BAB 4

710 74 21
                                    

"Tingkat 50 ni tak ada lah kotor sangat. Pekerja-pekerja dekat sini pun boleh dikatakan pembersih juga. Lagipun Mikael tak suka tempat yang kotor." Mak Jah mula menerangkan beberapa perkara kepada Hanim. Hanim mendengar dengan teliti.

"Dekat tandas aje agak kotor. Lagi-lagi kalau masuk tandas tu ada benda yang timbul." Mak Jah dan Hanim tertawa dengan kata-kata Mak Jah. Faham sangat Hanim dengan apa yang Mak Jah maksudkan.

"Bilik Mikael tu pun Hanim kena kemas tau. Lap apa yang patut. Pastikan tiada satu habuk pun dalam bilik dia." Hanim mengangguk.

"Dan pastikan jangan usik apa-apa barang dalam bilik dia." Hanim mengerutkan dahi.

"Kalau tak sentuh macam mana nak bersihkan?" Mak Jah tersenyum nipis.

"Maksud Mak Jah, jangan sentuh barang dalam bilik dia sampai beralih tempat. Pastikan waktu Hanim keluar dari bilik Mikael, kedudukan barang dia sama macam waktu Hanim masuk. Faham?" Hanim mengangguk.

"Mak Jah bersihkan tingkat berapa aje?" Manalah tahu kalau dia dah siap kemas nanti, bolehlah dia tolong Mak Jah.

"45 sampai 50." Hanim sedikit terkejut.

"Banyaknya." Dah lah satu tingkat aje boleh tahan luas. Mesti penat kalau bersihkan seorang diri.

"Ada aje yang tolong Mak Jah nanti. Dekat syarikat ni banyak aje cleaner. Tapi diorang kerja dekat berbeza tingkatlah. Nanti mesti Hanim jumpa mereka." Hanim mengangguk.

"Hari ini Mak Jah teman Hanim bersihkan dekat tingkat ni. Esok baru Hanim buat sorang. Okay?" Hanim mengangguk lagi. Entah sudah berapa kali dia mengangguk.

"Baik."





"Cermin ni pun nak kena lap ke Mak Jah?" Ketika itu, mereka berdua berada di dalam tandas.

"Haah. Ni, Hanim sembur ni dekat cermin lepastu Hanim lap guna kain ni." Mak Jah menghulurkan satu botol dan satu kain lap.

"Okay." Penuh tekun Hanim membuat kerja itu. Akan dia pastikan cermin ni bersih tanpa kotoran.

Satu pintu tandas terbuka. Hanim hanya melihat. Orang baru lepas membuang lah tu.

"Puan." Hanim memandang perempuan yang baru keluar tandas itu. Perempuan itu turut sama memandang ke arahnya.

"Puan Hannah?" Hanim sudah naik bosan dengan nama itu. Nama dia Hanim. Hanim Arrabell!

"Hanim. Aku Hanim. Bukan Hannah." Perempuan itu menggosok-gosok matanya. Tak percaya dengan apa yang dia lihat. Mask yang Hanim pakai diturunkan.

Mungkin kerana matanya yang hampir sama dengan Hannah membuatkan orang lain salah sangka. Dia Hanim. Bukan Hannah.

"Dia Hanim, Liyana. Bukan Puan Hannah." Mak Jah menerangkan bagi pihak Hanim.

"Tapi mata dia..." Mak Jah mengangguk. Dia tahu apa yang bermaim di fikiran Liyana.

"Mata mereka aje hampir sama. Tapi mereka berdua orang yang berbeza." Liyana tampak sedikit kecewa. Baik sangat ke perempuan yang nama Hannah ni? Dia tu dikenali ramai ke?

"Tak nak sambung kerja ke Liyana. Marah Mikael nanti." Liyana bagai baru tersedar.

"Ouh, iyalah. Lupa pula." Liyana membasuh tangannya sebelum keluar dari tandas. Sempat dia memandang Hanim sekilas.

"Sama sangat ke muka Hanim ni dengan Hannah, Mak Jah?" Mak Jah tidak mengangguk, tidak juga menggeleng.

"Ada sikitlah. Kalau pandang mata Hanim, ada nampak macam Hannah." Hanim mengangguk.

"Hannah tu cantik ke?" Walaupun dia dah lihat gambar perempuan yang bernama Hannah itu, tapi dia tetap nak tahu.

