"Kenapa dia kerja dekat satu tingkat aje. Mana adil." Walaupun perlahan, tapi Hanim tetap dapat dengar.
"Manalah aku tahu. Mak Jah kata bos yang suruh." Perempuan seorang lagi memabalas. Dia merengus kasar.
"Tak adil. Dia bagi apa dekat bos sampai bos jadi macam tu?" Hanim tahan diri dari menyerang perempuan itu. Apa? Ingat dia nak bagi tubuh pada lelaki ke?
"Entah-entah kan. Dia dah tidur dengan bos. Sebab itu bos bagi kelonggaran pada dia." Hanim menggenggam penumbuk.
"Woi!" Serentak kedua perempuan itu memandang ke arah Hanim.
"Apa kau?" Mata mencerun tajam ke arah perempuan itu. Dia tersenyum sinis.
"Kau rasa aku ni murah sangat ke sampai nak bagi orang rasa tubuh aku?" Perempuan itu turut tersenyum sinis.
"Mungkin." Hanim berdiri di hadapan mereka berdua.
"Jaga mulut kau sebelum bibir kau pecah aku kerjakan." Kedua-dua perempuan itu tertawa.
"Berani pula kau?" Perempuan itu mencabar. Hanim tersenyum sinis. Silap besar kalau orang lain rasa dia tak mampu untuk lakukan.
Pang.
Terpusing kepala perempuan itu. Kawannya sudah terkejut. Kalau ikutkan hati Hanim, dah lama dia tumbuk perempuan itu. Tapi disebabkan orangnya perempuan, dia hanya menampar.
"Sekarang macam mana? Cukup berani tak?" Hanim tersenyum mengejek. Dia berpusing. Ingin kembali bekerja.
"Arghhh!" Rambut panjang Hanim yang terikat, ditarik dari belakang. Dia terdongak memandang ke atas. Sedaya upaya dia mencapai tangan di rambutnya. Terlepas tangan perempuan itu.
Hanim memandang perempuan itu tajam. Jangan ingat disebabkan mereka berdua dan dia seorang, dia akan cepat mengalah. Dia bukan macam itu!
"Kau memang tak guna." Hanim mencengkam rambut perempuan itu dan menariknya kuat. Kesah apa dia kalau tercabut.
"Arghhh!" Perempuan itu mengerang kesakitan.
"Woi." Kawan perempuan itu menarik rambut Hanim pula. Semakin perempuan itu menarik rambut Hanim, semakin kuat Hanim menarik rambut rakannya.
"Arghhh! Sakitlah perempuan." Perempuan yang ditarik rambutnya itu tidak henti-henti mengerang kesakitan.
"Woi!" Terhenti segala perbuatan mereka. Mereka semua serentak memandang ke arah pemilik suara yang memberhentikan mereka.
"Tuan Hamid." Mereka berdua serentak berdiri tegak. Hanim terpinga-pinga. Siapa lelaki itu? Dia tidak kenal.
"Kamu semua ikut saya sekarang. Kita pergi jumpa bos." Kedua-dua perempuan itu menelan air liur. Hanim hanya bersahaja. Ada nampak yang dia tengah takut ke? Tak kan.
"Matilah kita." Serentak kedua perempuan itu berkata. Hanim memandang jengkel. Acah!
"Iya bos. Mereka bergaduh tadi." Mikael memandang mereka bertiga silih berganti. Sampai sahaja pada wajah Hanim, dia mengeluh kecil. Keadaan gadis itu membuatkan dia rasa lain.
"Bagi aku cakap dengan mereka sahaja." Tuan Hamid mengangguk. Dia keluar dari bilik pejabat Mikael.
"Apa masalah kamu semua sampai nak bergaduh?" Hanim hanya diam. Dia memandang ke arah kedua perempuan di sebelahnya. Mereka berdua menunduk memandang lantai. Entah apa yang mereka takutkan.
"Aku tanya lagi sekali? Apa masalah korang sampai nak bergaduh?"
"Dia cari pasal dulu." Salah seorang dari mereka menunjuk ke arah Hanim. Jatuh rahang Hanim mendengarnya.
"Hah? Aku pula? Kau yang cari gaduh dulu." Hanim membalas. Dia betul-betuk tak puas hati.
"Cakap betul-betul apa yang berlaku." Mikael memandang Hanim. Jujur dia kata, dia tak nak Hanim yang bersalah.
"Dia tampar saya." Mikael memandang Hanim.
"Betul?" Tanpa ragu, Hanim mengangguk.
"Iya. Memang betul. Aku tampar dia dulu. Tapi bersebab." Hanim mesih ingin mempertahankan dirinya.
