BAB 12

616 74 5
                                    

Hanim berjalan ke arah pantri. Dia rasa haus. Dia nak air milo. Dia berjalan sambil memandang ke arah lantai. Dia terfikir akan hal tadi ketika dia memandang tepat mata Mikael.

Buk!

"Aduh." Dia terundur beberapa tapak ke belakang. Dia menyentuh dahinya. Dia langgar dinding ke ni? Dahinya digosok lembut.

"Jalan pandang depan cik adik." Seseorang menegur. Hanim mengangkat wajah. Membulat mata Hanim melihat orang di hadapannya itu.

"Megat Farhan." Terkelip-kelip mata Megat Farhan memandang Hanim.

"Cik adik ni..." Megat menyepetkan matanya. Ingin mengenal pasti wajah si gadis. Sedar siapa gadis itu, terus dia tersenyum lebar.

"My girl." Hanim menggulingkan mata ke atas. Dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis panggil dia my girl.

"I'm not your girl." Nafi Hanim. Megat ketawa kecil.

"Yes you are. You always be my girl." Hanim memandang jengkel.

"Geli aku dengar." Megat ketawa.

"Hanim." Hanim mengangkat sebelah kening.

"Apa?"

"Rindu kau." Megat selamba meluah. Terkebil-kebil Hanim memandang Megat sebelum dia ketawa terbahak-bahak.

"Apa benda kau ni. Geli wei. Sumpah. Tak tipu. Geli gila." Hanim membuat muka geli.

"Kau ni memang dari dulu tak berubah eh?" Hanim menyoal. Megat mengerutkan dahi.

"Maksud kau?"

"Dari dulu sampai sekarang suka mengorat orang. Tapi maaf. Orang lain boleh lah jatuh dengan ayat manis kau tu, tapi aku tak. Dah basi tau ayat kau tu." Hanim tergelak.

"Tak. Ni serius. Aku rindu kau. Lama tau aku tak jumpa kau. Dah berapa tahun dah." Megat ikhlas menuturkan kata-katanya.

"Tapi aku tak rindu kau." Hanim membalas selamba.

"Sampai hati." Megat memegang dadanya. Menunjukkan yang hati dia sakit dengan kata-kata Hanim. Hanim menggulingkan matanya ke atas. Drama betul lah mamat ni.

"Kau buat apa dekat sini?" Hanim menyoal. Tak kan jadi cleaner macam dia juga kut?

"Tengku Megat Farhan?" Mereka berdua serentak menoleh. Megat mengukir senyuman nipis.

"Tengku?" Hanim pelik. Nama Megat ada Tengku?

"Kau anak tengku ke?" Hanim bertanya. Jujur, dia tak pernah tahu Megat ini anak tengku. Yang dia tahu Megat ni kaya aje.

"Tengku aje pun." Megat membalas. Hanim memandangnya geram. Megat menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Maaf. Bukan aku tak nak bagitahu kau. Tapi..." Hanim mengangkat sebelah tangan. Megat diam.

"Lantaklah kau anak tengku ke anak dato ke. Aku tak kisah. Yang pasti, aku tak nak hormat kau." Megat ketawa kecil. Dia fikir apa lah tadi. Ingatkan Hanim akan tinggalkannya.

"Ingatkan kau nak tinggalkan aku." Hanim menggelengkan kepalanya.

"Lepas aku dah kikis duit kau, baru aku tinggalkan kau. Okay?" Hanim mengeyitkan sebelah matanya. Bergitu juga dengan Megat.

"Ehem." Mikael yang sedari tadi memandang kelakuan mereka berdua, rasa panas. Mungkin sebab cuaca di Malaysia kut.

"Boleh kita mesyuarat sekarang?" Mikael menyoal tapi nada suaranya lebih kepada mengarah. Megat mengangguk.

"Nanti aku cari kau lepas habis mesyuarat." Hanim mengangguk. Megat mengikuti langkah Mikael. Hanim memandang ke arah Mikael yang tajam merenungnya. Dia mengangkat sebelah kening. Asal pandang dia macam itu? Mikael menjeling Hanim sebelum mereka berdua hilang di sebalik pintu bilik pejabat Mikael.

"Apa salah aku?" Hanim mengerutkan dahi. Malas ingin berfikir, dia kembali teringat akan tujuan sebenarnya. Dia ingin ke pantri.








"Sedap kan makanan dekat sini?" Megat menyoal Hanim di hadapannya. Hanim mengangguk. Sebaik sahaja Mikael dan Megat habis mesyuarat, terus Megat membawanya ke sini. Katanya ingin melepaskan rindu kerana sudah sekian lama tidak berjumpa.

