Lebar senyuman Mikael pada pagi ini. Dia menyisip sedikit air milo panas yang disediakan khas untuknya.
"Gembira nampak." Mikael membuka matanya. Dia hanya tersenyum memandang ke arah Lia.
"Gembira pun salah ke?" Mikael membalas. Lia berdecit perlahan. Dia perasan. Sejak kebelakangan ini, Mikael kelihatan sudah tidak sama seperti dahulu. Dalam erti kata lain, Mikael sudah berubah.
Mikael nampak lebih ceria berbanding sebelum-sebelum ini. Dan untuk itu, dia bahagia untuk Mikael. Jika Mikael gembira, Lia turut gembira. Kerana bagi dia, bila Mikael gembira, Hannah akan maafkan salah silapnya. Rasa sedih mula menguasai diri.
"Kau dah kenapa? Tiba-tiba aje sedih. Rindu suami ke?" Mendengar perkataan suami, automatik Lia mengukir senyuman. Dia menyentuh perutnya yang bulat. Beberapa bulan aje lagi, lahirlah bintang hati dia. Anak Lia dengan Faruq.
"Tadi sedih, lepastu gembira. Kau dah kenapa sebenarnya? Demam? Nak ubat tak?" Mikael menyoal. Lia menjeling Mikael.
"Aku nak gembira pun tak boleh ke?" Lia memulangkan paku buah keras. Ingat Mikael aje ke boleh gembira? Dia pun boleh lah. Mikael menggulingkan matanya ke atas.
"Ni ada apa kau datang sini?" Lia duduk di kerusi di hadapan meja Mikael. Mikael mengangkat sebelah kening.
"Aku tak suruh kau duduk." Lia berdecit.
"Tak kan kau nak suruh aku berdiri dengan keadaan aku macam ni? Kau nak aku cakap dekat Faruq yang kau buli aku?" Lia mengugut.
"Iyalah. Apa kau nak?" Cawan yang sudah kosong diletakkan di atas meja. Dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada Lia.
"Hari itu kau ada cakap dekat aku yang kau nak cari latar belakang Hanim kan? Macam mana? Dah jumpa?" Mikael baru teringat yang dia tidak bagitahu apa-apa lagi pada Lia. Mikael mengangguk. Lia rasa teruja.
"Apa kau dapat?" Mikael diam seketika.
"Dia kakak kandung Hannah." Membulat mata Lia. Mulut ditekup.
"Sumpahlah?" Dia bagai tidak percaya. Mikael mengangguk.
"Wow. Tapi... dia tahu ke pasal-" Mikael mengangguk sebelum Lia menghabiskan kata-katanya.
"Iya. Dia tahu." Lia diam.
"Dia marah aku ke?" Air matanya mula bertakung. Rasa serba salah mula menguasai diri. Mikael mengangkat bahunya.
"Tak tahu. Tapi dia marah aku. Walaupun dia kata dia dah maafkan aku, aku tak rasa macam tu. Mesti akan ada sedikit perasaan marah. Adik kandung dia kut." Lia mengangguk.
"Sebab tu aku cuba rapat dengan dia. Mungkin dengan cara tu, sedikit demi sedikit perasaan marah dia tu berkurang."
"Aku kena minta maaf dekat dia."
"Hanim Arrabell." Hanim mengangkat kepalanya memandang ke arah Lia. Kening diangkat sebelah. Apa dia nak?
"Iya?" Lia diam seketika. Dia rasa gementar.
"Awak kakak Hannah?" Takut-takut Lia menyoal. Terkebil-kebil mata Hanim memandang Lia. Ouh, dia pun dah tahu?
"Mikael tu memang nak kena bagitahu semua orang ke yang aku ni kakak Hannah?" Lia hanya diam.
"Ha, iya. Aku kakak dia? Asal?" Hanim rasa dia dapat meneka apa yang akan Lia katakan sebentar lagi. Macam biasa.
"Maaf." Seperti yang dijangka. Perkataan maaf pasti akan keluar dari mulut gadis itu.
"Atas sebab apa kau minta maaf?" Hanim menyoal. Lia menunduk mendengar soalan itu. Bagai pesalah yang menunggu masa untuk dihukum.
