BAB 22

597 65 5
                                    

Tok. Tok. Tok.

Hanim memandang pintu biliknya yang tidak tertutup rapat. Pintu dikuak kecil dari luar.

"Hanim. Boleh umi masuk?" Teragak-agak Hanim mengangguk. Agak kekok sebenarnya bila duduk berdua dengan umi sendiri. Mereka berdua belum berbaik lagi tapi Hanim masih mencuba untuk menerima umi dan abi dalam hidupnya. Bukan mudah untuk dia terima mereka setelah apa yang mereka sudah lakukan pada dirinya. Tapi walau apa pun, mereka tetap ibu bapa dia.

Puan Hanan duduk di birai katil berhadapan dengan Hanim. Dia memandang wajah manis gadis itu. Ini lah gadis yang dia buang waktu masih bayi lagi. Hanya kerana tamakkan harta, dia sanggup membuang anak yang dikandungkannya selama sembilan bulan.

"Esok. Umi dengan abi dah kena balik." Hanim diam. Riak wajahnya berubah. Jujur dia katakan, dia ingin umi dan abinya tinggal bersamanya di sini. Marah memang marah, tapi dia ingin rasa lebih lama bagaiman mendapat kasih sayang dari ibu bapanya.

"Ouh." Hanim tidak tahu mahu membalas apa. Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Hanim. Umi nak minta maaf. Umi tahu umi salah. Umi tahu umi banyak sangat buat salah pada Hanim. Umi minta maaf sebab buang Hanim dulu. Umi terlalu tamakkan harta sampai buang anak umi sendiri. Umi minta maaf sangat-sangat. Umi dah menyesal. Tak apa kalau Hanim tak nak terima umi. Umi faham. Tapi, umi cuma mintak untuk Hanim maafkan umi. Umi rasa berdosa sangat dengan anak umi sendiri." Air mata wanita itu jatuh setitis demi setitis. Puan Hanan menunduk.

Hanim menyentuh wajah Puan Hanan. Puan Hanan memandang ke arah Hanim. Hanim tersenyum nipis. Air mata uminya dikesat lembut.

"Hanim... Hanim tak tahu nak cakap apa. Tipulah kalau Hanim tak sakit hati dengan apa yang berlaku dulu. Cuma... kalau Hanim benci umi dengan abi, Hanim akan rugi. Sebab siakan peluang untuk dapatkan kasih sayang daripada umi dengan abi." Air mata yang jatuh semakin lebat. Hanim tersenyum. Lambat-lambat dia memeluk tubuh uminya. Puan Hanan membalas pelukan anaknya.

Ya Allah. Syukurlah.

"Nak peluk jugak boleh?" Serentak mereka berdua memandang ke arah pintu bilik. Mereka serentak tersenyum. Hanim mendepakan tangannya lebih luas. Tuan Borhan mendekati mereka sebelum tubuh isteri dan anaknya dipeluk erat.

"Hanim teringin nak tengok keluarga kita bahagia macam keluarga orang lain." Hanim meluahkan rasa hatinya.

"Kita boleh mulakan dari sekarang." Hanim mengangguk. Pelukannya semakin dieratkan. Tak perlu lama-lama berdendam. Nanti yang sakitnya, dia juga. Lebih baik dia maafkan mereka. Pelukan dileraikan.

"Kalau ada adik mesti lagi seronok." Puan Hanan dan Tuan Borhan menunduk.

"Umi teringin nak peluk Hannah. Umi teringin nak jumpa dia. Kalau umi dapat jumpa Hannah, umi nak minta maaf dekat dia. Umi sanggup untuk melutut supaya dia maafkan kesilapan umi." Teresak-esak Puan Hanan menangis. Hanim menggenggam tangan uminya.

"Umi. Hanim yakin. Kalau Hannah ada sekarang, dia pasti maafkan umi dengan abi. Dia tu bukannya orang yang suka berdendam. Orang buat benda buruk pada dia pun, dia tetap akan maafkan." Ketika ini, Hanim teringat akan perbuatan Mikael pada adiknya. Ah! Tidak perlu diingat lagi pasal benda tu. Lagipun adiknya juga sudah maafkan Mikael.











Seminggu berlalu. Hanim tersenyum memandang skrin telefonnya. Dari tadi, senyuman tidak lekang dari bibirnya. Hari ini, hari minggu. Dia cuti. Jadi bolehlah dia berehat.

"Senyum. Senyum. Kau chat siapa ni?" Pelik Sarra melihat rakannya yang seorang itu.