"Kalau nak tambah bagitahu." Hanim menggeleng.

"Tak nak aku. Nanti gemok." Hanim membalas. Megat ketawa kecil. Hanim menghabiskan suapan terakhirnya.

"Hanim." Megat memanggil namanya. Sudu dan garpu diletakkan di atas pinggan. Hanim mengangkat wajah. Dia memberi tumpuan kepada Megat.

"Apa?" Megat diam seketika.

"Aku yakin kau tak lupa." Hanim mengerutkan dahi.

"Lupa apa?"

"Yang aku suka dekat kau." Hanim diam.

"Dah berapa tahun berlalu, hati aku masih pilih kau Hanim. Tak ada orang lain. Even aku bercinta dengan orang lain sekalipun, hati aku tetap pilih kau. Aku sayang kau Hanim." Hanik memejam matanya sebelum dibuka kembali.

"Megat. Aku dah pernah bagi jawapan beberapa tahun dahulu. Dan jawapan aku tetap sama. Kita hanya boleh jadi kawan. Tak kurang dan tak lebih." Megat mengetap bibir.

"Susah sangat ke kau nak bukak hati kau untuk aku? Tak boleh ke kau terima aku?" Hanim menggeleng. Dia tiada sebarang perasaan pada Megat. Dia anggap Megat hanya sebagai rakan. Seperti yang dia kata sebelum ini, tak kurang dan tidak lebih.

"Kenapa?" Megat ingin dengar jawapan Hanim. Apa kurangnya dia? Dia kaya. Dia kacak. Dia ada segala-galanya. Jadi kenapa Hanim tetap tidak mahukannya.

"Kita berbeza Megat. Kau kaya. Aku miskin. Kau ada rumah. Aku tak ada rumah. Kau ada kereta. Aku tak ada. Aku tak ada semua tu Megat. Kita ni ibarat langit dengan bumi. Mustahil untuk kita bersama." Semua yang Hanim katakan itu benar-benar belaka.

"Tapi aku tetap nak kau." Hanim mengeluh kecil.

"Keluarga kau mungkin tak kan dapat terima aku. Tengoklah, keluarga kandung aku sendiri pun tak nak aku, apatah lagi keluarga kau Megat." Megat ketawa kecil. Sangat sinis.

"Tak perlu bagi alasan. Cakap aje lah yang kau sebenarnya tak suka aku pun. Kan?" Hanim mengangguk penuh yakin. Dia cuba untuk jaga hati Megat selama ni. Tapi kalau Megat sendiri yang nak dia jujur, dia akan jujur.

"Iya. Aku tak suka kau. Aku tak pernah suka kau lebih dari seorang kawan. Kau antara kawan terbaik yang aku pernah ada Megat." Hanim mengambil nafas panjang.

"Kau pernah dengar tak orang kata. Jangan ubah hubungan persahabatan menjadi satu hubungan percintaan. Sebab pada akhirnya, kita akan kehilangan kedua-duanya sekali. Aku tak nak macam tu. Aku masih nak kau jadi kawan aku Megat. Aku tak nak hilang kau." Megat diam. Dia pernah dengar. Cumanya... hati dia macam mana?

"Megat. Kita baru jumpa tau. Jangan sampai sebab benda ni, hubungan kita jadi stranger. Kau sendiri tahu aku macam mana kan? Kalau aku tak suka, jangan pernah paksa aku. Nanti jadi lain." Hanim memandang tepat pada wajah Megat. Harap dia fahamlah apa yang Hanim maksudkan. Dia tak suka kena paksa. Sangat tidak suka!

"Okay." Perlahan Megat membalas bersama anggukan yang kelihatan lemah.

"Boleh aku tanya sesuatu?" Hanim mengangkat sebelah kening.

"Apa dia?" Megat gigit bibir bawahnya. Dia mengambil nafas.

"Kau ada suka sesiapa ke?" Hanim diam seketika. Entah mengapa ketika ini dia terfikirkan Mikael.

"Aku... aku tak nak cakap pasal hal ni lagi." Megat mengangguk.

"Aku nak kita jadi kawan aje Megat. Itu lebih baik. Boleh kan?" Megat mengangguk lagi.

"Jom lah. Waktu rehat aku dah nak habis. Hantar aku balik ofis." Megat mengangguk untuk kali yang entah ke berapa.

Terima kasih sudi baca <333

QOTD
"Karena terlalu nyaman, aku lupa bahwa kita hanya sebatas teman."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now