BAB 5

704 73 31
                                    

"Sayang."

"Abang datang ni." Dia memegang batu nisan yang terukir nama arwah isterinya.

"Abang rindu sayang." Batu nisan itu diusap.

"Sayang tak rindu abang ke?" Mikael menyoal lalu tertawa sendiri.

"Hari ini kan abang ada pekerja cleaner baru. Dia tu kan, muka dia hampir sama macam sayang. Tapi sayang lagi cantiklah." Mikael tersenyum nipis.

"Tapi abang rasa pelik dengan dia. Dia macam sorok sesuatu. Siapa sebenarnya dia sayang?" Mikael diam seketika.

"Kadang-kadang kan. Abang asyik fikir aje dia tu sayang. Iya lah. Macam dalam drama. Tiba-tiba aje orang yang dah mati tu hidup balik. Sayang tak nak buat macam tu juga ke?" Mikael memejam matanya. Mungkin dia cuma terlalu berharap.

"Abang rindu sayang sangat-sangat. Sayang rindukan abang juga tau." Air matanya bertakung.

"Abang balik dulu. Esok abang datang lagi." Batu nisan itu diusap untuk terakhir kali sebelum dia berlaku pergi.

Dari jauh seseorang memerhatikan gerak geri Mikael. Seseorang itu mendekati kubur Hannah. Batu nisan itu dipegang dan diusap.

"Aku harap kau tenang dekat sana, Hannah."




"Siapa kau sebenarnya, Hanim?" Mikael termenung.

"Patut ke aku siasat latar belakang kau." Mikael mengangguk. Dia rasa patut. Lagipun banyak yang dia tidak tahu tentang Hanim.

"Mikael." Puan Marisa memanggil dari luar bilik. Hari ini, Mikael pulang ke rumah mummynya.

"Iya." Dia menyahut.

"Makan jom." Puan Marisa mengajak.

"Okay. Mummy turun dulu. Sekejap lagi Mika datang." Mikael mengarah. Kedengaran tapak kaki semakin menjauh. Maknanya Puan Marisa sudah pergi.

"Ah! Fikir nanti aje lah pasal dia tu." Mikael keluar dari biliknya. Dia menuju ke dapur.

"Bila sampai?" Mikael menyoal sebaik sahaja dia melihat sepasang suami isteri itu.

"Petang tadi. Kau aje yang tak ada." Melisa menjawab. Dia menyalam tangan Mikael. Begitu juga dengan Jauhar. Mereka berjabat tangan.

"Duduklah Mikael." Mikael mengambil tempat di sebelah Puan Marisa. Dia duduk berhadapan dengan Jauhar.

Jauhar dan Melisa dipandang silih berganti sehingga mereka berdua rasa tidak selesa.

"Mummy. Tengok dia tu. Pandang kitorang macam nak telan." Melisa mula mengadu. Mikael mencebik. Mengadu aje kerja.

"Mika." Puan Marisa menegur. Anak lelakinya itu kalau tidak mengusik Melisa memang tak sah.

"Korang bila nak bagi aku anak buah?" Terbatuk Melisa dengan soalan yang diajukan Mikael.

"Apa kau ni?" Merah padam mukanya ketika itu.

"Benda betul."

"In syaa allah. Kalau ada rezeki, ada lah. Kan honey?" Jauhar memandang ke arah Melisa. Mereka berdua tersenyum. Terbit rasa cemburu dalam hati Mikael. Kalau Hannah ada lagi, mesti dia boleh usik Hannah.

"Kau tu. Tak nak cari isteri baru ke?" Berubah riak muka Mikael. Dia tak suka topik ini.

"Aku tak nak dan tak kan pernah cari isteri baru." Hati dia hanya ada Hannah. Hanya Hannah seorang. Tak kan pernah dia gantikan tempat Hannah dalam hati dia.

"Hannah dah tak ada, Mikael. Walau apa pun, kau kena teruskan hidup. Tak kan kau nak menduda sampai ke tua? Carilah isteri baru." Melisa memujuk. Dia nak sangat lihat abangnya bahagia.

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now