"Haah." Hanim mengangguk. Langsung dia tak nafikan kenyataan itu.
"Kau balik dengan dia? Dia kenal kau ke? Bukan kau tak nak orang lain tahu ke yang Hannah ada kakak?" Hanim menghela nafas kecil.
"Aku kerja dekat syarikat dia." Sarra membulatkan mata.
"Kau tak bagitahu aku pun." Sarra seperti ingin merajuk dengan Hanim. Sampai hati kawannya itu tidak bagitahu dia apa-apa pasal ni.
"Tak penting pun benda tu. Dah lah. Aku masuk dulu. Penat lah. Kau tu jangan lupa tutup pintu sebelum masuk. Tengok macam hari tu, kau lupa tutup pintu. Nasib baik tak ada pencuri masuk tau." Sempat Hanim berpesan sebelum dia berlalu ke biliknya.
"Kau ni dah jatuh cinta ke Hanim? Bukan dulu kau kata kau benci dia?" Sarra berkata sendiri. Terbit rasa pelik dengan perangai Hanim. Macam lah dia tak tahu yang Hanim ni benci sangat dengan Mikael dulu. Siap kata nak balas dendam lagi. Tapi sekarang? Apa jadi ni? Dah hilang dah ke rasa benci tu?
"Lantak kau lah Hanim." Dia menutup pintu rumah. Tidak lupa juga untuk dikunci. Nanti tak pasal-pasal pencuri masuk. Sarra duduk di atas sofa. Skrin televisyen yang memaparkan cerita korean drama itu dilihat penuh minat.
"Lee Min Ho." Terukir senyuman di bibir Sarra. Jika Hanim minat Tom Holland, Sarra pula minat Lee Min Ho.
"Tiba-tiba aje kau balik sini bang? Apa hal?" Mikael menjeling Melisa. Dia balik rumah mummy salah. Tak balik pun salah. Ini lah perempuan. Complicated betul!
"Suka hati aku lah. Kebetulan aku ada hal dekat-dekat sini." Mikael langsung tidak menyangka yang rumah Hanim dekat dengan rumah mummynya. Tanpa sedar, hujung bibirnya ternaik sedikit membentuk senyuman.
"Hah, tu. Kenapa kau senyum? Kau fikir apa tu hah?" Melisa mengecilkan matanya. Memandang Mikael dengan curiga. Mikael menggulingkan mata ke atas.
"Mel." Melisa mengangkat kedua-dua belah kening.
"Apa benda?" Mikael senyum penuh makna. Dah lama tak menyusahkan adik sendiri. Apa kata malam ni dia susahkan adik dia ni.
"Tolong aku boleh?" Mata dikedipkan beberapa kali. Nampak jelik pada mata Melisa.
"Hodoh muka kau buat mata macam itu. Jangan sampai aku cungkil biji mata kau tu." Melisa memberi amaran. Geli dia tengok Mikael buat muka macam itu. Rasa nak pijak-pijak aje muka Mikael.
"Tch. Tolonglah aku." Mikael dipandang atas bawah.
"Tolong apa? Kalau benda yang susah-susah aku tak nak buat. Kau buatlah sendiri." Mikael menggelengkan kepalanya.
"Tak. Tak susah pun. Buatkan aku maggie. Aku lapar. Maggie kari tau." Melisa merengus kasar.
"Buatlah sendiri. Aku penat."
"Ish tolonglah. Aku lapar ni," kata Mikael sedikit merengek. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Mikael memegang perutnya. Masa yang tepat betul dia berbunyi.
"Kah tak kesian dekat aku ke Melisa? Aku lapar ni." Mikael buat muka merayu. Nak masak, dia malas. Jadi, lebih baik dia suruh Melisa yang masakkan.
"Ish. Iya lah." Melisa bangun dari duduk.
"Abang sekali tau, honey." Mikael dan Melisa serentak memandang ke arah Jauhar yang baru turun dari tingkat atas.
"Okay." Melisa mengukir senyuman. Untuk suami tak apa. Untuk abang dia, tidak sama sekali. Melisa menuju ke dapur.
Jauhar mengambil tempat di sebelah Mikael. Mereka duduk menghadap TV. Mikael memandang Jauhar di sebelahnya.
"Jauhar." Jauhar memandang. Dia mengangkat sebelah kening.
