BAB 35

828 64 7
                                    

Hanim termenung sendiri. Apa yang doktor katakan padanya sebentar tadi sentiasa berlegar-legar di ruang minda. Mikael amnesia? Susah untuk dia percayakannya.

Hanim ketawa kecil. Sangat sinis. Mengejek dirinya sendiri. Selepas satu persatu masalah. Dan kini? Ujian lagi. Sampai bila dia perlu hadap ujian ini. Dia tidaklah kuat kana untuk menempuhi ujian yang diberikan kepadanya.

Benar! Tuhan tak akan bagi ujian kepada hambanya jika hambanya itu tidak mampu. Dia percaya pada ayat itu. Cumanya, jika dia terus diberikan ujian, mungkin dia akan terlalu lelah. Mungkin dia tidak dapat bertahan.

Hanim menunduk memandang perutnya. Tidak bulat mana tapi perutnya itu sudah kelihatan besar sedikit.

"Anak ibu." Dia mengusap perutnya. Air matanya bertakung. Bila-bila masa sahaja air matanya boleh jatuh.

"Anak ibu. Jangan tinggalkan ibu ye. Ibu tak kuat sayang." Perlahan dia menuturkannya. Penat. Dia penat sangat sekarang. Tapi dia tahu. Dia tidak boleh berputus asa. Mikael memerlukannya.

Air mata yang jatuh setitis, diseka kasar. Tidak! Dia tidak boleh menangis lagi. Dia sudah terlalu banyak menangis. Dia bangun dari duduk sebelum masuk semula ke dalam hospital. Dia berjalan menuju ke bilik yang menempatkan Mikael.

Baru sahaja dia ingin menolak daun pintu bilik Mikael, tangannya terhenti. Dia kaku. Dia rasa takut, seram, sedih, semua ada. Perasaannya bercampur baur.

"Ya Allah. Kuatkan aku." Hanim menarik nafas dalam sebelum pintu bilik Mikael dikuak besar. Semua mata di dalam bilik itu tertumpu ke arahnya. Hanya ada mummy dan Mikael. Melisa dan Jauhar telah disuruh pulang oleh Puan Marisa. Katanya untuk kesihatan Melisa dan juga anak dalam kandungannya.

"Dia datang sini lagi? Ingatkan dah balik?" Soal Mikael agak sinis. Tak padan langsung dengan orang yang baru bangun dari koma.

"Mikael." Puan Marisa menegur. Mikael diam tidak membalas.

"Hanim. Hanim okay?" Soal Puan Marisa prihatin. Hanim mengangguk. Dia tersenyum nipis. Sangat kelat pada pandangan mata Puan Marisa.

"Mummy tinggalkan kamu berdua ye." Hanim mengangguk.

"Baik mummy. Terima kasih." Puan Marisa mengangguk sebelum bergerak keluar dari bilik Mikael.

"Eh. Mummy nak pergi mana? Jangan tinggalkan Mika dengan perempuan ni." Ayatnya biasa. Tapi hati Hanim rasa sakit. Perempuan? Dia si isteri yang digelar perempuan oleh suaminya sendiri. Gelaran itu memang biasa. Cumanya, tidak bisakah jika gelaran perempuan itu ditukar kepada isteri?

"Mummy pergi dulu. Kamu Mikael. Jaga sikit mulut. Jangan main lepas aje. Faham?" Puan Marisa memberi amaran. Bukanlah dia tidak tahu, Hanim kecil hati dengan kata-kata Mikael sebentar tadi.

"Mummy pergi dulu Hanim." Hanim hanya mengangguk. Dia melihat belakang tubuh Puan Marisa yang menghilang sebaik sahaja pintu bilik ditutup. Dia mengeluh kecil. Dia memandang Mikael yang sedang merenungnya tajam.

"Kau. Keluar." Jarinya menunjuk ke arah pintu. Hanim hanya diam memandang Mikael. Dia langsung tidak bergerak.

"Kau tak faham bahasa ke? Keluar!" Terpejam mata Hanim apabila Mikael menjerit kepadanya. Jangan menangis Hanim! Jangan menangis. Dia membuka matanya kembali.

"Eh perempuan. Kau pekak ke? Aku suruh kau keluar kan? Kau keluar sekarang." Hancur berkecai hati Hanim. Kasar sekali kata-kata Mikael. Ya Allah, bantu dia.

"M-mikael." Mikael tidak menjawab. Dia hanya merenung Hanim dengan tajam. Gerun juga Hanim dengan pandangan itu. Tetapi dia kena kuatkan juga dirinya.

