"Ehem, ehem, ehem." Hanim menggulingkan mata ke atas.
"Apa kau nak?" Megat ketawa kecil. Bila Hanim marah, langsung dia tidak takut. Muka Hanim tidak nampak garang, tetapi nampak comel. Dengan muka gadis itu sedikit kemerah-merahan.
"Nak kau." Buku lima ditunjuk ke arah Megat. Megat ketawa lagi.
"Kau buat apa dekat sini? Bukan kau ada meeting dengan Mikael ke?" Megat mengangguk.
"Haah. Tapi aku kata nak pergi tandas sekejap." Hanim mengerutkan dahinya.
"Jadi, ini bukan tandas. Tandas dekat hujung sana. Yang kau pergi sini buat apa? Ada nampak muka aku ni macam mangkuk tandas ke?" Hanim memerli. Megat tersenyum nipis.
"Nak jumpa kau sekejap aje pun. Salah ke?" Hanim mengangguk.
"Iya salah. Ini tempat kerja. Bukan tempat untuk kau pergi dating." Megat tersenyum senget.
"Kau nak cakap yang kita tengah dating ke ni?" Hanim memandang jelik.
"Tak ada maknanya. Dah, dah. Pergi sana. Jangan ganggu aku." Megat masih berdiri statik di tempatnya. Hanim memandang tajam. Megat ketawa.
"Okay, okay. Aku pergi. Bye, my girl." Hanim menggulingkan mata. Rasa geli dengan panggilan itu.
"Bla lah kau." Megat ketawa lagi sebelum dia hilang dari pandangan mata Hanim.
Telefon Hanim bergetar di dalam poket seluarnya menandakan ada panggilan masuk. Cawan ditangan diletakkan di atas meja. Dia menyeluk poket seluarnya. Telefon pintarnya yang berjenama Samsung dikeluarkan. Tertera nama Sarra di skrin telefon.
Tanpa berfikir panjang, dia menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan pada telinganya.
"Hello." Dia memulakan perbualan.
"Hah hello." Suara di hujung talian mula kedengaran.
"Hah asal kau call aku? Aku tengah kerja ni tau." Ini kalau pekerja lain nampak ni, tak pasal-pasal dia dikata curi tulang. Padahal dia tak pandai curi tulang. Tapi dia pandai curi hati orang.
"Tahu." Singkat Sarra balas.
"Dah tu? Kenapa call aku? Ada hal penting ke?" Jarang-jarang kawannya ini telefon dia waktu dia tengah kerja. Paling-paling pun, dia telefon waktu Hanim tengah rehat.
"Hari ini kan. Kau boleh balik awal tak? Kalau boleh minta cuti setengah hari dekat bos kau. Balik sekarang. Ada orang nak jumpa kau dekat rumah ni." Hanim mengerutkan dahi.
"Siapa pulak yang nak jumpa aku ni? Malaslah. Kau suruh aje lah dia balik." Hanim dah lah cuti semalam. Tak kan hari ni nak minta cuti setengah hari pulak.
"Ish, Hanim. Kau kena balik sekarang. Orang ni penting dalam hidup kau." Semakin berkerut dahi Hanim mendengarnya.
"Siapa pulak orang yang penting dalam hidup aku ni? Setahu aku orang yang paling penting dalam hidup aku dah tak ada. Dia dah tinggalkan aku. Jauh betul dia pergi. Sampai aku nak cari dia pun dah tak boleh." Penuh dalam kata-kata Hanim. Sarra terdiam. Dia tidaklah begitu bodoh untuk tidak mengetahui siapa yang Hanim maksudkan. Sudah tentulah adiknya sendiri. Hannah!
"Hanim. Pokok pangkalnya, kau kena balik sekarang juga. Tak kira. Kau kena jumpa diorang." Hanim mengeluh kecil.
"Penting sangat ke diorang tu sampai aku kena balik sekarang jugak?" Sarra mengangguk di hujung talian.
"Iya. Sangat penting. Balik tau. Jangan tak balik. Kalau tak nanti kau yang rugi." Habis sahaja ayatnya, Sarra terus mematikan panggilan. Skrin telefon yang gelap dipandang bersama kerutan dahi. Jam di pergelangan tangannya dilihat. Baru pukul 11 lebih. Belum masuk waktu rehat lagi.
"Balik ke tak?" Hanim dalam dilema. Dia mengangguk. Dia sudah membuat keputusan. Dia akan balik. Tak pernah-pernah Sarra paksa dia balik. Mungkin hal ini memang begitu mustahak.
