Hidung yang sedikit merah digosok lembut. Hanim berselubung di dalam selimut. Kipas dan pendingin hawa sudah ditutup tapi dia masih lagi kesejukan. Kepalanya juga rasa berat sejak bangun tidur pagi tadi.
Dia memicit dahinya lembut. Mata terpejam rapat.
"Hanim." Mata dicelik sedikit. Dahinya berkerut. Sarra masuk ke dalam bilik Hanim. Dia duduk di birai katil sambil memandang ke arah Hanim yang nampak seperti sakit.
Tangan dilekapkan pada dahi Hanim. Panas. Sangat panas.
"Sarra." Dia memanggil walaupun suaranya hampir tidak terkeluar.
"Kau demam ni Hanim. Nak pergi klinik tak?" Hanim menggelengkan kepalanya.
"Jom lah kita pergi klinik." Sarra cuba mengajak sekali lagi. Dan sekali lagi Hanim menolak.
"Tak nak." Dia merengek sedikit.
"Kau pergi kerja ke?" Hanim mengangguk.
"Kau tak payahlah pergi kerja. Kau kan sakit. Demam. Minta lah cuti." Kepala Hanim diusap lembut. Kesian dia melihat Hanim.
"Tak boleh. Aku kena pergi kerja." Hanim dan perangai degilnya berpisah tiada. Entah mengapa, ketika ini Hanim masih teringat akan air milo yang Mikael minta.
"Tak payah. Kau duduk rumah. Hari ini aku pun cutilah. Jaga kau dekat rumah." Hanim menggeleng. Dia tak nak susahkan kawan baik dia.
"Tak apa. Kau pergi aje kerja. Tahu lah aku jaga diri aku." Terpejam mata Hanim apabila kepalanya rasa sakit. Dia mengurut pelipisnya.
"Tak. Hari ini aku jaga kau. Kau bangun. Mandi dulu. Segarkan badan. Aku masak bubur sekejap untuk kau." Jika Hanim boleh degil, Sarra pun boleh juga. Hanim mengeluh kecil.
Dia bangun dan duduk di birai katil bersebelahan dengan Sarra.
"Nak aku temankan mandi tak?" Hanim tersenyum nipis sebelum menepuk lembut paha Sarra. Bagi Hanim, mungkin Sarra hanya bergurau. Tapi tidak bagi Sarra. Dia risaukan Hanim. Kalau Hanim pengsan dalam bilik air tu macam mana?
"Kau keluarlah dulu." Sarra mengangguk. Pintu bilik Hanim ditutup sebelum dia keluar.
Hanim mengeluh kecil. Nak tak nak, dia kena cuti lah hari ini. Kalau dia terus berdegil, memang 24 jam kena bebel dengan Sarra.
"Nanti aje lah telefon dia." Hanim bangun dan menuju ke bilik air. Sempat dia mencapai tualanya sebelum masuk ke dalam bilik air.
Senyuman manis terukir di bibir Mikael. Entah mengapa dia rasa gembira hari ini. Mungkin sebab nak minum air milo yang Hanim buat kut?
Pintu bilik pejabat Mikael dibuka. Dia masuk ke dalam dan menutup pintu biliknya kembali. Mikael mengangkat sebelah kening.
Biasanya pasti cawan sudah ada di atas mejanya. Tapi hari ini, tiada pula.
"Dia buat lambat sikit kut." Mikael cuba untuk berfikiran positif. Dia duduk di atas kerusinya. Rasa tak bersemangat pula nak buat kerja bila tiada air milo yang Hanim selalu buat itu.
Lima minit menunggu, dia sudah mula hilang sabar. Dia keluar dari bilik pejabatnya dan menuju ke bilik yang bersebelahan dengan biliknya. Bilik Lia.
Tok. Tok. Tok.
Tanpa menunggu balasan, dia terus membuka pintu. Terpampang wajah Lia yang sedang mengangkat sebelah kening.
"Hanim dah sampai?" Tanpa salam, terus Mikael mengajukan soalan.
"Belum rasanya. Dari tadi saya tak nampak Hanim bos. Kenapa bos cari dia?" Lia masih lagi profesional. Jika urusan peribadi, baru dia bercakap secara biasa.
"Dia cuti ke hari ini?" Lia mengangkat bahunya.
"Saya tak pasti lah bos. Lagipun dia tak ada pula cakap apa-apa. Bos tak cuba tanya Mak Jah?" Mikael menggelengkan kepala.
