Mangkuk yang berisi udang masak sambal diletakkan di atas meja. Hanim tersenyum sendiri melihat lauk-lauk yang berada di atas meja. Tidak sabar rasanya hendak tunggu suaminya pulang ke rumah.
Walaupun dia rasa agak marah kerana Mikael tidak memberitahunya, tetapi rasa rindunya pada Mikael lebih menebal sehingga rasa ingin marah itu dibiarkan begitu sahaja.
Jam di dinding dilihat. Pukul 12.30. Jadi mengapa mereka masih belum tiba? Rasanya jarak hospital ke rumah ini tidaklah jauh mana. Hanya memakan masa hampir 40 minit sahaja. Jadi mana mereka semua?
"Diorang ada singgah mana-mana lah tu kut." Hanim menyedapkan hatinya. Lauk-lauk yang berada di atas meja ditutup dengan tudung saji. Dia berlalu ke ruang tamu.
Sambil menunggu ketibaan mereka semua, dia membuka siaran TV. Terasa bosan, dia membuka telefonnya pula. Masa berlalu. Dia melihat jam pada telefonnya. Sudah 30 minit, tapi mereka masih belum pulang. Rasa risau dan takut menghantui dirinya.
Tolonglah, jangan jadi apa-apa pada mereka.
Hanim membaringkan tubuhnya di atas sofa. Perlahan-lahan matanya mula terkatup. Dia dijemput lena.
Mata terbuka perlahan-lahan. Hanim masih lagi mamai. Dia bangun dari pembaringan. Jam di dinding dilihat. Sudah pukul 5.00 petang. Lamanya dia tidur. Hanim mengeliat kecil.
"Macam mana boleh tidur lama ni?" Dia menyoal sendiri. Nak kata dia penat sangat tu ada lah jugak. Lagi-lagi dia membawa anak di dalam perut. Makin bertambahlah rasa penatnya.
"Eh. Ya Allah. Aku tak solat zohor lagi." Hanim kalut bangun. Dia tertinggal solat zohor. Sekarang dah masuk waktu asar. Dia terpaksa qada' solat.
Hanim menuju ke biliknya. Dia masuk ke dalam bilik air. Mandi secara ala kadar. Kemudian dia menunaikan solat fardhunya. Selesai solat, dia menadah tangan untuk berdoa.
"Aaminn." Tangan ditekup ke mukanya. Dia mengambil telefonnya yang dibawa bersama naik ke bilik sebentar tadi. Jam sudah menunjukkan ke angka 6 petang. Hanim mengerutkan dahi.
"Mana dia orang ni?" Hanim rasa gelisah. Rasa risaunya tidak dapat dibendung lagi. Dia mendail nombor telefon Mikael. Tidak berjawab.
Nombor mummy pula didail. Sama seperti Mikael, tetap juga tidak berjawab. Hanim mencuba mendail nombor Melisa dan Jauhar. Sama juga seperti tadi. Tidak berjawab.
"Ya Allah kenapa ni?" Bibir bawah digigit. Hanim sudah mula rasa tidak sedap hati.
"Ya Allah mana mereka ni?" Nombor Mikael didail berkali-kali. Langsung tiada jawapan.
"Ya Allah. Tolonglah. Jangan jadi apa-apa pada mereka. Aku sayang mereka Ya Allah." Ketika ini, dia hanya mampu berdoa sahaja kepada tuhan. Kerana 'dia' yang maha berkuasa dan dia juga yang berkehendak.
"Assalamualaikum." Pintu rumah dibuka sebaik sahaja dia menyarung tudung. Rasa resah di hati semakin menjadi-jadi apabila melihat dua orang yang berpakaian seragam polis di hadapan pintu rumah.
"Wa-waalaikumsalam." Tergagap-gagap Hanim menjawab salam.
"Ini rumah Marisa binti Sarip ke?" Marisa. Itu nama mummy. Hanim mengangguk lambat-lambat.
"Iya. Kenapa ye?"
