"Baik mummy."
"Iya."
"Hmm."
"Okay."
"Assalamualaikum." Dia memandang ke arah Hanim yang terbaring di atas katil. Matanya yang terbuka sedang memandang siling. Tapi Mikael tahu, isterinya itu sedang termenung.
Kaki melangkah merapati isterinya. Mikael duduk di birai katil. Sedikit pun Hanim langsung tidak memandang ke arahnya. Rambut isterinya diusap lembut. Seminggu sudah isterinya begini. Makan pun perlu dipaksa. Mandi juga kadang-kadang tidak mahu. Hanya terbaring sahaja di atas katil.
"Yang." Seperti biasa macam beberapa hari lepas, panggilannya tidak disahut.
"Sayang." Lembut Mikael memanggil. Hanim menoleh ke sisi. Air matanya mengalir sebaik sahaja melihat wajah Mikael. Menggigil tubuh Hanim.
"Shhh. Sayang, jangan nangis. Saya ada dengan awak. Awak sentiasa ada saya." Mikael mengucup lembut ubun-ubun Hanim. Mikael menyeka air mata yang mengalir di pipi Hanim. Hatinya sakit melihat air mata isterinya. Dia lebih rela jika hati dia yang sakit daripada hati Hanim yang sakit.
"Saya dah tak ada sesiapa lagi wak." Perlahan sahaja suara Hanim. Mikael menggelengkan kepalanya.
"No! Awak ada saya. Awak ada mummy. Awak ada Melisa. Masih ramai yang sayangkan awak. Awak ada kami." Hanim bangun dari perbaringan. Dia lantas memeluk Mikael. Erat pelukannya. Mikael membalas pelukan isterinya. Rambut Hanim dielus perlahan.
Hanim menangis semahunya di bahu Mikael. Dia lepaskan semua perasaannya di situ. Lama kelamaan, matanya pula penat. Dia tertidur di bahu Mikael.
Tepi kepala Hanim dicium sekilas sebelum Mikael membaringkan Hanim di atas katil dengan berhati-hati.
"Sleep tight my love."
"Tadaa." Hanim memandang kosong makanan-makanan yang berada di atas meja itu. Dia rasa membazir. Masak banyak-banyak tapi dia tak ada rasa nak makan.
"Kenapa masak banyak sangat ni?" Hanim memandang ke arah Mikael yang tersenyum ceria memandang ke arahnya.
"Saja. Sayang kena makan tau. Tak boleh tak makan. Kena habiskan semua ni sampai licin. Kalau tak... hubby merajuk." Hanim ingin ketawa. Tapi tiada suara yang keluar.
"Saya tak larat nak habiskan semua ni." Mikael mencubit pipi Hanim.
"Jangan risau. Abangkan ada." Kedua-dua belah kening diangkat. Hanim tersenyum nipis.
"Sayang makan tau." Hanim mengangguk. Walaupun dia tiada selera, tapi makan aje lah. Lagipun Mikael sudah masak macam-macam untuk menggembirakan hatinya.
Mikael mencedok nasi ke dalam pinggan Hanim. Begitu juga dengan pinggannya.
"Nak lauk apa?" Hanim memandang semua lauk di hadapnnya. Dia betul-betul tiada selera.
"Apa-apa aje lah." Sudahnya, itu aje jawapan dia. Apa yang Mikael letak ke dalam pinggannya, dia makan sahaja. Mikael mengaangguk. Dia memilih lauk sup ayam dan diletakkan ke dalam pinggan Hanim.
"Nak saya suap tak?" Hanim ketawa kecil. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Mikael tersenyum. Dia mendekatkan kerusinya dengan kerusi Hanim.
"Kut ye pun, bukaklah apron tu dulu." Mikael menunduk memandang ke arah badannya sendiri. Dia tergelak kecil. Macam manalah dia boleh lupa nak bukak apron.
"Lupalah yang." Hanim menggelengkan kepalanya.
"Pusing." Mikael menurut. Ikatan di belakang badannya dibuka. Hanim tolong menanggalkan apron dari badan Mikael. Apron itu diletakkan di hujung meja makan.
"Dah. Mari makan." Hanim hanya tersenyum nipis.
"Dekat sikit. Saya nak suap ni." Hanim menurut. Mikael menyuap nasi ke dalam mulut Hanim. Sepangjang makan, Hanim lebih banyak berdiam diri. Mikael sahaja yang bercakap. Tetapi dia tidak kisah. Asalkan dia dapat lihat perubahan dalam diri isterinya.
