Mikael duduk di birai katil. Kakinya yang mencecah lantai menguis-nguis hujung karpet. Fikirannya sarat dengan pelbagai masalah.
Masalah pejabat, masalah keluarga, masalah pekerja, masalah kerjanya di pejabat dan masalah... Hanim.
Entah mengapa dari tadi gadis itu sentiasa bermain di fikirannya. Mikael rasa serba salah pada Hannah yang sudah tiada. Dia tidak sepatutnya memikirkan tentang perempuan lain. Dia harus fikirkan Hannah. Hanya Hannah.
"Abang." Kaki yang menguis-nguis hujung karpet itu terhenti. Dia... salah dengar ke? Mikael memejam matanya. Ya Allah.
"Abang." Lembut suara itu memanggil. Air mata Mikael bertakung. Ya Allah. Rindu sangat dia pada Hannah sehingga suara Hannah kedengaran di segenap ruang bilik ini.
"Abang." Suara itu memanggil lagi. Penuh lembut. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Terpampang wajah putih Hannah memakai jubah putih. Air matanya yang jatuh dibiarkan mengalir tanpa diseka.
"Sayang." Hannah tersenyum manis di hadapannya.
"Abang." Hannah memanggil lagi. Mikael senyum nipis.
"Iya sayang."
"Abang jangan seksa diri abang. Hannah minta pada abang, kalau abang sukakan seseorang. Teruskan. Teruskan suka pada dia. Abang berhak untuk bahagia. Mungkin orang itu akan jaga abang lebih baik dari Hannah jaga abang." Hannah berbicara dengan senyuman manisnya. Sangat manis. Bagaikan bidadari.
"Tak. Abang tak sukakan sesiapa pun selain sayang." Mikael menafikannya. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempat Hannah dalam hatinya. Selamanya tetap dia. Hannah Issabell. Tiada orang lain!
"Jangan tipu diri abang kalau abang sukakan seseorang. Satu hari nanti, akan ada seseorang yang menggantikan tempat saya. Waktu itu, Hannah minta pada abang, tolong jaga dia sebaik mungkin. Jangan fikir pasal Hannah. Hannah lebih suka tengok abang bahagia. Abang jaga diri ya. Hannah pergi dulu." Hannah semakin menjauh. Mikael bangun dari duduk. Dia cuba mengejar Hannah yang semakin menghilang.
Kepala digeleng berkali-kali. No! Dia tak nak kehilangan Hannah lagi.
"Sayang." Dia memanggil.
"Sayang." Dia memanggil lagi. Lebih kuat dari tadi.
"Hannah Issabell." Mikael mula menjerit. Hannah hilang dari pandangan matanya.
"Hannah!" Mikael terjaga dari tidur. Dia berpeluh satu badan. Tubir matanya rasa basah. Dia menyentuh. Mikael... menangis. Segenap bilik itu dia pandang.
Hannah... betul-betul tiada. Tadi itu hanya mimpi semata-mata. Dia meraup wajah. Air matanya mengalir deras.
"Sayang." Lemah suara itu memanggil. Rindunya terhadap Hannah tidak dapat dibendung. Dia nak Hannah. Dia nak isterinya.
"Apa kau nak?" Hanim memandang tajam ke arah Mikael yang sedang tersenyum. Dia masih marah akan hal semalam.
"Merajuk lagi eh?" Mikael sengaja mengusik.
"Bila masa pula aku merajuk. Tak ada masa lah aku nak merajuk. Bla sana. Menyemak aje dekat sini." Mikael masih lagi tersenyum.
"Hanim." Hanim diam. Dia menyambung kerjanya.
"Hanim. Oh Hanim." Dia menghentak sekali sebelah kaki. Tanda geram dengan Mikael.
"Kau nak apa? Menyemaklah kau ni. Aku tengah buat kerja ni kan. Karang tak pasal-pasal ada yang cari gaduh lagi dengan aku. Lepastu mulalah tangan aku nak menampar." Mikael hanya tersenyum. Comel aje dia melihat muka marah gadis itu.
"Kau dah kenapa senyum? Dah gila? Nak ubat tak? Aku boleh bagi." Hanim semakin geram melihat senyuman lelaki itu.
"Nak. Aku nak ubat." Tajam matanya memandang Mikael. Sabar Hanim. Sabar. Dia sengaja cari pasal dengan kau.
"Kepada bos yang disayangi ramai orang. Yang pasti bukan aku lah. Bos nak apa? Ada yang boleh saya bantu ke?" Dia rasa dah cukup sopan dah ayatnya itu. Kalau tak faham bahasa lagi, ada yang tangan dia higgap pada muka tampan lelaki itu.
