BAB 36

808 64 15
                                    

Hanim bersandar pada dinding bilik air. Kini, dia sudah berada di rumah mummy. Puan Marisa yang suruh dia pulang ke rumah. Katanya nak bagi dia rehat seketika. Dan Hanim bersetuju. Dia takut dia tidak kuat untuk menghadap Mikael.

Perlahan-lahan tubuh kecil Hanim melorot jatuh di atas lantai. Tangisan kecil mula kedengaran di segenap ruang bilik air. Dia menangis lagi.

Hanim sudah tidak kisah jika bajunya basah ataupun tidak. Dia hanya ingin melepaskan semuanya di sini. Hanim tahu. Seeloknya dia lepaskan semua kesakitannya di atas sejadah. Tapi dia tetap memilih bilik air sebagai tempat untuk dia menghamburkan tangisannya.

"Sakit." Dia mencengkam bajunya di bahagian dada. Sakit sangat bila suami sendiri tidak mengaku dia isteri. Dia yang selama ini berada di sisi Mikael dilupakan. Hannah yang sudah tiada di muka bumi ini boleh pula diingat.

"Kau tak pernah sayangkan aku ke Mikael?" Hanim menumbuk dadanya. Mata dipejam rapat. Memorinya bersama Mikael kembali terlayar di ruang minda.

"Sayang." Hanim mengangkat wajah memandang Mikael.

"Iya? Kenapa? Awak nak apa?" Mikael tersenyum kecil. Dia menghulurkan sesuatu ke arah Hanim. Terangkat sebelah kening Hanim.

"Tali leher? Nak buat apa dengan tali leher tu? Kenapa bagi saya? Pakailah." Memuncung bibir Mikael. Hanim tak faham ke apa yang dia inginkan?

"Ala sayang." Dalam hati, Hanim ketawa jahat. Dia sebenarnya faham saja apa yang Mikael inginkan, tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham.

"Apa?" Muka Mikael sudah cemberut.

"Awak fahamkan apa yang saya nak. Cepatlah sayang." Hanim masih duduk di birai katil. Langsung dia tidak berganjak.

"Apa? Saya tak fahamlah. Awak nak apa?" Hanim menahan dirinya dari ketawa.

"Sayanggg. Tolonglah pakaikan tali leher ni." Hanim ketawa kecil.

"Awak kan ada tangan. Kenapa tak pakai sendiri?" Sengaja dia menguji kesabaran suaminya itu.

"Tangan saya tiba-tiba aje sakit. Cepatlah sini. Tolong pakaikan saya tali leher." Hanim bangun dari duduk. Dia mendekati Mikael yang sedang berdiri tegak di hadapan cermin.

Tali leher di tangan Mikael diambil.

"Sini. Dekat sikit." Mikael mendekat seperti yang disuruh. Hanim menjeling Mikael apabila jarak mereka rasa tersangat dekat. Sehingga dia boleh mendengar desah nafas Mikael.

"Saya suruh dekat sikit aje. Yang awak melebih ni dah kenapa hubby?" Dada Mikael ditolak sedikit. Ingin memberi ruang kepada dirinya dengan Mikael. Kalau dekat sangat macam mana dia nak pakaikan tali leher.

"Nak manja sikit pun tak boleh." Ayatnya kedengaran seperti berjauh hati. Hanim ketawa kecil.

"Mengada aje awak tu. Dah besar panjang pun masih nak manja." Mikael mencebik.

"Biarlah saya nak manja pun. Saya manja dengan isteri saya sendiri. Bukannya dengan orang lain pun kan?"

"Kalau saya manja dengan orang lain nanti awak marah. Betul tak sayang?" Serentak itu, Mikael merangkul pinggang Hanim sehingga tubuh Hanim terkedepan. Tangan Hanim melekap pada dada Mikael.

"Ish awak ni. Saya nak pakaikan tali leher ni. Janganlah main-main." Hanim membuat muka garang. Walhal sekarang ini, hanya tuhan saja tahu betapa lajunya jantung dia berdegup. Dia yakin pipinya juga pasti sudah bertukar merah. Malu punya pasal.

"Alah. Sekejap aje pun. Bukannya lama." Mikael menjatuhkan dagunya pada bahu Hanim. Tubuh kecil Hanim dirangkul erat.

"Ish awak ni. Nanti awak lambat pergi kerjalah."

