Nama: Hanim Arrabell binti Muhamad Borhan.
Umur: 27 tahun.
Tarikh lahir: 1/9/1996
Ahli keluarga:
-Muhamad Borhan bin Dato Hamdan. (Bapa)
-Hanan Estelle binti Syahim. (Ibu)
-Hannah Issabell binti Muhamad Borhan. (Adik)Satu persatu maklumat tentang gadis itu dilihat. Mikael terkejut. Tidak menyangka Hannah ada kakak kandung. Fikirnya, Hannah anak tunggal.
"Orang tua dia masih hidup." Membulat mata Mikael. Ibu bapa mertuanya masih hidup.
"Tapi arwah isteri aku kata ibu bapa dia dah tak ada." Orang upahan Mikael itu senyap seketika.
"Bos ada tanya bagaimana orang tua dia mati?" Mikael menggeleng.
"Tidak. Aku takut kalau aku tanya, aku akan sakitkan hati dia." Orang upahan Mikael mengangguk faham.
"Bos tak pernah cari tahu pasal arwah isteri bos?" Lambat-lambat dia menggeleng.
"Aku hanya tahu apa yang arwah isteri aku bagitahu aje. Lagipun dulu kami kahwin bukan atas dasar cinta." Mikael rasa gagal. Gagal menjadi suami yang baik buat Hannah. Lihat sahajalah. Tentang ibu bapa Hannah juga dia tidak tahu.
"Mengikut apa yang saya tahu, Cik Hanim tidak tinggal bersama dengan ibu bapanya sejak kecil. Dia duduk di rumah anak yatim." Jeda seketika.
"Ketika dia berusia 5 tahun, seorang pasangan suami isteri mengambil dia menjadi anak angkat. Mereka pulangkan Cik Hanim semula setelah 1 tahun menjaga dia. Maknanya ketika itu, Cik Hanim berusia 6 tahun. Dan dia ada pernah masuk hospital selepas dikembalikan pada rumah anak yatim." Mikael mengerutkan dahi.
"Atas sebab?" Mikael rasa ingin tahu.
"Orang yang menjaga dia selama setahun itu, mendera dia. Badan Cik Hanim penuh dengan lebam. Itu apa yang saya tahu." Mikael kemam bibir. Ya Allah. Kasihan Hanim.
"Ketika dia berusia 10 tahun. Dia diambil sekali lagi menjadi anak angkat dalam keluarga yang agak kaya. Keluarga Syed Haris. Tidak sampai setahun, dia dikembalikan kepada rumah anak yatim itu dengan keadaan yang agak teruk. Bukan hanya lebam pada badan dia, tapi ada juga kesan birat, kesan melecur dan banyak lagi." Orang suruhan Mikael itu menyambung.
"Sekali lagi dia dimasukkan ke hospital dan ditahan selama seminggu."
"Kenapa rumah anak yatim tu tidak ambil apa-apa tindakan?" Mikael rasa pelik. Bukankah sepatutnya kes ini perlu sampai ke pihak polis?
"Saya dapat semua maklumat ini dari salah seorang yang pernah duduk di rumah anak yatim itu juga. Katanya, mereka memang dilayan seperti sampah di situ. Kadang-kadang mereka tidak diberi makanan. Mereka hanya diberi sisa sahaja. Kalau ada yang datang mengunjung ke rumah anak yatim itu, baru mereka dilayan dengan baik."
"Seolah-olah mereka ini dijaga dengan penuh kasih sayang. Walaupun sebenarnya tidak." Mikael meraup rambutnya kebelakang. Kasihan gadis itu.
"Kau kata dia tidak duduk dengan orang tua dia dari kecil. Tapi orang tua dia masih hidup, jadi mengapa dia tak duduk dengan orang tua dia?" Orang suruhan Mikael mengangkat bahunya.
"Saya tak pasti. Mungkin kerana harta ataupun ada sebab lain. Tapi saya ada dapat maklumat yang syarikat Encik Borhan mungkin akan bankrupt tak lama lagi." Mikael diam. Banyak benda yang dia tak tahu tentang keluarga arwah isterinya.
"Kau tahu Hanim tinggal dengan siapa sekarang?" Orang suruhannya mengangguk.
"Dia tinggal dengan kawan dia. Sarra namanya." Mikael mengangguk.
"Kau fikir apa?" Tersentak Mikael dari lamunan panjangnya. Petang semalam, dia tahu banyak benda tentang keluarga gadis itu.
