Hanim memandang pintu masuk 7 Eleven.
"Tak ada orang ke yang nak datang?" Dia merenung pintu itu. Menunggu orang masuk ke dalam kedai 7 Eleven. Dia bosan duduk dekat sini.
Pintu masuk 7 Eleven yang terbuka dari luar membuatkan dia tersenyum nipis. Lama dia tunggu orang datang, akhirnya datang juga. Dia berdiri tegak. Menunggu untuk orang itu masuk.
Seorang lelaki masuk ke dalam kedai 7 Eleven tanpa memandang ke arahnya. Tak terkelip mata Hanim memandang lelaki itu. Apa patut dia buat? Sorok atau buat tak tahu.
Akhirnya dia buat keputusan untuk buat tidak tahu. Sekarang dia dah habis waktu kerja, jadi dia boleh panggil lelaki itu dengan panggilan biasa. Tapi, kalau diingat semula, dia mana pernah panggil Mikael dengan panggilan hormat. Selama ni, dia panggil lelaki itu Mikael sahaja.
Dia memandang Mikael yang sedang memilih air kotak milo. Air kotak pun nak kena pilih. Ambil aje lah yang mana-mana pun.
Mikael menuju ke kaunter pembayaran. Terhenti langkahnya apabila melihat Hanim. Hanim buat tak tahu. Mikael tersenyum kecil. Dia meletakkan air kotak milo di atas meja kaunter.
"RM4.50." Hanim meletakkan air kotak milo itu ke dalam beg plastik. Dia memandang ke arah Mikael.
"Duit?" Mikael tersenyum. Hanim menggulingkan mata ke atas. Senyum, senyum. Suka sangat senyum. Dia pula yang rasa penat.
"Encik. Semua sekali RM4.50." Penuh lembut Hanim bercakap. Mikael ketawa kecil. Dia mengeluarkan sekeping not 5 ringgit dari dalam dompet dan menghulurkan duit itu kepada Hanim.
Hanim mengembalikan 50 sen sebagai baki.
"Balik kerja pukul berapa?" Mikael menyoal.
"Asal kau nak tahu?" Hanim membalas. Sibuk aje nak tahu dia balik pukul berapa.
"Bagitahu aje lah. Kau balik pukul berapa?" Hanim merengus kasar. Jam tangannya dilihat sekilas.
"Pukul 8.30." Hanim menjawab. Lagi 5 minit saja sebelum pukul 8.30.
"Ouh okay." Mikael terus keluar dari kedai 7 Eleven bersama dengan air kotak milonya.
"Cis! Ingatkan nak tumpangkan aku ke apa? Baik tak payah tanya kalau macam tu." Hanim membebel sendiri. Rasa geram dengan Mikael.
"Tak. Yang kau nak sangat dia tumpangkan kau tu dah kenapa?" Hanim bagai tersedar. Dia menggelengkan kepalanya.
Lima minit akhirnya berlalu. Orang lain yang sepatutnya jaga selepas dia, sudah sampai. Hanim tersenyum senang.
"Mari kita balik." Dia keluar dari kedai. Matanya tertancap pada susuk tubuh Mikael yang duduk di atas lantai. Sebaik sahaja melihat Hanim, terus Mikael bangun. Dia tersenyum ke arah Hanim.
"Kau buat apa dekat sini? Tak reti nak balik ke?" Hanim menyoal.
"Jom." Hanim mengangkat sebelah kening.
"Huh?" Mikael membuka pintu kereta untuk Hanim.
"Naiklah. Aku hantar kau balik." Hanim berfikir. Nak naik atau tidak?
"Tak apa lah. Aku boleh jalan kaki." Hanim menolak. Lagipun rumahnya tidaklah begitu jauh. Satu kilometer sahaja. Dia pun dah biasa jalan kaki.
"Hanim Arrabell." Nada suara Mikael kedengaran seperti memberi amaran.
"Naik sekarang." Mikael mengarah. Hanim ingin protes tapi jika difikirkan kembali. Tak apa juga kalau dia ikut Mikael.
"Okay." Akhirnya, Hanim hanya bersetuju. Mikael tersenyum. Hanim masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang. Pintu kereta ditutup oleh Mikael. Dia masuk ke bahagian pemandu.
"Rumah kau dekat mana?" Mikael memandang ke arah Hanim.
"Taman Aman." Mikael mengangguk. Kereta Mikael mula membelah jalan.
"Dah lama ke kau kerja dekat 7 Eleven?" Hanim mengangguk.