"Kisah apa. Saya bos dekat situ. Tak ada yang berani nak marah saya." Hanim menggulingkan matanya ke atas. Sombong betul laki dia ni. Malang betul siapa yang jadi bini Mikael.

Eh--

"Dah, dah. Cepat saya pakaikan. Nanti lambat awak nak pergi kerja. Jalan sesak nanti. Cepat sini." Mikael buat tak dengar sahaja.

"Mikael!" Muncung sedepa bibir Mikael. Naj merajuk boleh tak?

"Ish. Iya lah. Iya lah. Nak manja pun tak boleh. Kalau macam ni, baik cari bini baru." Hanim memandang Mikael tajam. Dia merenung Mikael tanpa lepas. Mikael tersengih seperti kerang busuk.

"Hehe. Gurau je yang. Janganlah marah." Pipi Hanim dikucup sekilas. Tidak cukup dengan itu, dia mengenyitkan matanya. Khas untuk isteri tercinta.

Perut Mikael dicubit kuat. Mikael berdesis kecil. Fuh, sakitnya tu bukan biasa-biasa.

"Sakit yang." Mikael menggosok tempat yang kena cubit.

"Kalau lebam macam mana yang?" Hanim menjelir lidah. Ada nampak macam dia kisah ke?

"Padanlah muka awak. Nanti bolehlah awak suruh 'bini' awak tu ubatkan." Hanim menjulingkan matanya ke atas. Geram betul dia dengan Mikael ni.

"Alah sayang. Sorrylah. Tak sengaja kan." Hanim mencebik.

"Tak sengaja konon. Dah lah. Cepat, sini. Dari tadi tali leher tak dipakai." Mikael mendekat. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

"Tunduk sikit. Awak tu dah lah tinggi. Saya ni dah lah pendek. Ingat saya sampai ke?" Mikael ketawa kecil.

"Sedar pun diri tu pendek." Baru sahaja tangan Hanim ingin mencubit perut Mikael, Mikael terlebih dahulu mengelak. Tak sanggup dia nak kena cubit untuk kali yang kedua.

"Hah. Tau pun takut." Tali leher dipakai. Nasib dia dah belajar cara pakai tali leher. Kalau tak, mesti dia terkial-kial nak pakaikan pada Mikael.

"Dulu saya tak pandai pakai tali leher tau. Tapi sejak saya kahwin dengan awak, saya belajar cara nak pakai tali leher. Semata-mata untuk awak tau." Baju Mikael dibetulkan sedikit bagi kemas.

"Ouh iya. So sweetlah sayang ni." Ubun-ubun Hanim dicium lembut.

Memori Hanim bersama Mikael terhenti di situ. Hanim bangun perlahan-lahan. Dia berdiri di bawah shower. Pili air dibuka. Air mula mengalir. Hanim hanya membiarkan dirinya basah.

Bersama dengan air yang mengalir di tubuhnya, dia menangis teresak-esak. Dia penat sangat. Dia tak larat. Sebulan lebih dia tunggu suaminya bangun dari koma. Tapi apa yang dia dapat? Selepas bangun dari koma, Mikael lupakannya. Hanya tuhan saja tahu betapa hancurnya hati dia.

Bertambah hancur hati dia apabila Mikael ingat tentang adiknya, Hannah. Isteri Mikael yang dulu. Tetapi dia sebagai isterinya sekarang dilupakan begitu sahaja. Siapa saja yang tidak sakit hati?

Bukanlah dia membenci arwah adiknya sendiri. Cumanya, dia hanya kecewa. Kecewa dengan Mikael.

Hanim menunduk memandang perutnya. Tidak cukup besar, tetapi masih kelihatan perutnya yang sudah mula membulat.

"Maafkan ibu sayang." Semakin deras air mata Hanim keluar. Dia teringat tentang dirinya yang langsung tidak makan. Dia seksa anak dia sendiri. Teruknya dia sebagai ibu. Anak belum keluar tapi dia sudah menyeksa anaknya.

"Ibu minta maaf sangat-sangat. Ibu seksa anak ibu. Sayang mesti lapar kan? Lepasni kita makan okay?" Hanim tersenyum kecil. Tapi masih terasa kelatnya.

Terima kasih sudi baca<333

QOTD
"Jika kehidupan membuat kita menangis. Ingat! Ada ribuan kenangan indah yang membuat kita tersenyum. :)"


CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now