Dia membasuh cawan dahulu sebelum bergerak ke bilik Lia. Personal assistant Mikael. Kalau nak terus pergi ke bilik Mikael, tak boleh. Dia tengah bermesyuarat dengan Megat.
Tok. Tok. Tok.
Pintu dibuka. Terpampang wajah Lia yang sedang duduk di atas kerusi menghadap komputer.
"Boleh aku masuk?" Hanim meminta izin. Lia mengangguk bersama senyuman.
"Masuk aje lah." Hanim masuk ke dalam bilik Lia sebelum menutup pintu.
"Aku nak minta izin." Lia mengangkat sebelah kening.
"Minta izin apa tu?"
"Aku nak balik boleh?" Lia mengerutkan dahi.
"Kenapa? Demam lagi ke?" Lia rasa risau. Hanim menggeleng.
"Tak. Tak. Aku ada hal dekat rumah. Hal penting. Jadi aku nak minta izin untuk balik." Lia diam seketika.
"Dah minta izin bos?" Hanim menggeleng.
"Dia kan tengah mesyuarat. Tu yang aku bagitahu kau tu."
"Awak kena bagitahu bos. Lagipun saya tak ada kuasa untuk benarkan orang cuti sesuka hati. Tak apa. Awak masuk aje bilik bos tu. Awka cakap sendiri dekat dia. Takut dia risau pulak kalau awak tiba-tiba hilang dari pandangan mata dia." Hanim memandang pelik.
"Huh? Dah kenapa dia nak risau pulak?" Lia tersenyum penuh makna. Gelengan diberikan.
"Tak ada apa-apa. Pergilah bagitahu dia." Hanim mengangguk. Dia keluar dari bilik Lia dan menuju ke bilik Mikael pula.
Tok. Tok. Tok.
"Masuk." Dia membuka pintu bilik Mikael. Mikael yang sedang duduk di atas kerusinya dan Megat yang baru sahaja bangun dari duduk. Hanim masuk ke dalam.
"Iya Hanim. Kenapa?" Mikael menyoal. Megat turut memandang ke arah Hanim.
"Aku nak minta izin untuk balik." Mereka berdua mengerutkan dahi.
"Kenapa? Demam lagi?" Sama aje soalan dia macam Lia.
"Tak. Aku ada hal dekat rumah. Hal penting." Mikael berfikir seketika.
"Okay. Baliklah." Hanim mengangguk.
"Terima kasih." Hanim menunduk sedikit gaya berterima kasih.
"Kau balik naik apa?" Mikael menyoal lagi.
"LRT lah kut. Teksi ke, Grab ke. Entah. Tengoklah dulu." Hanim membalas.
"Aku hantar kau balik."
"Aku hantar kau balik."
Mikael dan Megat memandang ke arah satu sama lain. Hanim memandang pelik.
"Err, tak payahlah. Aku boleh balik sendiri. Terima kasih." Hanim berpaling ingin pergi.
"Tak apa aku hantar kau balik." Megat mempelawa lagi.
"Biar aku yang hantar." Mikael berkata lagi. Tak kan semudah itu untuk dia kalah pada Megat. Hanim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah kenapa diorang ni?
"Tak apa. Tak payah. Aku boleh balik sendiri." Kali ini kedengaran tegas. Hanim keluar dari bilik Mikael.
Sampai sahaja di tingkat bawah, tangannya disambar dari belakang. Terpusing badan Hanim akibat perbuatan itu. Mikael tersenyum.
"Aku hantar kau balik. Jom." Dia menarik tangan Hanim menuju ke keretanya. Hanim hanya mengikut. Alang-alang orang dah pelawa, dia ikut aje. At least dia boleh jimat duit sedikit.
Megat hanya memandang dari jauh. Perasaan cemburu terbit di dalam hatinya. Sakit melihat orang yang dia suka pergi dengan lelaki lain. Apa beza dia dengan Mikael?
Dia kaya. Dia ada pangkat Tengku. Dia kacak. Hidup dia serba mewah. Senang cerita, dia ni sempurna dari pelbagai segi. Jadi kenapa Hanim masih tidak mahukan dia? Apa lagi yang tak cukup pada dia? Megat merengus kasar sebelum dia berlalu pergi dari situ.
Terima kadih sudi baca<333
Takut pulak saya nak update chapter seterusnya🥲QOTD
"Terjebak rasa nyaman, namun hanya dianggap sebagai teman."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...