"Tak penat ke buat 2 kerja dalam satu hari?" Hanim diam seketika.
"Penat memang penat. Tapi kena buat juga untuk teruskan hidup." Hanim membalas.
"Boleh aku tanya sesuatu?" Hanim mengangguk.
"Tanya aje lah."
"Kenapa Hannah tak bagitahu aku yang dia ada kakak?" Hanim senyap. Mikael memandang Hanim sekilas.
"Aku yang suruh." Mikael mengerutkan dahi.
"Kenapa kau suruh dia buat macam itu?" Hanim menarik nafas panjang.
"Aku dengan dia berbeza Mikael. Dia kaya. Dia terkenal. Dia ada peminat. Aku pulak? Miskin. Tak terkenal. Tak ada peminat. Apa pun tak ada. Lagipun, aku tak nak dia malu ada kakak macam aku." Hanim memandang ke luar tingkap. Terbit rasa rindu pada arwah adiknya.
"Kau rindu adik kau?" Hanim senyum nipis.
"Mestilah. Aku ada dia aje. Dia pun ada aku. Kitorang jumpa setahun sebelum dia pergi tinggalkan aku. Pertemuan kami singkat, tapi dia adik aku. Mestilah aku rasa sedih. Rasa rindu pada dia." Mikael mengangguk.
"Maknanya kau dengan dia baru jumpa setelah 20 tahun lebih?" Hanim mengangguk.
"Kau kata kau ada dia aje. Habistu mak bapak kau?" Hanim diam. Dia mengetap rahang.
"Rumah aku nombor 557. Depan tu. Yang warna putih tu." Hanim menunjuk ke arah sebuah rumah. Soalan Mikael tadi tidak di jawab. Tak ada rasa nak jawab pun.
Mikael mengangguk. Dia berhenti di hadapan rumah Hanim. Hanim berpaling. Memandang ke arahnya.
"Terima kasih." Mikael mengangguk.
"Sama-sama," katanya dengan senyuman. Hanim tersenyum kecil. Dia keluar dari kereta Mikael.
"Pergilah." Hanim memberi isyarat supaya Mikael pergi. Mikael menurunkan tingkap keretanya.
"Kau masuk dulu. Baru aku pergi." Mikael mengarah. Hanim mengangguk. Dia membuka pagar rumah sebelum menutupnya.
"Dah. Pergilah balik." Tangannya mengisyaratkan supaya Mikael balik. Gaya seperti menghalau pun ada.
"Halau nampak?" Mikael saja ingin bergurau.
"Memang pun." Selamba Hanim membalas. Mikael memegang dadanya. Acah-acah sakit hati dengan kata-kata Hanim. Hanim ketawa kecil.
"Baliklah Mikael." Melihat Hanim yang tertawa membuatkan Mikael turut ketawa sama.
"Okay. Jumpa esok." Mikael melambai tangannya. Hanim membalas lambaian Mikael.
"Tak nak aku jumpa kau." Hanim membalas. Dia hanya bergurau. Mikael memandangnya tajam sebelum ketawa.
"Esok aku nak air milo tau." Hanim ketawa lagi. Rasa macam budak-budak pula.
"Iya. Dah lah. Pergi balik. Sibuk aje dekat sini. Shuh shuh. Pergi sana." Kali ini Hanim menghalau. Mikael senyum.
"Bye." Hanim mengangguk. Kereta Mikael semakin lama semakin hilang dari pandangannya. Tanpa sedar, bibir Hanim mengukir senyuman manis. Dia berpusing. Hanim berundur setapak akibat terkejut dengan kehadiran Sarra.
"Kau buat apa dekat luar ni? Tak tengok TV ke?" Sarra mengecilkan matanya. Dia memandang Hanim penuh curiga.
"Apa benda kau ni? Asal pandang aku macam itu? Cantik sangat ke muka aku ni?" Hanim bergurau. Sarra masih lagi dengan riak wajah curiganya.
Hanim buat tidak peduli dengan Sarra. Dia berjalan melepasi Sarra. Ingin masuk ke dalam rumah.
"Hanim Arrabell?" Hanim tang berada di dalam rumah memandang ke arah Sarra.
"Apa dia?" Pelik betul dia dengan Sarra ni. Kena sampuk ke apa?
"Itu bukan suami adik kau ke? Mikael Harfiy kan?"
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"The mirror is my best friend because when I cry, it never laughs."
![](https://img.wattpad.com/cover/304512001-288-k670388.jpg)
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...