"Boleh tolong aku?" pinta Mikael. Hanim mengerutkan dahi.
"Mende?" Mikael tersengih.
"Buatkan air." Hanim mengetap rahang.
"Kau ingat aku ni apa? PA kau ada kan. Suruhlah dia buat air. Tak pun kau aje yang buat air sendiri." Mikael membuat muka comel. Hanim memandang jengkel. Geli dengan perangai Mikael yang tiba-tiba berubah ini.
"Kau dah kenapa buat muka macam itu? Nak kaki? Ke tangan?" Mikael ketawa kecil.
"Buatkan air tau. Terima kasih." Mikael berlalu pergi. Sempat dia mendengar membebel. Tak puas hatilah tu.
"Nah. Jangan minta aku buat air lagi." Kasar dia meletakkan cawan di atas meja Mikael.
"Jangan kasar sangat. Takut aku." Mikael buat muka takut. Hanim memandang Mikael atas bawah.
"Kau demam eh? Asal pelik sangat perangai kau ni? Takutlah aku." Berkerut dahi Hanim. Perangai lelaki di hadapannya ini sangat berbeza. Dia perasan wajah lelaki itu agak kepenatan. Lingkaran di bawah mata lelaki itu membuatkan dia lebih yakin yang Mikael tidak cukup tidur.
"Kau tak cukup tidur ke malam tadi?" Mikael tampak terkejut.
"Mana kau tahu?" Hanim menunjuk pada wajah Mikael.
"Tengok muka pun dah tahu." Hanim membalas.
"Ouh. Malam tadi tak boleh tidur." Hanim mengerutkan dahi.
"Asal? Ada masalah?" Hanim pelik dengan dirinya sendiri. Apa masalah dia nak ambil tahu pasal orang? Sejak bila dia nak ambil tahu pasal Mikael?
"Kau risaukan aku?" Mikael tersenyum mengusik.
"Tak ada masa aku nak risaukan kau lah." Mikael tersenyum nipis.
"Hanim." Baru sahaja Hanim ingin berlalu pergi, Mikael memanggil. Dia memandang Mikael semula.
"Apa?" Mikael minum sedikit air milo yang dibuat oleh Hanim.
"Kau kenal Hannah?" Hanim diam seketika. Dia tidak menjangka dengan soalan itu.
"Tak." Tenang Hanim membalas. Dia berpusing. Ingin menyambung kerjanya yang tergendala disebabkan Mikael.
"Kau yakin?" Terhenti langkah kaki Hanim.
"Sangat yakin. Dan terlalu yakin. Jadi, jangan tanya lagi pasal Hannah pada aku. Aku tak kenal dia. Sangat tidak kenal." Dia membalas tanpa memandang ke arah Mikael. Baru sahaja dia ingin meneruskan langkah, kata-kata Mikael menghentikan langkah kakinya.
"Kau tak kenal dia? Betul? Dia bukan adik kau ke? Kakak kau ke?" Hanim memejam matanya. Rapat. Nafas ditarik sedalam mungkin.
"Siapa adik aku? Siapa kakak aku? Sudah lah Mikael. Aku tak kenal pun arwah isteri kau tu. Jangan tanya lagi boleh tak pasal dia. Rimas lah. Tak habis-habis orang cakap pasal Hannah. Aku ni Hanim. Bukannya Hannah." Hanim meluahkan rasa tidak puas hatinya. Lalu aje mana-mana, orang panggil dia Puan Hannah. Padahal dia tu Hanim. Bukannya Puan Hannah.
Hanim memusingkan badannya menghadap Mikael. Mikael sedang membuka satu fail.
"Hanim Arrabell binti Muhamad Borhan."
"Berumur 27 tahun."
"Ada seorang adik kandung bernama Hannah Issabell binti Muhamad Borhan."
"Kedua-duanya dilahirkan di hospital yang sama." Satu persatu Mikael baca. Hanim diam berdiri di tempatnya. Hanim bagai kehilangan kata-kata. Senyuman sinis terukir di bibir gadis itu.
"Ouh. Dah tahu." Mikael memandang tepat pada wajah Hanim. Gadis ini. Kakak kandung Hannah. Yang dia tidak pernah tahu langsung.
Terima kasih sudi baca <333
Ha... dah terbongkar.QOTD
"Pada akhirnya, seseorang akan berhenti berjuang jika perjuangannya itu tidak di hargai."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...