"Awak betul-betul tak kenal saya?" Mikael tersenyum sinis.

"Aku wajib kenal kau ke?" Hanim menunduk. Air matanya bertakung. Masyaallah. Dia tak kuat. Hanim menghembus nafas berat. Sebolehnya dia tahan air mata dari mengalir.

"Kalau awak tak kenal saya. Saya akan kenalkan diri saya." Mikael menumbuk katilnya. Tidak terlalu kuat tapi cukup untuk buatkan Hanim tersentak.

"Eh aku tak nak tahu pun lah!" Mikael menjerit kuat. Terhenjut bahu Hanim dengan jeritan itu.

"Siapa nama kau? Umur kau berapa? Mana kau tinggal? Aku tak nak tahu semua tu. Yang aku nak sekarang, kau keluar dari sini. Aku tak nak tengok muka kau. Faham?" Hanim diam. Air matanya yang jatuh setitis diseka laju.

Sentiasa dia ingatkan pada dirinya yang Mikael lupa ingatan. Mikael masih sakit. Sebab itu dia berkelakuan begini.

"Saya isteri awak Mikael." Dia kuatkan dirinya untuk memberitahu hal sebenar.

"Bodoh! Isteri aku Hannah lah. Bila masa pulak kau ni isteri aku?" Muka Mikael menjadi merah. Jelas kelihatan yang dia sedang marah.

"A-awak ingat Hannah? Tapi awak tak ingat saya?" Betapa hancurnya hati dia ketika ini. Air mata tidak dapat ditahan lagi. Untuk yang keberapa kali, air matanya jatuh membasahi pipi.

"Siapa kau untuk aku ingat? Kau tu cuma orang luar aje tau. Jadi tolonglah. Tolong keluar dari bilik ni." Suara Mikael berubah lembut sedikit. Dia berharap sangat supaya perempuan yang dia tidak kenal di hadapannya ini keluar dari biliknya.

"Kenapa awak ingat Hannah? Tapi awak tak ingat saya? Saya isteri awak Mikael." Mikael mengetap rahang. Tak faham bahasa betullah perempuan ni.

"Tolong keluar selagi aku masih boleh berlembut dengan kau." Mikael cuba memaniskan wajahnya. Kepalanya juga sudah mula sakit.

"Tak! Saya tak kan pergi. Saya tetap akan ada dengan awak. Tak kisahlah awak ingat saya ataupun tidak. Saya tetap akan berada di sisi awak. Untuk selama-lamanya." Mikael menggenggam penumbuk. Geram sungguh dia dengan perempuan ini.

"Eh perempuan. Aku cakap keluar tu, keluarlah! Aku dah cuba berlembut dengan kau tau tadi. Sekarang kau boleh pulak panaskan hati aku kan." Mikael cuba berdiri. Dia nak heret perempuan gila ini keluar dari biliknya.

"Keluar sekarang. Keluar!" Mikael terjatuh di atas lantai apabila kakinya tidak dapat menampung dirinya untuk berdiri. Dia masih lemah.

"Nurse! Nurse!" Dia menjerit sekuat hati. Tidak sampai beberapa saat, pintu dibuka dari luar dengan tergesa-gesa. Dua orang nurse masuk ke dalam bilik itu.

"Halau perempuan ni. Aku tak nak tengok muka dia dekat depan aku lagi. Halau dia!" Seorang nurse cuba membawa Hanim pergi, tetapi Hanim berkeras untuk duduk di situ.

"Tolong keluar cik. Tolong beri ruang kepada pesakit." Nurse membawa Hanim pergi. Seorang lagi nurse membantu Mikael untuk baring di atas katil semula.

"Jangan bagi dia masuk lagi dalam bilik ni." Sempat dia berpesan sebelum nurse tadi keluar dari biliknya. Mikael memejam mata. Kepala dia sakit. Sangat sakit. Bukan setakat kepala, malah hatinya juga turut sama merasakan kesakitan itu. Dia menyentuh dadanya.

"Kenapa hati aku sakit?" Dia membuka matanya kembali. Pintu bilik dipandang. Dia masih ingat dengan jelas rupa perempuan tadi apabila diseret oleh nurse. Kecewa, sedih, marah. Semua perasaan menjadi satu sehingga dia tidak tahu apa perasaannya sekarang.

Terima kasih sudi baca<333

QOTD
"Tidak selamanya yang terbaik adalah bertahan, terkadang melepaskan juga menjadi hal terbaik ketika bertahan terasa menyakitkan."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now