BAB 23

619 72 22
                                    

"Hai." Hanim mengangkat wajah. Dia tersenyum sedikit. Tidak seperti biasa, dia akan tersenyum manis ke arah lelaki itu. Hari ini saja lain.

"Aik. Kau asal ni?" Mikael rasa pelik dengan perubahan gadis di hadapannya ini.

"Kenapa dengan aku?" Soal Hanim tanpa memandang ke arah Mikael. Mikael mengerutkan dahi. Okay. Ni sumpah pelik.

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Aku ada buat salah ke?" Hanim menggelengkan kepalanya.

"Mana ada. Dah lah. Aku ada banyak kerja. Kau pergilah. Kau pun mesti ada banyak kerja kan." Hanim menghalau Mikael.

"Ouh okay. Ha jangan lupa. Air milo aku." Sempat Mikael berpesan sebelum dia pergi dari situ.

"Hmm." Belakang badan Mikael dipandang. Keluhan kecil terlepas dari mulut gadis itu. Dah kenapa dengan dia ni?




Cawan diletakkan di atas meja Mikael tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulut. Mikael mengerutkan dahi. Apa hal diam pulak hari ini? Biasanya pasti ada saja benda untuk dia cari gaduh.

"Hanim Arrabell." Hanim mengangkat kepala. Memandang tepat pada wajah Mikael.

"What's wrong with you?" Hanim diam. Tiada jawapan. Dia pun pelik dengan dirinya sendiri. Selepas apa yang dia bualkan bersama Sarra, dia seperti ingin menjauhkan diri daripada Mikael.

"Hanim." Tegas Mikael memanggil. Dia tak suka melihat Hanim seperti ini.

"Aku keluar dulu." Hanim berpaling ingin pergi. Lengannya disambar dari belakang membuatkan Hanim terpusing memandang Mikael. Membulat mata Hanim apabila kedudukan dia dengan Mikael terlalu rapat. Tak pernah lagi dia rapat macam ni dengan Mikael.

"Lepaslah Mikael." Dia cuba merungkai pegangan Mikael di lengannya. Tidaklah sakit, cuma dia agak tidak selesa. Lagi-lagi dengan kedudukannya bersama Mikael yang agak dekat. Jika Hanim kedepan, sudah pasti dia akan mencium dada bidang lelaki itu memandangkan ketinggian Hanim hanya paras-paras dada Mikael.

"Kau kenapa sebenarnya? Aku ada buat salah? Cakap. Bagitahu aku. Aku minta maaf." Dia memandang tepat pada anak mata gadis itu. Hanim melarikan pandangan. Tidak sanggup bertentang mata dengan Mikael.

"Pandang mata aku Hanim. Asal dengan kau ni? Kau tak sihat ke? Demam? Aku bagi kau cuti." Mikael betul-betul risau terhadap Hanim. Jika dulu hanya sebagai bos dan pekerja. Tapi tidak sekarang. Dia sedar. Hati dia sudah mula berubah.

"Asal kau risaukan aku?" Hanim menentang pandangan mata Mikael. Mikael mengerutkan dahi.

"Huh? Tak faham. Aku tak boleh risaukan kau ke?" Mikael menyoal. Sumpah dia tak faham. Perempuan ni datang bulan ke?

"Apa sebab kau risaukan aku? Sebab rupa aku macam arwah isteri kau. Begitu?" Kerutan di dahi semakin berkerut.

"Kenapa ni Hanim?" Lembut Mikael menyoal. Dia syak gadis ini memang datang bulan. Itu yang emo semacam hari ini.

"Apa sebab kau rapat dengan aku Mikael?" Belum sempat Mikael menjawab, Hanim menyambung percakapannya.

"Kalau kau rapat dengan aku semata-mata kerana muka aku ada iras arwah isteri kau, baik kau pergi aje lah." Mikael diam. Dia merenung tepat pada mata gadis itu. Hanim meleraikan pegangan tanga Mikael di lengannya. Dia berpaling.

"Jadi, kau nak aku pandang kau sebagai seorang Hanim Arrabell." Hanim kembali memandang Mikael. Dia mengangguk dengan yakin.

