Ha. Kali ni tak scam. Silakan baca.
•
•
•Pap.
Mikael tersentak. Dia memandang gerangan yang sesuka hati menepuk mejanya.
"Termenung nampak." Mikael menjelingnya.
"Sibuklah kau. Kau nak apa?" Lia tersengih.
"Nak minta cuti esok boleh?" Mikael mengerutkan dahi.
"Sebab?" Lia mununjuk perutnya yang sedikit membulat.
"Check up." Mikael lantas mengangguk.
"Sehari aje kan?" Lia berfikir.
"Seminggu boleh?" Mikael menunjuk penumbuk. Lia ketawa kecil. Perut Lia dilihat.
"Untung kau." Lia mengerutkan dahi.
"Huh? Apa? Tak fahamlah." Mikael menjuihkan bibir ke arah perut Lia. Lia menunduk, memandang perut bulatnya.
"Ouh ni. Alhamdulillah, rezeki kan." Mikael tersenyum nipis. Lia. Dia sudah berkahwin dengan lelaki yang lebih baik. Dan anak di dalam perutnya merupakan hasil dia dengan suami barunya.
"Kau bahagia?" Mikael memandang Lia. Lia mengangguk dengan senyuman. Lihat sahaja dari riak wajah Lia, dia tahu Lia sudah bahagia. Alhamdulillah, Lia dah jumpa lelaki yang tepat dan boleh terima kisah silamnya.
"Tapi aku tak bahagia." Lia diam. Dia dihurung rasa serba salah.
"Mikael. Aku-" Mikael ketawa kecil.
"Tak lah. Aku tak salahkan kau pun. Jangan risau." Dia saja ingin bergurau. Kehilangan Hannah dalam hidupnya, langsung tiada kena mengena dengan wanita di hadapannya ini.
Salah dia juga. Waktu arwah isterinya masih hidup, dia hancurkan hatinya. Mungkin ini balasan untuknya. Allah ambil Hannah dari Mikael.
Kehilangan Hannah merupakan suatu perkara besar dalam hidupnya. Hilangnya Hannah bermaksud dia hilang diri dia. Tanya aje pada keluarganya. Berapa lama dia boleh terima kenyataan yang Hannah sudah tiada. Dan mungkin, sehingga kini dia tidak boleh menerima kenyataan.
"Lia." Mikael memanggil.
"Aku jumpa someone hari itu." Dia rasa ingin berkongsi tentang gadis yang dijumpainya di pantai hari itu.
"Siapa? Perempuan?" Mikael mengangguk. Lia tersenyum lebar.
"Alhamdulillah. Kau dah boleh lupakan dia lah ni?" Mikael menggeleng. Mustahil untuk dia lupakan Hannah. Hannah cinta hati dia. Dan selamanya, hanya Hannah yang akan bertakhta di dalam hati Mikael
"Habistu?"
"Perempuan yang aku jumpa itu, mata dia sama macam Hannah." Lia terdiam.
"Aku... Macam mana eh nak cakap. Bila aku pandang muka orang itu, aku rasa rindu." Mikael gigit bibir. Tidak mustahil jika dia akan menangis di sini.
"Mikael. Jangan macam ini. Hannah dah tak ada. Kau kena terima kenyataan." Mikael menggelengkan kepalanya. Bukan itu yang dia maksudkan.
"Tak, tak. Bukan. Aku terima kenyataan yang dia dah tak ada. Cuma orang yang aku jumpa itu, mata dia sama macam Hannah." Lia mengerutkan dahi. Terbit rasa kasihan dalam hatinya.
"Mikael. Hannah dah tak ada." Dia menegaskan kata-katanya. Mikael mengangguk.
"Iya, iya. Aku tahu. Sekarang ni, maksud aku bukannya aku tak boleh terima. Aku tak khayal yang dia tiba-tiba muncul depan mata aku. Tak! Bukan macam itu." Lia sudah salah faham dengan apa yang dia ingin bagitahu.
"Maksud kau?" Lia duduk di atas kerusi yang berada di hadapan meja Mikael.
"Aku jumpa seorang perempuan ni hari itu. Dekat pantai. Muka perempuan tu hampir sama dengan Hannah. Aku tak cakap yang dia sama seratus peratus. Dia cuma persis wajah Hannah." Lia mengangkat sebelah kening.
"Kau main-main ke? Ke kau berangan?" Mikael menggeleng.