"Kau tahukan tentang adik kau?" Hanim mengangguk.
"Tahu aje. Lagi-lagi bila suami dia curang. Itu lagi aku tahu. Rasa nak bagi penumbuk aje dekat lelaki tu tau." Hanim memandang Mikael tajam. Harap-harapnya fahamlah siapa yang dia maksudkan.
"Kau tahu tak. Dulu kan, sebelum adik aku dah tak ada. Dia sempat tau jumpa aku. Dia cerita tentang hal perkahwinan dia. Banyaklah dia cerita. Macan tadi yang aku cakap. Suami dia curang. Waktu dia cerita tu kan, air mata dia memang tak berhenti mengalir. Sampai aku tak tahu nak pujuk macam mana." Mikael diam tanpa suara. Dia hanya mendengar.
"Bila aku kata nak tolong kerjakan lelaki tu, adik aku tak bagi. Sebab dia kata, dia sayang sangat dengan suami dia. Tapi sayang. Suami dia tak sayang dia sebagai mana dia sayang suami dia." Mikael tunduk. Terasa? Sudah tentu. Mustahil untuk dia tak terasa dengan kata-kata Hanim.
"Aku-" Mikael hilang kata-kata.
"Kau dengar sini Mikael. Kau masih ada hutang dengan adik aku. Tapi disebabkan adik aku dah tak ada dalam dunia ni, aku yang akan ambil alih tugas yang sepatutnya dia lakukan. Kau nak tahu apa yang aku akan buat?" Mereka bersabung pandangan.
"Aku akan pastikan kau rasa sakit macam Hannah rasa. Aku akan pastikan kau merana. Dan mungkin aku akan buat kau rasa nak mati. Sama macam adik aku." Mikael diam. Tubir matanya rasa sedikit panas. Hanim tersenyum sinis.
"Kau nak tahu tak kenapa aku salahkan kau? Sebab kalau kau tak buat hal waktu tu, dia mungkin akan jalani pembedahan dengan cepat. Dan mungkin, dia masih hidup sekarang ni. Tapi sebab kau buat hal, dia tangguh semua tu. Dia biar diri dia terseksa. Aku pun tak tahu nak cakap siapa yang bodoh. Kau ke adik aku?" Hanim tergelak sinis. Dia rasa puas. Puas dapat meluahkan segala yang dia pendam pada Mikael.
"Maaf."
"Jujur aku cakap Mikael. Aku berdendam dengan kau. Selain mak bapak aku, aku hanya ada Hannah. Hannah pun hanya ada aku. Mak bapak kitorang? Dah bahagia dengan harta yang mereka dapat. Tapi Mikael. Hannah tak bagi. Hannah tak bagi aku berdendam. Dia kata tak elok. Jadi aku dengar kata-kata dia. Aku lupakan dendam aku. Tapi Mikael, sejak kau bawak aku ke sini. Aku rasa geram. Aku benci tengok kau bahagia." Nada suara Hanim berubah sedikit.
"Aku tak layak untuk bahagia." Mikael sedar benda itu.
"Tau pun! Tapi masalahnya ada pada adik aku tu. Nak sangat tengok kau bahagia. Baik sangatlah adik aku ni. Menyampah pula aku." Dia mengguling mata ke atas.
"Aku minta maaf." Lemah nada suaranya.
"Bukan pada aku. Tapi pada Hannah." Bagaimana dia ingin minta maaf pada Hannah? Hannah sudah tiada.
"Aku dah malas nak berdendam. Jadi aku dah buat keputusan, untuk tak berdendam lagi pada kau. Bahagialah Mikael. Sebab kalau kau bahagia, Hannah juga akan turut bahagia. Dulu dia suruh aku bagi tahu kau, dia maafkan semua salah silap kau. Dan dia nak kau bahagia tanpa dia di sisi kau. Dia nak kau cari isteri yang lebih baik daripada dia. Jadi, bahagialah Mikael. Sebab kebahagiaan Hannah, kebahagiaan aku juga." Sempat dia berkata sebelum keluar dari bilik pejabat Mikael.
"Lagi satu. Tolong jangan ingat aku ni Hannah. Aku Hanim. Hanim Arrabell. Bukan Hannah Issabell." Dia terus keluar. Pintu ditutup. Air mata Mikael mengalir. Lemahnya dia.
Terima kasih sudi baca walaupun merepek bab ini <3333
QOTD
"Terkadang kita perlu melepaskan seseorang agar dia dapat mencari kebahagiaannya sendiri."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...