Mikael bermain dengan rambut Hanim. Langsung Hanim tidak terganggu dengan Mikael. Alhamdulillah, sudah beberapa hari berlalu dan Hanim sudah boleh menerima kenyataan tentang apa yang berlaku kepada kedua orang tuanya.
Geram dengan Hanim yang langsung tidak memberi tumpuan kepadanya, Mikael menyerabaikan rambut Hanim. Kini, seperti yang disangka, Hanim memberi tumpuan kepadanya.
"Awak. Habis rambut saya." Hanim merapikan kembali rambutnya. Mikael buat muka tak bersalah. Hanim kembali menumpukan perhatian ke arah TV. Mikael menyerbaikan rambut Hanim lagi.
Hanim ketap gigi. Geram betul dia dengan Mikael. Dia memandang suaminya tajam.
"Awak nak apa? Janganlah kacau saya. Saya nak tengok TV ni." Muka Hanim sudah berubah cemberut. Mikael tersengih seperti kerang busuk. Tiada langsung rasa serba salah dalam dirinya. Malah, dia lebih suka mengusik isterinya itu. Comel sahaja rupa dia bila marah.
"Nak kacau pun tak boleh." Hanim mengecilkan matanya memandang Mikael.
"Memang tak boleh. Saya tengah tengok TV ni. Awak janganlah kacau. Waktu awak tengok TV saya tak kacau pun." Hanim menjauhkan sedikit dirinya dari Mikael. Tidak mahu Mikael mengacaunya lagi. Dia nak tengok TV dengan aman dan tenteram tanpa sebarang gangguan.
Baru sahaja Mikael ingin mengusik Hanim lagi, telefonnya yang berada di atas meja berdering meminta di angkat. Dia mengambil telefonnya. Nama si pemanggil di lihat. Lia. Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan.
"Hello."
"..."
"Serius?" Riak wajah Mikael sudah bertukar teruja.
"..."
"Wah! Alhamdulillah, syukur sangat-sangat." Sebelah tangannya dilekapkan pada muka gaya berdoa.
"Tentukan tarikh untuk aku pergi ke sana." Hanim yang melihat sudah mengerutkan dahi. Apa hal ni? Dia nak tahu juga.
"Baik."
"Terima kasih, Lia." Dia menutup panggilan itu. Mikael memandang ke arah Hanim. Hanim mengangkat sebelah kening.
"Kenapa?" Hanim menyoal. Tanpa kata apa-apa, Mikael terus memeluk tubuh isterinya.
"Arghh, sayang. Syarikat dari luar negara nak bekerjasama dengan syarikat abang." Tidak tergambarkan bagaimana dia rasa ketika ini. Sungguh gembira. Bukan senang syarikat dia dapat bekerjasama dengan syarikat dari luar negara. Syarikat yang terkenal di seluruh dunia pula itu.
"Wah tahniah hubby." Hanim membalas pelukan Mikael.
"Jadi... lepas ni awak kena lebih banyak buat kerja. Bukan duduk rumah goyang kaki aje. Macam sekarang. Dari tadi, sibuk kacau saya tengok TV." Sempat lagi Hanim memerli Mikael. Mikael tergelak kecil.
"Alah. Nanti kalau saya kuat bekerja, awak marah pulak. Hari ini aje tau saya dapat spend time dengan awak. Esok lusa saya dah busy dengan kerja saya."
"Busy, busy jugak. Tapi... kalau awak asyik lupakan saya. Biarkan saya sorang-sorang dekat rumah ni. Tak teman saya. Siap awak saya kerjakan." Hanim mengugut. Mikael tergelak kecil.
"Tak sayang."
"Lagipun kalau awak bosan. Datang aje lah ofis saya. Saya suruh awak kerja nak?" Hanim menggelengkan kepala.
"Tak nak lah. Saya dah tak nak kerja. Saya nak duduk rumah aje. Goyang kaki. Kalau kerja nanti saya penat. Lagipun saya lebih suka habiskan duit awak daripada habiskan duit saya sendiri." Hanim tersengih tidak bersalah. Memang betul pun semua tu. Guna duit suami lagi best dari guna duit sendiri. Mikael menggelengkan kepalanya. Apa-apa aje lah. Asalkan isterinya gembira.
Terima kasih sudi baca<333
Saya kembali setelah lama menghilangkan diri✌QOTD
"Diam adalah bahasa terbaik untuk menjaga. Entah itu cuma sekadar kata mahupun rasa."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...