"Tak! Aku siap cakap dengan dia lagi. Depan-depan pula itu. Nama dia pun aku sempat tanya." Dia tak suka Lia fikir macam itu. Seperti dia tidak boleh terima kenyataan dengan kepergian Hannah.
"Apa nama dia?" Mikael diam seketika. Dia ingat nama perempuan itu. Terlalu ingat.
"Hanim. Hanim Arrabell." Lia mengerutkan dahi.
"Nama diorang hampir sama." Mikael mengangguk. Dia juga rasa benda yang sama.
"Hannah bukan tak ada adik beradik lain ke? Dia kan anak tunggal." Mikael mengangguk.
"Itu lah pasal. Aku masih fikir, siapa perempuan tu sebenarnya? Kenapa muka dia boleh iras-iras Hannah." Mereka diam seketika.
"Tapi tak mustahil lah Mikael. Kan dekat dalam dunia ni ada 7 orang muka yang sama." Mikael diam.
"Kalau sebenarnya itu Hannah?"
Pap.
Lia mengetuk meja kerja Mikael.
"Jangan fikir macam itu Mikael." Mikael mengerutkan dahi. Tak faham.
"Kenapa pula." Lia menarik nafas.
"Aku tak nak kau letak harapan. Mungkin. Ada kemungkinan dia tu Hannah walaupun kita sendiri dah tengok kubur dia. Macam dalam drama. Tiba-tiba aje muncul." Lia mengambil nafas.
"Tapi, Mikael. Aku tak nak kau letak harapan. Cukuplah kita fikir yang Hannah dah tak ada. Dan orang yang kau jumpa itu, orang lain dan bukannya Hannah." Mikael diam.
"Kau faham kan maksud aku?" Lia menyoal. Dia kasihan akan Mikael. Dia nampak betapa susahnya hidup Mikael tanpa Hannah disisi lelaki itu. Dia sendiri lihat bagaimana lelaki itu cuba untuk bangkit hanya untuk teruskan hidupnya. Lambat-lambat Mikael mengangguk.
"Aku harap sangat satu hari nanti kau akan jumpa orang yang baik dan boleh jaga kau." Mikael tergelak kecil. Terasa lawak dengan kata-kata Lia.
"Kau aje lah jadi isteri aku. Dulu kan kau nak kahwin dengan aku sangat." Mikael bergurau. Berubah riak muka Lia. Dia dihurung rasa serba salah.
"Mika. Kau buat aku rasa serba salah tau." Mikael tersenyum nipis.
"Memang salah kau pun kan." Mikael masih lagi bergurau. Bertakung air mata Lia. Mungkin kerana dirinya yang mengandung, jadi emosinya agak tidak stabil.
"Aku- aku tahulah salah aku. Salah aku sebab buat hubungan korang jadi macam tu. Aku minta maaf." Air mata Lia mengalir laju. Mikael terkejut. Dia jadi gelabah.
"Eh.. eh. Aku gurau aje lah. Janganlah nangis." Kotak tisu yang berada di atas mejanya dihulurkan kepada Lia. Lia mengambilnya. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Mungkin kerana pembawaan budak.
"Wei, Lia. Janganlah nangis! Nanti aku pula yang kena dengan suami kau sebab buat kau menangis." Terhenjut-henjut bahu Lia menahan tangis. Mikael menarik nafas lega.
"Lapar." Lia mengusap perutnya. Mikael garu kepala. Apa kena mengena dengan dia?
"So?" Tersebek-sebek Lia mahu menangis. Mikael garu kepala.
"Aku telefon suami kau eh?" Lia laju mengangguk. Mikael geleng kepala. Dia menelefon suami Lia.
"Hello, Faruq."
"Ambil bini kau ni. Dia kata dia lapar. Aku malas nak layan dia sebab dia bukan bini aku. Jadi, kau datang pejabat aku, lepastu ambil budak ni." Lia hanya memandang ke arah Mikael yang sedang bercakap di telefon. Tiba-tiba dia rasa rindu dengan suaminya.
Mikael selesai bercakap di telefon. Dia memandang ke arah Lia yang sedang memandang ke arahnya.
"Suami kau kata dia tak nak datang." Lia seperti mahu menangis kembali.
"Ish. Aku gurau aje lah. Janganlah menangis." Lia tidak jadi menangis.
"Siapa suruh menipu." Mikael menggulingkan matanya ke atas.
Terima kasih sudi baca <33
QOTD
"Jangan pernah hargai orang yang tidak hargai perjuangan kita."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...