Hanim mulakan kerjanya dengan mop lantai.
"Hello." Hanim mengangkat wajah. Dia mengerutkan dahi.
"Kau siapa?" Lelaki itu tersenyum. Tangan lelaki itu dihulurkan ke arahnya.
"Daniel. You?" Hanim memandang sepi tangan lelaki itu. Fikir dia nak salam balik? Memang tak lah.
"Asal kau nak tahu." Daniel tampak terkejut. Apa? Ingat dia nak hulurkan salam perkenalan macam lelaki itu ke? Jangan harap!
Muka kacak macam mana sekalipun, kalau gatal, memang dia tak suka. Bagi Hanim, orang macam itu jenis yang tak setia.
"Saja." Dia masih tidak menurunkan tangannya. Hanim buat tak layan. Daniel malu sendiri. Dia menjatuhkan tangan ke sisi.
"Muka kau macam pernah nampak." Daniel meletakkan jari di dagu. Gaya berfikir. Hanim menggulingkan mata.
"Macam Hannah?" Daniel tampak terkejut.
"Haah. Macam Puan Hannah." Daniel berkata sebelum dia membulatkan mata. Pipinya ditampar berkali-kali.
"Aku cakap dengan hantu ke?" Daniel menyoal sendiri. Hanim yang mendengar menggelengkan kepalanya.
"Daniel. Kau tahu tak. Ada orang pernah kata tau. Kalau kau jumpa orang yang dah mati, maknanya kau pun akan mati tak lama lagi." Hanim menakut-nakutkan Daniel. Terbuntang mata Daniel. Kakinya menggigil sedikit.
Sudah lah tempat ini tiada ramai orang sangat. Air liur rasa tersekat di kerongkong. Hani sudah tergelak di dalam hati. Sedaya upaya dia cuba menahawan tawa.
"Daniel." Dia memanggil dengan nada yang menyeramkan. Terketar-ketar kaki Daniel.
"Jom. Ikut aku. Kita pergi kubur sama-sama." Hanim membuat muka seram.
"Arghhh!" Daniel terus lari dari tempat itu. Hilang saja Daniel dari pandangan matanya, Hanim terus gelak terbahak-bahak. Dia menekan perutnya. Dia tak berhenti gelak.
"Woi." Berhenti terus tawa Hanim. Hanim memandang.
"Apa?" Mikael menggeleng kepala dengan perangai Hanim. Sangat lain dari Hannah.
"Seronok takutkan orang?" Mikael menyoal. Hanim tersengih. Dia menunjuk ibu jarinya.
"Seronok. Kau tak nak try? Best tau." Perangai nakal Hanim sudah keluar.
"Tak baik buat dia macam tu." Hanim mengangkat bahu. Ada nampak macam dia kesah ke? Hidup dia bukan hidup orang lain. Suka hati dia lah.
"Dia tu pun satu. Yang pergi percaya dah kenapa?" Hanim membalas selamba. Dia kembali menyambung kerjanya yang tergendala.
"Hanim." Mikael memanggil.
"Apa?" Nak tak nak aje Hanim menyahut.
"Buatkan aku air boleh?" Mop yang dipegang, dihentak sedikit. Tanda dia tengah geram.
"Hei! Aku bukan pembantu kau tau. Aku ni kerja cleaner. Ada juga yang aku bagi air sabun nanti." Mikael ketawa kecil. Rasa lawak dengan kata-kata Hanim.
"Apa hal kau ketawa. Nak aku bagi air sabun?" Hanim mengugut.
"Tolonglah buat air untuk aku." Entah mengapa Mikael jadi macam itu. Mungkin kerana kadang-kadang dia ingatkan Hanim itu Hannah.
"Tak. Nak. Bla kau sana. Sibuk aje dekat sini." Hanim kembali mengemop lantai. Mikael berlalu pergi ke bilik pejabatnya. Dia duduk di kerusi kerjanya.
"Kau pun satu Mikael. Yang kau suruh dia buat air tu kenapa? Dia tu bukan Hannah." Dia mengetuk kepalanya sendiri. Mikael merengus kasar.
![](https://img.wattpad.com/cover/304512001-288-k670388.jpg)
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...