Pintu yang tertutup itu dia tenung lama. Masih teringat lagi dalam fikirannya ketika perempuan itu mendakap tubuhnya erat. Dia pula langsung tidak menghalang.
Tangan memegang dada. Ketika perempuan itu menangis di dakapannya, hati dia rasa sesuatu. Rasa yang sangat tidak menyenangkan. Rasa seperti... sakit. Dia sangat tidak suka melihat air mata yang jatuh di pipi perempuan itu.
"Suami saya sendiri. Suami saya yang saya tunggu selama ini, boleh lupakan saya. Saya rasa sedih. Saya rasa marah. Saya rasa kecewa. Perasaan saya waktu itu bercampur baur."
Kata-kata perempuan itu kembali terngiang-ngiang di fikirannya. Mikael meraup mukanya. Dia masih tidak percaya akan kata-kata perempuan itu. Tak kan lah dia suami perempuan itu?
Mustahil. Dia cintakan Hannah. Dan masih cintakan arwah isterinya itu. Dia tak kan sanggup untuk menduakan isterinya walaupun dia pernah hampir lakukannya suatu ketika dahulu.Dia berhenti merenung pintu. Mikael kini berbaring di atas katil. Terasa letih setiap anggota tubuhnya. Siling bilik wad itu dipandang kosong. Fikirannya rasa serabut. Sarat dengan pelbagai benda. Mikael menghela nafas.
"Bila boleh balik ni?" Dia mula merungut. Mikael rasa bosan bila duduk di hospital. Sangat bosan. Tak dapat tengok dunia luar. Setakat taman hospital itu dia sudah jemu. Tak kan hari-hari nak hadap taman hospital aje.
Mikael memejam matanya rapat. Serta merta fikirannya menerawang kembali pada hari dia kemalangan.
"I'm back Malaysia." Mikael tersenyum senang. Dia sudah tidak sabar ingin pulang ke rumah. Ingin bertemu dengan isterinya. Rasa rindunya kepada Hanim membuak-buak.
Kereta yang dipandu Mikael semakin laju membelah jalan raya. Mikael bernyanyi kecil ditemani radio.
"And I know I can treat you better."
"Better than he can." Mikael terus menyanyi dengan senang hati.
Dari jauh dia sudah melihat lampu isyarat yang berwarna hijau. Kakinya semakin menekan pedal minyak. Keretanya bergerak semakin laju. Belum sempat dia melepasi lampu isyarat yang sudah mula bertukar warna kuning, dia mendengar bunyi hon yang kuat.
Dari ekor mata, dia melihat sebuah lori yang sedang menghampiri ke arah keretanya. Mikael membulatkan matanya. Dia menoleh ke sisi.
Bam.
Lori itu sudah merempuh keretanya. Kereta yang dinaiki Mikael berpusing-pusing di atas jalan raya. Nafas Mikael rasa tersekat. Pandangan matanya berbalam-balam sebelum perlahan-lahan matanya tertutup rapat. Mikael tidak sedarkan diri.
Lamunannya terhenti di situ. Setakat itu yang dia ingat. Apa yang jadi selepas itu, dia langsung tidak tahu.
"Haih Hanim." Mikael membulatkan matanya. Automatik dia bangun dari pembaringan. Dia bagai tersedar.
"A-aku... aku ingat?" Dia sendiri bagai tidak percaya. Dia sudah ingat semuanya? Air matanya sudah mulat bertakung.
"Ya Allah. Aku sudah ingat? Macam mana?" Air matanya mula tumpah. Senyumannya mekar di bibir. Dia sudah ingat!
"Ya Allah. Terima kasih." Dia rasa bersyukur sangat. Semudah itu dia boleh mengingat kembali semuanya. Air matanya yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.
"Sayang." Mikael memejam matanya. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Dia rasa gembira yang teramat sangat.
"Mikael." Mikael mencelik matanya. Dia memandang ke arah mummynya. Entah bila mummynya masuk ke dalam bilik, dia juga tidak sedar. Puan Marisa melangkah merapati katil Mikael.
"Kenapa menangis ni Mikael? Ada rasa sakit dekat mana-mana ke? Beritahu mummy." Puan Marisa menilik setiap inci tubuh Mikael. Dia rasa risau dengan keadaan anak lelakinya. Lagi-lagi apabila dia melihat anak lelakinya menitiskan air mata.
"Mummy." Mikael memanggil.