"Mikael." Hanim menjawab sebelum dia tertawa kecil. Sarra mengangkat sebelah kening.

"Aku perasan tau. Sejak dua menjak ni kau selalu senyum." Hanim memandang Sarra sekilas.

"Aku nak senyum pun salah ke?" Sarra tersenyum kecil.

"Tak ada lah salah. Cuma aku pelik aje. Setiap kali Mikael chat kau, mesti kau tersenyum sorang-sorang. Kau suka dia ke?" Terhenti tangan Hanim dari menaip. Senyumannya mati. Dia suka... Mikael?

"Tak. Mustahil. Tak akan. Aku tak boleh suka dia. Dia suami adik aku." Terus Hanim matikan telefonnya. Chat Mikael hanya di seen.

"Hanim. Tak salah kalau kau nak suka dia. Jangan rasa serba salah dengan adik kau. Kau sendiri pernah kata dekat aku kan, yang adik kau pernah suruh kau gantikan tempat dia dalam hidup Mikael." Hanim memandang mata Sarra. Sarra tersenyum nipis. Cuba memberi keyakinan pada gadis itu.

Hanim terus memandang kaca TV yang menyiarkan cerita Tuan Danial yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Malaysia, Idris Khan dan Intan Najuwa.

"Tak. Aku tak suka dia. Aku tak boleh suka dia!" Sarra menggelengkan kepala.

"Hanim. Kau tahu kan yang kau tak pandai menipu. Lagi-lagi dengan aku. Kau tak kan boleh tipu aku. Aku kenal kau bukan semalam tau. Dah berapa tahun aku kenal kau. Mustahil untuk kau tipu aku." Sarra mengambil nafas.

"Jujur dengan aku. Kau suka dia?" Lengan Hanim disentuh. Hanim memandang Sarra disebelahnya. Dia mengangkat bahu.

"Tak tahu. Dia suami adik aku. Mustahil untuk aku suka dia. Dan kalau aku suka dia sekalipun, dia tak kan suka aku balik. Cinta dia hanya untuk Hannah." Sarra tersenyum. Dia dah agak. Hanim ada perasaan pada suami adiknya itu.

"Hanim. Adik kau dah tak ada. Nak tak nak, dia kena move on. Dia kena cari pengganti adik kau. Tak kan sampai ke tua dia nak menduda." Hanim diam. Tidak tahu ingin membalas apa.

"Bukanlah maksud aku nak suruh dia lupakan arwah adik kau. Tapi, dia tetap kena cari pengganti. Umur dia pun masih muda. Lainlah kalau umur dia 40 lebih. Kalau macam tu aku fahamlah kalau dia nak menduda." Sarra menggenggam tangan Hanim.

"Kau rasa dia suka kau?" Hanim mengangkat bahu. Manalah dia tahu. Dia bukan Mikael. Dia bukannya boleh baca isi hati orang.

"Tak tahu."

"Kau rasa? Dia suka kau tak?" Lagi sekali Hanim mengangkat bahu. Sumpah dia tak tahu.

"Tengok dari cara dia layan kau. Dia layan kau baik tak? Kau rasa dia suka kau?" Tiba-tiba Hanim teringat akan layanan Mikael yang berubah sedikit sejak dua menjak ni. Mikael menjadi lebih sweet. Dia menjadi gentleman, sweet talker. Kadang-kadang bagi Hanim pick-up line. Hanim tersenyum sedikit.

"Mungkin dia ingat aku ni Hannah." Senyumannya langsung mati. Sarra menjentik dahi Hanim.

"Cuba jangan fikir macam itu. Aku tanya ni. Layanan dia macam mana?"

"Okaylah. Baik lah juga. Dia jadi makin sweet sejak dua menjak ni." Sarra tersenyum.

"Itu maknanya. Kau ada peluang." Hanim mengerutkan dahi. Tak faham dengan apa yang Sarra maksudkan.

"Mungkin dia pun suka kau." Hanim tersenyum nipis.

"Tapi dia sayang Hannah." Lengan Hanim dipukul.

"Perasaan ni boleh berubah bila-bila masa aje tau. Jadi, tak mustahil kalau Mikael suka kan kau. Okay?" Hanim hanya mengangguk. Kata-kata Sarra asyik bermain di fikiran. Ada benarnya kata-kata kawannya itu. Hanim tersenyum nipis.

Terima kasih sudi baca<333

QOTD
"May our favourite people never turn into strangers."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now