"Mak Jah minta cuti hari ini. Dia kata anak bongsu dia yang lelaki tu sakit." Lia mengangguk.
"Kau rasa dia datang kerja ke tak?" Mikael menyoal. Dia risau akan Hanim. Lia memandang Mikael penuh makna.
"Kau risaukan dia?" Mikael diam.
"Aku... entah. Aku cuma-" Dia kehilangan kata-kata. Dia risaukan Hanim?
"Dia kan pekerja aku. Mestilah aku risaukan dia." Lia menggelengkan kepala.
"Kau suka dia?" Mikael memandang tepat pada mata Lia.
"Tak. Agak-agaklah aku nak suka dia. Aku masih sayangkan Hannah tau." Lia memandang curiga.
"Kalau kau suka dia pun aku tak kisah Mikael. Cumanya, pandang dia sebagai seorang Hanim Arrabell. Bukan Hannah Issabell." Mikael diam tidak bersuara. Dia menghembus nafas.
"Bila masa pula aku suka dia? Aku masih sayangkan Hannah. Tak kan ada sesiapa pun yang mampu gantikan tempat Hannah dalam hati aku." Mikael yakin. Dia tak ada perasaan langsung pada Hanim. Dia risaukan Hanim kerana gadis itu pekerjanya sahaja.
"Okay."
Ting.
Mikael melihat skrin telefonnya yang tiba-tiba menyala apabila ada notifikasi masuk. Terpampang nama Hanim di skrin telefonnya. Lantas dia menekan notifikasi itu.
Hanim
-Aku tak datang kerja hari ini. Sakit.Tanda online di bawah nama Hanim sudah bertukar kepada last seen.
"Hanim tak datang. Dia kata dia sakit." Mikael menunjukkan skrin telefonnya ke arah Lia. Lia mengerutkan dahi.
"Dia sakit apa?" Mikael mengangkat bahunya.
"Aku telefon dia sekejap." Mikael terus keluar dari bilik Lia sebelum masuk ke dalam bilik pejabatnya.
Nombor telefon Hanim di dail. Mikael membuat panggilan.
Tutt.
Tutt.
"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..." Nombor Hanim di dail sekali lagi. Dia membuat panggilan.
"Hello." Suara Hanim hampir tidak kedengaran.
"Hello."
"Kau sakit ke?" Mikael tidak dapat menyorokkan rasa risaunya.
"Hmm." Lemah aje suara itu menjawab.
"Sakit apa?" Mikael menyoal lagi.
"Demam." Mikael mengangguk.
"Dah pergi klinik?" Hanim menggelengkan kepalanya di hujung talian walaupun Mikael tidak nampak.
"Belum." Dia terbatuk kecil.
"Kenapa tak pergi klinik? Nak aku bawak tak? Aku datang rumah kau sekarang." Baru sahaja dia ingin mencapai kunci keretanya, Hanim menolak.
"Tak. Tak payah. Tak teruk sangat pun." Mikael mengeluh kecil. Rasa risaunya semakin menjadi-jadi.
"Tak apa lah. Aku datang rumah kau. Aku bawak pergi klinik." Dan sekali lagi Hanim menolak.
"Tak apa. Tak payah. Aku okay." Mikael menghela nafas.
"Hmm. Okaylah. Pergilah rehat." Mikael mengarah.
"Maaf." Berkerut dahi Mikael. Hanim cakap dekat dia ke?
"Huh?" Hanim bersin di hujung talian. Tanpa sedar, Mikael mengukir senyuman nipis.
"Maaf tak buatkan kau air milo." Mikael rasa nak ketawa aje sekarang. Sempat lagi Hanim fikir pasal air milo yang dia minta itu.
"Tak apa. Tak kisah pun. Kalau kau dah sihat nanti, kau buatkan lah air milo untuk aku banyak-banyak."
"Okay." Mikael senyum.
"Dah. Pergilah rehat. Jangan lupa makan sebelum makan ubat," pesan Mikael.
"Hmm. Assalamualaikum." Tanpa sempat Mikael menjawab salam, Hanim sudah menutup panggilan.
"Waalaikumsalam." Mikael memandang skrin telefonnya yang gelap. Automatik senyuman terukir di bibirnya. Sakit, sakit pun comel.
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"While you’re crying for them, they’re laughing with someone else."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...