Ting tong.
Ting tong.
Ting tong.
"Siapa pulak yang datang ni? Kau ada beli apa-apa barang ke?" Hanim menggelengkan kepalanya. Dia sudah beransur pulih.
"Kau duduklah sini sekejap. Aku nak tengok siapa yang datang." Hanim hanya mengangguk. Matanya terpaku pada skrin televisyen.
"Awak anak siapa?" Cikgu itu memandang anak muridnya penuh garang. Anak muridnya hanya menunduk. Enggan memandang tepat pada mata cikgunya.
"Saya tanya ni. Awak anak siapa? Anak dato? Anak Tan sri?" Penuh sinis cikgu itu bertanya.
"S-saya... anak yatim cikgu." Budak itu kelihatan mahu menangis. Cikgunya pula tergamam. Pasti dia rasa serba salah.
"Itu lah kau. Main marah aje budak itu." Dia rasa ingin mengutuk cikgu yang di dalam kaca TV itu, tapi dia macam tidak larat pulak.
"C-cikgu minta maaf. Cikgu tak tahu." Penuh rasa sesal pada wajah cikgu itu. Budak itu mengerutkan dahi.
"Kenapa cikgu minta maaf? Cikgu tak tahu apa?"
"Cikgu tak tahu kamu anak yatim. Cikgu minta maaf." Budak itu menggaru kepalanya. Muka bingungnya beransur pudar.
"Err... saya rasa cikgu dah salah faham ni. Nama bapak saya Yatim. Yatim Abdullah. Bukan saya anak yatim." Budak itu menerangkan perkara sebenar. Riak wajah cikgu itu sudah mula berubah. Daripada rasa serba salah, menjadi rasa kena tipu.
"Hahaha!" Meletus tawa Hanim. Terbahak-bahak dia ketawa.
"Uhuk, uhuk." Dia memegang lehernya. Sakit pula kerongkongnya.
"Hanim." Hanim memandang ke arah Sarra yang baru masuk ke dalam rumah. Sebelah kening di angkat.
"Kenapa? Siapa datang?" Sarra senyum mengusik.
"Ada orang nak jumpa kau dekat luar tu. Pergilah." Berkerut dahi Hanim.
"Siapa?" Sarra membuat isyarat menggunakan tangan menyuruh dia pergi. Hanim bangun dari duduk. Dia keluar dari rumah. Seseorang sedang berdiri di luar gate tanpa memandang ke arahnya.
"Iya?" Orang itu berpaling memandang Hanim. Hanim agak terkejut.
"Kau buat apa dekat sini?" Hanim menyoal dengan suaranya yang sedikit serak. Mikael tersenyum kecil.
"Nak bagi makanan. Mana tahu kau belum makan lagi." Mikael menghulurkan beg plastik kepada Hanim. Hanim mengambilnya. Dia melihat isi di dalam beg plastik itu. Senyuman terukir di bibirnya.
"Bubur Mc Donald." Hanim rasa teruja. Lama sudah dia tak makan bubur ni.
"Tak nak cakap terima kasih?" Hanim kembali memandang ke arah Mikael. Dia mengecilkan matanya.
"Ikhlas ke tak bagi bubur ni?" Mikael mengangguk.
"Mestilah ikhlas." Mikael menjawab dengan yakin.
"Aku pernah dengar tau. Kalau orang tu ikhlas, dia tak cakap yang dia ikhlas. Jadi, kau ni ikhlas ke tak?" Hanim menguji Mikael. Mikael diam seketika.
"Tak?" Teragak-agak dia menjawab. Kalau tak boleh cakap ikhlas, kena cakap tak ikhlas lah kan. Ke dia salah?
"Kalau tak ikhlas kenapa bagi?" Terkebil-kebil Mikael memandang Hanim.
"Kau yang cakap tadi kalau ikhlas tak boleh cakap. Jadi aku cakaplah tak ikhlas." Hanim terus bantai gelak. Lawak dengan perangai Mikael. Mikael mengerutkan dahi. Perempuan memang macam ini eh?
"Thank you." Mikael mengangguk.
"Sama-sama."
"Kau... dah okey ke?" Hanim melekapkan tangannya pada dahi. Masih panas tapi tidak sepanas pagi tadi.

YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...