"Cantik sangat. Baik pula tu. Mak Jah suka tengok dia. Eh, tapi kalau Hanim nak tengok, Hanim search aje nama dia dekat google. Hannah Issabell. Dia penyanyi yang agak terkenal dulu." Hanim mengangguk. Tengoklah nanti kalau dia ada masa.

"Okay."





Tok. Tok. Tok.

"Masuk." Kini, tiba masanya untuk Hanim bersihkan bilik pejabat Mikael. Tapi kali ini, Mak Jah tiada bersamanya.

Mak Jah terpaksa pergi ke tingkat lain kerana hari ini cleaner ramai yang cuti. Macam dah berpakat pun ada.

Hanim masuk ke dalam bilik pejabat Mikael.

"Aku nak kemas bilik kau." Mikael geleng kepala. Dia bos kut. Boleh pula si Hanim ni guna kau-aku dengan dia.

"Aku bos kau kan. Cubalah panggil aku dengan panggilan hormat." Mikael menegur. Hanim mengangkat bahu.

"Kau nampak muka aku ni?" Mikael mengangguk.

"Ada nampak macam aku ni kisah?" Mikael merengus kecil. Kecil besar kecil besar aje dia pandang Hannah.

"Kemaslah cepat." Mikael mula mengarah. Meja lain yang berada di dalam bilik itu, di lap. Meja yang tadinya agak berhabuk, terus menjadi bersih. Hanim tersenyum kecil. Suka betul dia tengok benda-benda macam ini. Dia membetulkan sedikit bunga yang berada di dalam pasu.

Hanim rasa tidak selesa tiba-tiba. Rasa seperti ada yang memerhatikannya. Dia mengangkat kepala memandang ke arah Mikael. Tepat sangkaannya. Mikael sedang memandang ke arahnya.

"Apa hal kau pandang aku?" Hanim bertanya sedikit kasar. Dia rasa tak selesa.

"Hanim Arrabell." Hanim mengangkat sebelah kening.

"Apa?" Mereka bersabung pandangan.

"Siapa sebenarnya kau, Hanim?" Berubah sedikit air muka Hanim.

"Kenapa kau nak tahu?"

"Sebab wajah kau persis arwah isteri aku." Mereka berdua diam tidak bersuara sebelum Hanim ketawa kecil.

"Then, kau nak cakap aku ni isteri kau ke?" Hanim membalas.

"Kalau aku cakap iya?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Nonsense".

"Apa nama bapak kau?" Hanim diam.

"Abdullah." Perlahan dia menjawab.

"Maksud kau?" Ada dua kemungkinan. Sama ada nama bapak dia memang Abdullah atau dia anak yang tidak sah.

"Entah. Mana aku tahu nama bapak aku apa. Abdullah lah kut." Dia hanya reka nama. Walhal, dia tahu nama sebenar bapa kandungnya.

"Aku tak faham. Siapa sebenarnya ibu bapa kau?" Hanim mengangkat bahunya.

"Entah. Aku pun malas nak ambil tahu. Diorang pun bukannya ambil tahu pasal aku. Aku hanya buat benda yang sama aje. Diorang hidup ke mati ke, aku langsung tak kesah." Mikael memandang tepat pada mata gadis itu. Gadis itu seperti menyimpan dendam.

"Senang cerita kan. Apa kata kau cari sendiri. Siasat sendiri siapa sebenarnya aku? Kau kan banyak duit. Upahlah orang." Hanim memberi cadangan. Mikael diam. Dia tidak pernah pula terfikir tentang itu.

"By the way, Mikael Harfiy." Mikael mengangkat kening. Apa seru nama dia ni?

"Cantik PA kau tu. Sebab itu ke dulu kau curang dengan arwah isteri kau." Hanim tersenyum sinis. Mikael tampak tergamam. Tiada orang luar yang tahu pasal hal ini. Bagaimana? Bagaimana Hanim tahu?

"Siapa kau Hanim? Macam mana kau tahu apa yang berlaku antara kami?" Wajah Mikael berubah tegang. Dia sudah berdiri. Hanim turut sama berdiri.

"Rileklah bro. Aku dengar aje orang berbual. Terdengar okay. Terdengar. Bukannya curi-curi dengar." Mikael memandang tepat pada wajah Hanim. Dia rasa sesuatu. Seolah-olah, gadis itu tahu segala-galanya.

"Aku keluar dulu ya bos?" Hanim tersenyum kecil. Tapi bagi Mikael, senyuman itu nampak sinis.

Siapa kau, Hanim Arrabell?

Terima kasih sudi baca <333

QOTD
"Don't hope to much cause you can get hurt so much."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now