"Iya? Kenapa?" Mikael diam seketika. Nak tanya atau tidak? Tapi dia kenal ke?
"Kau kenal... Hanim?" Jauhar mengerutkan dahi. Dia rasa macam pernah dengar nama tu.
"Aku macam pernah dengar nama tu. Entahlah. Tak ingat. Artis ke?" Soalan di balas dengan soalan. Jauhar kata dia pernah dengar nama Hanim. Maknanya dia kenal Hanim ke?
"Mika." Jauhar pelik melihat Mikael yang mengelamun.
"Kenalan Hannah?" Jauhar mengerutkan dahinya. Dia cuba mengingat sebelum dia mula tersedar sesuatu. Matanya yamg sepet bertukar besar.
"Hah. Aku dah ingat. Dulu waktu Hannah dekat wad. Dia ada cakap dengan seorang ni dalam telefon. Nama dia Hanim Arrabell tak silap aku. Bila aku tanya dia siapa Hanim tu, Hannah tak ada jawab pula. Kenapa kau tanya?" Mikael terangguk-angguk mendengarnya.
"Tak. Aku kenal siapa Hanim tu." Jauhar tampak seperti terkejut.
"Kau kenal?" Mikael menggangguk.
"Siapa dia?" Mikael diam seketika.
"Kakak Hannah." Jauhar menggaru kepala yang tidak gatal.
"Dia bukan anak tunggal ke?" tanya Jauhar. Melisa kata dia anak tunggal. Arwah Hannah juga kata benda yang sama. Mikael menggelengkan kepalanya.
"Tak. Dia ada kakak. Kakak dia dibuang sejak dia kecil lagi." Mikael menjelaskan perkara sebenar.
"Kau ni biar betul. Jangan main teka aje." Mikael mengangguk penuh yakin.
"Serius. Aku sendiri jumpa dia. Dia kerja dekat syarikat aku. Dan muka dia hampir sama macam arwah isteri aku." Dahi Jauhar yang berkerut, menjadi semakin berkerut. Selagi dia tak nampak dengan mata kepala dia sendiri, memang susah untuk dia percaya dengan kata-kata Mikael.
"Mikael. Aku tahu kau rindu Hannah. Tapi-" Belum sempat Jauhar habiskan kata-katanya, Mikael memotong.
"Tak. Aku bukannya berimaginasi. Bukannya berhalusinasi. Ini realiti. Kalau kau tak percaya, kau boleh datang tengok dia sendiri dekat ofis aku." Jauhar masih lagi curiga. Lagipun dia sudah sedia maklum yang Mikael belum boleh dapatkan lupakan arwah isterinya.
"Aku hantar dia tadi Jauhar. Aku hantar dia balik rumah. Tak kan kau nak cakap aku ni berhalusinasi pula? Sedangkan pekerja-pekerja aku pun nampak dia." Dari pandangan mata Jauhar, Mikael tahu. Jauhar masih tidak yakin dengan kata-katanya.
"Aku jujur Jauhar. Aku masih belum lupakan arwah isteri aku. Aku rindu dekat dia. Aku nak jumpa dengan dia. Aku tak nafikan semua benda tu. Tapi Jauhar. Aku tak berimaginasi. Aku tak berhalusinasi. Hannah memang ada kakak. Dan wajah kakak dia memang hampir sama macam Hannah." Melihat keyakinan pada wajah Mikael, membuatkan Jauhar menjadi semakin keliru.
Lagi pula, Hannah sendiri yang kata padanya yang dia anak tunggal. Tak ada adik beradik lain. Dan Melisa juga cakap benda yang sama. Tak kan mereka menipu pula?
"Tak apa lah kalau kau tak nak percaya. Aku cuma nak bagitahu kau aje. Kau nak percaya atau tidak, terserah pada kau. Cuma nanti kalau kau tiba-tiba terserempak dengam dia, jangan terkejut pula." Mikael kembali memandang skrin televisyen.
Dia agak terasa hati dengan Jauhar. Dia nampak macam orang gila ke sampai nak berhalusinasi bagai? Benda betul kut yang Hannah ada kakak. Nama kakak dia Hanim Arrabell. Tak kan dia nak menipu pulak?
Terima kasih sudi baca<333
Ape kebenda tah yang saya merepek ni🤦♀️QOTD
"Loving someone who doesn’t love you back is like hugging a cactus, the longer u hold on, the more it will hurt."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...