"Jujur aku cakap. Aku pandang kau sebagai seorang Hanim. Bukan sebagai seorang Hannah. Lagipun perangai korang berbeza. Sangat berbeza. Mustahil untuk aku pandang kau sebagai seorang Hannah. Walaupun kadang-kadang aku akan teringat yang kau ni Hannah, tapi aku cepat-cepat sedarkan diri aku yang Hannah dah tak ada." Entah mengapa, Hanim rasa sedikit kecewa dengan kata-kata Mikael. Jadi, adakah itu bermaksud dia tak akan dapat gantikan tempat Hannah dalam hati Mikael?

"Hanim Arrabell. Pandang aku." Mikael memberi arahan. Hanim hanya menurut.

"Jujur dengan aku Hanim. Kau suka aku?" Air liur rasa tersekat di kerongkong. Mulut terbuka, tapi tiada kata yang keluar dari mulut dia.

"Aku tanya ni Hanim. Kau suka aku ke? Sebab tu kau jadi macam ini?" Hanim memandang ke arah lain.

"Hanim." Lembut Mikael memanggil.

"Ha iya. Aku suka kau. Puas? Apa hal? Kau nak marah aku sebab aku suka dekat kau? Macam itu?" Terlepas tawa kecil dari bibir Mikael. Dia menggelengkan kepalanya. Rasa lawak dengan perangai Hanim yang satu ini. Belum pernah lagi dia melihat sisi ini pada Hanim. Hari ini baru first time dia tengok. Agak comel juga pada pandangan mata Mikael.

"Kenapa kau gelak? Kau nak ejek aku?" Hanim diserbu rasa malu. Hanim tersenyum mengejek. Ejek diri sendiri kerana confess tiba-tiba. Digelakkan pula tu lepas dah confess.

"Aku nak sambung buat kerja." Belum sempat dia berpaling, Mikael menahan. Mikael tersenyum kecil. Ada keyakinan pada wajahnya.

"Hanim Arrabell." Penuh yakin dia menyeru nama gadis itu. Hanim yang melihat rasa pelik. Tadi gelak, lepastu serius. Tak betul ke mamat ni?

"I-iya?" Apa hal dia gagap pulak ni? Mikael menarik nafas dalam.

"Izinkan aku memperisterikan kau, Hanim Arrabell." Hanim terkedu. Jatuh rahangnya. Apa yang dia dengar ni? Dia salah dengar ke?

"Hanim." Jari dipetik di hadapan wajah gadis itu. Terkejut sangat ni.

"Hanim. Kau okay?" Hanim menggelengkan kepalanya. Tak. Dia tak okay. Apa yang dia dengar ni?

"T-tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba? Aku cakap aku suka kau aje. Itu tak bermakna aku ajak kau kahwin dengan aku." Hanim masih tak faham. Dah lah tak ada cincin, tak ada apa. Tiba-tiba kena lamar.

"Kau tolak lamaran aku?" Tanya Mikael sedikit kecewa. Hanim menggelengkan kepalanya sekali lagi.

"Tak bukan. Aku cuma pelik aje. Dah lah tak ada cincin, tak ada apa. Tiba-tiba kena lamar. Kau rasa siapa aje tak pelik?" Mikael ketawa kecil.

"Iya lah. Nanti aku bawak kau pergi ke restoran. Lepastu aku letak cincin dalam makanan kau. Nanti bila kau makan, kau jumpa lah cincin tu. Okay?" Gurau Mikael. Hanim menampar lengan kekar lelaki itu. Dia tak ada lah inginkan sampai macam itu. Mikael ingat ni drama ke apa nak letak cincin dalam makanan bagai.

"Jadi kau terima tak lamaran aku?"

"Hmm." Perlahan saja suara Hanim. Malu punya pasal.

"Apa-apa? Tak dengar lah." Mikael mendekatkan sedikit telinganya pada Hanim.

"Hmm." Hanim menguatkan sedikit suaranya.

"Apa? Tak dengarlah. Cuba kuat sikit suara tu." Hanim menggenggam tangannya. Geramnya dia.

"Iya!" Dia menjerit di telinga Mikael. Mikael mengusap telinganya sambil tersenyum.

"Kuat sangat tu. Tahulah tak sabar nak kahwin dengan aku." Hanim mengetap giginya. Dia yakin. Mukanya pasti sudah bertukar merah. Dia terus berpaling dan keluar dari bilik Mikael. Mikael ketawa kecil melihat perangai gadis itu. Comel aje.

Terima kasih sudi baca <333
Wat is dis?! Asal cepat sangat nak kahwin ni 🙃 #unluckyhannah

QOTD
"Parents are not perfect, but they will always give you the best."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now