jumpa terus dekat airport." Hanim tersenyum kecil mendengarnya. Tak sabar nak jumpa umi dan abi.
"Tak sampai lagi ke? Mana umi dengan abi ni?" Masam muka Hanim. Dari tadi dia tidak melihat susuk tubuu umi dan abinya. Bayang juga tidak kelihatan.
"Sabarlah sikit yang." Kepala isterinya yang dilitupi tudung diusap lembut. Alhamdulillah, Hanim sudah mula belajar cara memakai tudung. Dan dia sangat gembira dengan perubahan Hanim.
"Ke diorang tak jadi datang?" Pipi Hanim dicubit lembut.
"Diorang akan datang. Jangan risaulah. Kejap lagi sampai lah tu." Mikael cuba memujuk.
"Kalau diorang datang lepas kita dah pergi macam mana?"
"Tak ada lah. Dah jangan fikir macam tu. Kejap lagi diorang sampailah tu. Okay?" Lambat-lambat Hanim mengangguk. Susah betul dia nak percaya.
"Lapar tak yang? Nak makan? Kita boleh pergi kedai sekejap." Hanim mengangguk. Mereka berdua serentak bangun dari duduk.
Baru setapak kaki melangkah, telefon pintar Hanim berbunyi minta di angkat. Terhenti langkah mereka. Hanim menyeluk tangannya ke dalam beg tangan. Dia mencari telefon pintarnya dan dikeluarkan dari dalam beg.
Berkerut dahinya melihat nombor si pemanggil. Dia tak pernah lihat pula nombor ni.
"Siapa yang call tu, yang?" Hanim menunjuk skrin telefonnya ke arah Mikael.
"Entah. Tak tahu. Nombor yang tak dikenali. Nak angkat ke?" Mikael mengangkat bahunya.
"Tak tahu. Kalau nak angkat, angkat lah. Mana tahu penting." Hanim berfikir seketika sebelum dia menggelengkan kepalanya.
"Tak nak lah. Entah-entah scammer." Mikael mengangguk. Baru sahaja Hanim ingin masukkan telefonnya kembali ke dalam beg tangan, telefonnya berbunyi sekali lagi. Nombor yang sama.
"Jawablah. Mana tahu penting." Hanim mengangguk. Dia menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan di telinganya.
"Hello." Hanim memulakan perbualan.
"Hello. Ini cik Hanim ke?" Berkerut dahi Hanim. Entah mengapa hati dia rasa tidak enak.
"Err, iya saya. Saya Hanim. Ini siapa ye?" Hanim menyoal.
"Saya Inspektor Rasyidi." Hatinya makin rasa tidak sedap. Kenapa inspektor telefom dia? Ada apa-apa yang berlaku ke?
"Kenapa encik telefon saya ye?"
"Cik Hanim boleh pergi ke hospital sekarang? Bagi mengenal pasti mayat Puan Hanan dan Tuan Borhan?" Tangan Hanim sudah mula menggeletar.
"M--mayat?" Kepalanya rasa berpinar. Pening sungguh kepalanya ketika ini. Pegangan tangannya pada telefon kian longgar. Belum sempat telefon pintar Hanim jatuh ke atas lantai, Mikael menangkapnya.
"Sayang, kenapa?" Penuh kerisauan pada wajah Mikael. Hanim bagai mahu rebah tapi dia sempat dipegang oleh Mikael. Mikael melekapkan telefon Hanim di telinganya. Sebelah tangan merangkul pinggang si isteri.
"Hello. Saya suami Hanim. Ini siapa ye?Ada apa?" Inspektor Rasyidi mula menerangkan semua perkara kepada Mikael. Mikael mengambil nafas berat. Dia memandang ke arah Hanim. Isterinya itu sudah mula mengeluarkan air mata.
"Baik. Terima kasih." Lemah suara Mikael ketika itu. Dia menutup panggilan telefon.
Telefon Hanim dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia memegang bahu Hanim.
"Sayang. Are you okay?" Hanim memandang tepat ke dalam mata Mikael. Air matanya bergenang. Tidak lama selepas itu, dia mula menangis teresak-esak. Mikael menariknya ke dalam pelukan. Hanim menangis di dada Mikael.
"Awakkk." Sakit hati Mikael mendengar suara Hanim ketika ini.
"Shh. It's okay. Menangis aje. I'm here." Tangisan Hanim menjadi semakin kuat. Air matanya turun dengan lebat. Dia sudah tidak kisah apa tanggapan orang di sekelilingnya ketika ini. Dia cuma nak umi dan abinya. Baru sekejap dia rasa kebahagiaan bersama keluarganya setelah sekian lama. Dan hari ini... semuanya sudah hilang.
Dia sudah kehilangan adiknya. Begitu juga dengan ibu bapanya. Dia sudah tiada sesiapa melainkan Mikael. Andai suatu hari nanti Mikael tinggalkan dia, dia akan keseorangan dalam dunia ini. Dan mungkin ketika itu, dia rasa tidak ingin lagi meneruskan kehidupan. Sama seperti sekarang.
Terim kasih sudi baca <333
Makin lama makim slow saya update🥲
Chapter ni macam merapu. Tapi... entahlah. Maaf lah ye🥲QOTD
"Aku akan diam apabila sudah habis berjuang, aku akan berbicara apabila ia salah, dan aku... akan pergi disaat aku tidak dihargai."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Roman d'amour[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...