Tapak tangan rasa berpeluh. Kedua-dua belah tangan diramas sesama sendiri. Nafas ditarik dan dihembus. Rasa gemuruhnya semakin menjadi-jadi sejak dari rumah tadi.
"Tenang, sayang." Puan Hanan mengusap lembut pipi Hanim. Hanim tersenyum nipis.
"Tak bolehlah umi." Puan Hanan ketawa kecil. Dia mencapai tangan Hanim. Erat tangannya menggenggam tangan anak perempuannya itu.
"Baca selawat banyak-banyak. In syaa allah, nanti tenang sikit hati tu." Hanim mengikut arahan Puan Hanan. Dia berselawat di dalam hati. Benar kata uminya, dia rasa sedikit tenang.
"Kita dah sampai masjid." Hati yang berdebar menjadi semakin berdebar. Bibir bawah digigit. Puan Hanan menepuk peha Hanim.
"Jangan digigit bibir tu. Hilang make-up nanti." Hanim hanya tersengih.
"Jom lah kita turun. Mesti semua dah tunggu kita."
"Kalau Hanim tak turun boleh? Takutlah." Jelingan tajam daripada umi dan abinya membuatkan Hanim tersengih tidak bersalah.
"Orang gurau aje. Jom lah kita turun." Tuan Borhan menggelengkan kepala. Pening dengan perangai anak perempuannya itu.
"Mikael." Mikael diam. Dia dalam dilema.
"Mikael." Suara kali ini lebih kuat dan keras. Mikael mengangkat wajah memandang papanya. Tuan Malik mengerutkan dahi dengan perangai Mikael.
"Kenapa ni?" Tanya Tuan Malik separa berbisik. Mikael diam. Kepala dipusingkan memandang ke arah belakang. Hanim dicari. Wajah yang tadinya tidak lekang dengan senyuman telah bertukar tanpa senyuman. Mereka berdua bersabung pandangan.
Hanim menunduk. Benarlah. Dia tetap tidak dapat menggantikan tempat adiknya, Hannah.
"Pengantin lelaki." Mikael kembali memandang ke arah tok kadi di hadapannya.
"Ada apa-apa masalah?" Semua yang berada di dalam masjid itu keliru apabila Mikael hanya diam ketika tok kadi melafazkan akad nikah mereka.
"Tiada. Maaf, boleh kita mula semula?" Pinta Mikael. Lambat-lambat tok kadi mengangguk. Tangan Mikael dan tok kadi bersatu.
"Mikael Harfiy bin Malik." Jeda seketika.
"Iya saya."
"Aku nikah akan dikau dengan Hanim Arrabell binti Muhamad Borhan dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai." Mikael mengambil nafas dalam.
"Aku... aku terima nikahnya Hanim Arrabell binti Muhamad Borhan dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai." Mikael menunduk.
"Sah?"
"Sah."
"Sah." Terpejam matanya sesaat. Kini dia statusnya sebagai duda sudah bertukar kembali menjadi suami orang. Ya Allah, andai dia tersilap percaturan, dia mohon ampun.
"Hanim." Hanim hanya diam. Dari majlis tadi sehingga sekarang, sukar benar Hanim ingin bersuara. Andai dia bersuara, boleh dikira berapa patah perkataan sahaja yang keluar dari mulutnya.
"Hanim." Sekali lagi Mikael memanggil. Hanim tidak memberi respon. Iya, dia terasa hati dengan Mikael.
"Hanim." Dia memanggil. Bahu Hanim dipegang dan dipusingkan ke arahnya. Mata bertentang mata.
"Kenapa ni? Aku ada buat salah ke?" Hanim diam seketika.
"Kau... betul-betul terima aku jadi isteri kau ke?" Berkerut dahi Mikael. Apa punya soalan ni?
"Huh? Maksud kau?" Hanim ketap bibir.
"Cakap aje lah kau tak boleh terima aku jadi isteri kau. Cakap aje lah yang kau tak pernah sukakan aku. Susah sangat ke nak cakap?" Pipi Hanim diusap lembut.
![](https://img.wattpad.com/cover/304512001-288-k670388.jpg)
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...