"Apa sebab dia?" Hanim memandang tajam ke arah mereka berdua.
"Diorang tuduh aku bagi tubuh pada kau sebab aku kerja dekat satu tingkat aje. Memang geramlah aku. Itu yang aku bagi penampar sebiji dekat muka dia." Geram Hanim menjawab. Kalau boleh, dia nak tampar lagi perempuan ni.
"Betulke Syuhada?" Hanim baru tahu nama perempuan itu Syuhada.
"Betul." Perlahan Syuhada menjawab. Mikael mengeluh kecil.
"Macam ini lah. Biar aku terangkan. Aku yang suruh dia kerja dekat satu tingkat aje. Atas alasan apa? Biar aku aje yang tahu. Tapi ini keputusan aku. Dan ianya muktamad. Tak ada siapa pun yang boleh halang keputusan aku. Faham?" Syuhada dan rakannya mengangguk. Nak tak nak, mereka harus terima.
"Kau Hanim." Hanim mengangkat sebelah kening.
"Apa?"
"Minta maaf pada dia." Hanim tak puas hati.
"Asal aku pula? Diorang yang mula dulu. Jadi diorang lah yang minta maaf dulu." Hanim memandang tajam ke arah Mikael.
"Kau tampar dia dulu kan." Hanim ketawa sinis.
"Diorang fitnah aku dulu." Hanim membalas.
"Minta maaf aje lah." Mikael mengarah. Hanim mengetap rahang. Dia mengepal penumbuk. Sumpah dia tak puas hati.
"Siapa kau nak arah aku?" Kasar Hanim menyoal. Mikael tersenyum sinis.
"Aku bos kau." Hanim merengus kasar. Main kuasa nampaknya. Dia mengambil nafas sedalam mungkin. Dia cuba untuk bertenang. Tenang Hanim. Tenang.
"Fine!" Hanim menghadap mereka berdua.
"Sorry. Sebab tampar kau." Jelas tidak ikhlas dalam nada suaranya. Habis sahaja dia meminta maaf, dia terus dari bilik pejabat Mikael. Suka hatilah diorang nak fikir dia biadab ke apa. Panas rasa hatinya.
Mikael menggelengkan kepala dengan perangai Hanim. Jauh sekali dengan perangai lembut Hannah.
"Nanti minta maaf pada dia. Korang berdua pun fitnah dia tadi kan?" Mereka berdua mengangguk.
"Nanti minta maaf. Faham?" Mereka berdua mengangguk serentak.
"Kamu berdua boleh keluar." Mikael mengarah.
"Terima kasih bos." Mikael mengangguk. Mereka berdua hilang dari pandangan mata Mikael.
Pen dijari dipusing-pusingkan. Dia yakin Hanim tengah merajuk. Mikael tersenyum nipis. Riak wajah merajuk gadis itu terbayang-bayang di fikiran. Sangat comel.
Mikael menggelengkan kepala. Dia bagaikan baru tersedar.
"Apa kau fikir ni Mikael?" Dia mengetuk kepalanya. Dia tak patut fikir macam itu. Dia sepatutnya fikirkan Hannah. Bukan gadis yang hampir menyerupai Hannah itu.
Mikael meraup wajah. Mana diri dia yang dahulu. Diri dia yang hanya fikirkan Hannah tanpa memikirkan gadis lain.
"Maafkan abang sayang." Dia rasa berdosa pada Hannah. Dan pada masa yang sama, dia tidak sampai hati ingin membiarkan gadis itu terus merajuk. Nanti siapa yang ingin bergaduh dengannya.
"Apa yang patut aku buat ni?" Dia menyandar pada kerusi. Mata dipejam rapat. Dia ingin menenangkan fikiran seketika.
"Huh Mikael." Dia tersenyum sinis.
"Tak berubah langsung. Dari dulu hingga sekarang. Selalu menangkan orang lain. Sampai isteri pun dia sanggup tinggalkan." Dia menggenggam penumbuk. Mukanya penuh dengan kegeraman bersama dengan senyuman sinisnya.
"Tunggu kau Mikael. Kau patut rasa apa yang dia rasa." Dalam matanya penuh dengan dendam. Dendam yang perlu dia balas pada Mikael. Lelaki yang curang dengan isteri sahnya suatu ketika dahulu.
Terima kasih sudi baca <33
QOTD
"Hurting someone can be as easy as throwing a stone in the sea. But do you have any idea how deep that stone go?"
![](https://img.wattpad.com/cover/304512001-288-k670388.jpg)
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...