"Sebab... sebab saya, rumah tangga adik awak hampir berpecah-belah." Hanim merenung wajah Lia yang menunduk. Jika ingat kembali apa yang sudah Lia lakukan pada adiknya, jujur dia kata, dia tidak rasa dia dapat maafkan. Tapi dia teringat akan kata-kata Hannah.
"Jangan berdendam dengan diorang. Diorang tak salah kak. Aku pun dah maafkan diorang." Hanim menghela nafas kecil. Sedangkan Hannah pun maafkan mereka, siapalah dia untuk tidak maafkan. Lagipun yang kena itu adik dia. Bukan dia.
"Tak apa." Lia mengangkat kepala. Air matanya sudah mula bergenang. Hanim menggaru kepalanya yang tidak gatal. Menangis pulak dah.
"Eh. Tak payahlah nangis. Aku dah maafkan kau lah. Adik aku pun dah maafkan kau. Maafkan Mikael." Air mata Lia jatuh setitik. Hanim terdiam. Dia rasa dia tak ada salah cakap pun. Ke ada?
"Tak payahlah nangis." Hanim mula gelabah apabila tangisan Lia menjadi semakin kuat. Apa dia nak buat ni? Perlahan-lahan dia mendekati Lia. Nak peluk ke tak payah? Akhirnya Hanim hanya menggosok lembut belakang badan Lia. Dia rasa kekok pula kalau nak peluk. Lagipun dia ni jarang pujuk orang.
Mengeras badan Hanim apabila Lia tiba-tiba memeluk tubuhnya. Apa dia nak buat ni? Balas balik ke? Teragak-agak Hanim membalas pelukan Lia. Sumpah dia rasa kekok. Belakang badan Lia digosok perlahan.
Dengan keadaan dia seperti ini, dia teringat akan Hannah. Ketika Hannah menangis, dia sedia menghulurkan bahunya untuk Hannah bersandar.
"Sakit kak. Sumpah sakit." Hanim mengelus lembut rambut Hannah. Dari tadi dia mendengar keluhan hati Hannah.
"Kenapa dia buat adik macam tu? Dia dah tak sayang adik ke?" Air mata Hannah laju merembes keluar. Dia tak tahan kadang-kadang dengan sikap Mikael.
"Mintalah cerai." Bagi Hanim, hanya itu solusinya.
"Pernah kak. Banyak kali dah minta. Dia yang tak nak." Hannah menekup mukanya dengan tangan. Hanim mengepal penumbuk. Sakit hatinya pada Mikael semakin bertambah. Mikael hancurkan hati Hannah. Adik dia.
"Kau nak aku jumpa dia?" Hannah mengangkat wajah. Dia menggeleng perlahan.
"Jangan kak. Biar adik yang selesaikan dengan dia sendiri." Hanim mengeluh kecil. Bagaimana Hannah mahu selesaikan masalahnya. Bila Mikael minta maaf, semudah itu adiknya maafkan. Lepastu Mikael ulang benda yang sama. Sampah!
"Sakit kau macam mana?" Hanim mengalihkan topik perbualan mereka.
"Adik tak rasa adik mampu bertahan kak." Bahu Hannah dipukul perlahan.
"Apa benda cakap macam itu? Aku tak suka lah. Aku ada kau aje tau dalam dunia ni." Air mata Hannah semakin deras mengalir. Tidak tahan melihat keadaan Hannah, Hanim menariknya ke dalam pelukan. Belakang badan Hannah digosok lembut. Hanim memejam matanya. Tak tahan dia melihat penderitaan yang dihadapi oleh adiknya. Ya Allah, tolong jaga Hannah.
Hanim kembali tersedar daripada lamunan apabila Lia mula meleraikan pelukan. Dia mengelap air matanya sendiri.
"Terima kasih. Saya minta maaf sangat-sangat." Hanim hanya mengangguk. Tidak tahu nak bagi respon apa lagi.
"Bahagialah Lia. Kalau kau bahagia, aku yakin adik aku pun akan bahagia." Lia mengangguk. Hannah sangat baik. Dia rasa berdosa dengan Hannah. Mengapa Hannah begitu baik.
"Dah lah. Tak payah fikir apa-apa. Tak ada kerja ke? Aku rasa kerja kau lagi banyak dari kerja aku." Lia tersenyum nipis.
"Saya sambung buat kerja dulu." Hanim mengangguk. Lia berpaling ingin pergi. Mikael yang lihat dari jauh tersenyum kecil.
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"Never be afraid to say what you feel."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...