"Puan Marisa dan keluarganya telah terkorban ketika keretanya meletup." Longlai rasa lututnya. Tangan berpaut pada pintu.
"Jika cik merupakan ahli keluarga mangsa, mohon ikut kami ke hospital untuk pengecaman mayat." Air matanya jatuh tanpa dia sedar. Kali ini, dia betul-betul hilang semuanya.
"Ya Allah." Dia jatuh. Dia jatuh ke atas lantai.
"Ya Allah." Tangan menekup mulutnya. Dia menangis teresak-esak di situ.
"Mustahil." Tergeleng-geleng kepalanya. Dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Satu persatu orang yang dia sayang pergi meninggalkannya.
Tuhan, beginikah cara kau menguji aku. Sesungguhnya aku tidak kuat Ya Allah.
Air mata yang mengalir hanya dibiarkan tanpa ada rasa ingin menyeka. Kubur yang masih merah itu dipandang dengan pelbagai perasaan.
Bahunya diusap seseorang. Tidak perlu melihat siapa gerangannya. Dia tahu itu Puan Salina. Isteri Tuan Malik.
"Sabarlah Hanim. Ini semua ujian." Betul. Ini ujian untuknya. Tapi kenapa berat sangat ujian kali ini?
"Kita balik ye Hanim. Cuaca macam nak mendung ni. Nanti hujan. Kita balik jom." Hanim menggelengkan kepalanya. Tidak mahu. Dia mahu terus berada di sini bersama keluarganya.
"Jangan macam ni. Nanti hujan, Hanim demam. Tak kesian ke dekat anak dalam perut ini." Mendengar perkataan anak, Hanim terus memandang ke arah perutnya. Anak dia dengan Mikael.
"Kita balik eh?" Lambat-lambat Hanim mengangguk. Mahu tidak mahu, dia mengikut sahaja Puan Salina membawanya pergi.
Sempat dia memandang ke arah kubur Mikael. Air matanya mengalir buat kesekian kalinya.
Beberapa bulan kemudian...
"Teran lagi puan. Sikit lagi." Hanim meneran sekuat hatinya.
"Sikit lagi puan." Sekali lagi Hanim meneran bersama raungannya.
"Arghhh!" Dia rasa sakit yang teramat sangat.
"Lagi sedikit puan. Teran sikit lagi. Saya kira 1, 2, 3 puan teran." Dahi Hanim berkerut-kerut menahan kesakitan yang dirasai.
"1, 2, 3. Teran puan." Sekuat tenaganya dia meneran.
"Arghhh." Raungannya pecah lagi. Mengalir air mata akibat sakit yang teramat sangat.
Ketika itu dia sudah tidak mendengar apa lagi. Sipi-sipi sahaja dia mendengar doktor membaca surah. Entah doktor ataupun nurse. Dia juga tidak pasti.
"Sedikit sahaja lagi puan." Kelopak mata Hanim perlahan-lahan terkatup.
"Puan. Puan." Pandangan matanya menjadi kabur.
Ya Allah. Sakit beranak itu hanya tuhan sahaja tahu. Lebih sakit lagi apabila beranak tanpa suami di sisinya.
"Ya Allah. Aku penat." Hanim gumam perlahan.
Maafkan ibu, anak ibu. Ibu tak mampu selamatkan kamu.
"Allahuakbar." Matanya yang kabur menjadi rapat sepenuhnya. Dadanya yang tadi berombak laju, perlahan-lahan berubah rentak. Tubuh Hanim menjadi kaku.
Di sini, di atas katil hospital ini, Hanim Arrabell binti Muhammad Borhan menghembuskan nafas terakhirnya.
Dan dengan itu, kisah ini berakhir dengan kematian mereka. Hanim dan Hannah, kedua-duanya cinta hati Mikael.
Mereka...
Cinta Sebenar Mikael.
TAMAT
Terima kasih sudi baca <333
Saya tak scam tau. Ni memang betul-betul tamat.QOTD
"In the end, we'll all become stories."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romans[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...