"Iya? Kenapa? Mika sakit ke? Sekejap mummy panggil doktor." Belum sempat Puan Marisa ingin berpaling, lengannya sudah dipegang Mikael. Mikael menggelengkan kepalanya.
"Mummy." Sekali lagi Mikael memanggil. Kali ini bersama senyuman di bibirnya. Puan Marisa menunggu kata-kata Mikael yang seterusnya.
"Mika dah ingat mummy. Mikael dah ingat semuanya." Puan Marisa diam tidak bersuara. Tubuhnya kaku.
"M-mikael dah ingat? Mika dah ingat semuanya? Betul ke?" Laju Mikael mengangguk. Tidak semena-mena air mata Puan Marisa mengalir setitis demi setitis. Lantas dia memeluk tubuh anak lelakinya. Mikael membalas sama.
"Betul ke Mikael? Mikael dah ingat Hanim? Isteri Mikael?" Tanya Puan Marisa lagi sebaik sahaja dia menjarakkan badannya. Mikael sekali lagi mengangguk.
"Iya mummy. Mika dah ingat. Mika tak tahu macam mana Mikae boleh ingat. Tapi, apa yang pasti Mikael dah ingat mummy. Mikael dah ingat semuanya." Puan Marisa mengucap syukur.
"Alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih." Tangannya menyapu muka. Dia rasa bersyukur yang teramat sangat. Dia kasihankan Hanim yang menderita kerana Mikael hilang ingatannya. Sekarang, dia rasa sangat gembira. Dan dia yakin Hanim akan rasa gembira juga.
"Hanim. Hanim dah tahu? Isteri kamu dah tahu ke belum Mikael?" Mikael menggelengkan kepalanya.
"Belum? Kenapa tak beritahu lagi? Dia berhak untuk tahu tau. Kalau Hanim tahu mesti dia gembira sangat-sangat." Puan Marisa sudah menyeluk ke dalam beg tangannya. Mencari telefon pintar untuk menelefon Hanim.
"Mi. Mummy. Sekejap." Mikael menahan Puan Marisa. Dia memegang lengan mummynya.
"Apa? Kalau kau tak nak beritahu dia, biar mummy yang beritahu. Mummy kesian tau dengan dia tu. Asyik menangis aje teringatkan kamu. Sekarang bila kamu dah ingat. Kamu tak nak beritahu dia pulak? Apa kena dengan kamu ni Mikael?" Puan Marisa menepis tangan anaknya. Mikael menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kena bebel pulak dah.
"No, mummy. Bukan macam itu maksud Mikael. Mummy cuba sabar dahulu. Dengar apa yang Mikael nak cakap." Puan Marisa menghembus nafas kasar. Geram aje dia melihat anak lelakinya yang sorang itu.
"Okay. Mummy duduk dulu. Bagi Mika bercakap." Nak tak nak, Puan Marisa menarik kerusi yang berada di sebelah katil Mikael. Dia melabuhkan duduk di situ. Matanya memanah tepat pada wajah Mikael.
"Apa yang kamu nak cakap? Hah cakaplah cepat." Mikael menarik dan menghembus nafas.
"Sebelum tu, Mika nak tanya. Bila Mikael boleh keluar hospital?" Diam seketika sebelum Puan Marisa menjawab.
"Esok dah boleh keluar dah doktor kata. Kamu ni nak cakap apa sebenarnya? Cuba cakap betul-betul dengan mummy." Mikael tersenyum lebar.
"Mika ingat nak buat surprise. Mika nak beritahu dia waktu Mika dah sampai rumah nanti. Mesti Hanim akan terkejut bila dia tahu Mika dah ingat semula kan?" Puan Marisa senyap. Dia merenung tepat pada Mikael yang sedang duduk di atas katil.
"Kamu ni biar betul Mikael? Tak kesian ke dekat isteri kamu tu? Dia tu dah terseksa tau Mikael. Lebih baik beritahu dia sekarang." Mikael mencapai tangan Puan Marisa.
"Alaaa, bolehlah mummy. Tolonglah Mika." Mikael membuat muka merayu. Puan Marisa diam sebelum dia menghembus nafasnya perlahan.
"Baiklah."
Mikael tersenyum lebar. Tak sabar dia nak lihat reaksi Hanim bila tahu dia dah ingat.
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"Sometimes the hardest thing and the right thing are the same."
![](https://img.wattpad.com/cover/304512001-288-k670388.jpg)
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...