Mikael masuk ke dalam ofisnya. Mukanya hanya tegang tanpa senyuman. Tidak seperti hari sebelumnya, dia rajin tersenyum.
"Bos." Lia rasa seram juga. Mood bosnya ini kelihatan tidak bagus.
"Hurm?" Dia memandang Lia. Dia tersenyum sedikit. Walaupun kelihatan tidak ikhlas di mata Lia.
"Saya tak buat air tau hari ini." Lia hanya beritahu. Lagipun hari sebelum-sebelum ni, dia memang tak buat air. Bos dah ada orang baru yang boleh buatkan air untuk dia.
"Okay." Dia menyambung langkah menuju ke bilik pejabatnya. Dia membuka pintu dan menutupnya rapat. Keluhan kecil dilepaskan.
Dia menuju ke meja kerjanya. Dia mengerutkan dahi melihat satu cawan yang berada di atas mejanya.
"Kata tak buat air." Lia tipu dia ke apa? Tapi, apabila melihat warna air di dalam cawan itu, dia boleh agak itu air milo. Maknanya, Hanim lah yang buat air. Bibirnya mengukir senyuman kecil.
Cawan itu dibawa ke bibirnya. Dia menyisip sedikit air milo itu. Semakin lebar senyumannya.
"Dah kenapa kau senyum ni Mikael?" Mikael bagai tersedar. Dia menggelengkan kepala. Cawan diletakkan semula di atas meja. Entah mengapa, dia masih mahu tersenyum.
"Kau letak apa dalam ni Hanim sampai aku tak henti-henti senyum? Kau bubuh racun ke dalam air ni?" Mikael ketawa kecil.
Mikael masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia memegang tengkuknya yang agak sakit. Lama juga dia dalam bilik mesyuarat tadi.
Dia duduk di atas kerusinya. Mata dipejam rapat. Kepala didongakkan ke atas. Rehat sekejap. Tali leher yang agak ketat dilonggarkan sedikit.
"Ehem." Mikael mengerutkan dahi. Bunyi macam orang berdehem. Tapi dia seorang saja dalam bilik ini. Ah! Mungkin dia berangan kut tadi.
"Ehem. Ehem. Ehem." Okay tiga kali orang itu berdehem. Mikael membuka matanya perlahan-lahan. Dia rasa nak marah. Siapa yang kacau dia waktu dia nak rehat ni? Panas betul hati dia.
Mikael memandang ke arah orang yang berdehem tu. Ouh, Hanim rupanya.
"Kau buat apa dekat sini?" Hanim mengangkat tuala kecil dan bulu ayam di kedua-dua tangannya. Mikael mengangguk. Tengah mengemas rupanya.
"Hanim." Hanim mengangkat sebelah kening.
"Mende?" Mikael memandang ke arah jam tangannya sebelum kembali memandang Hanim.
"Pukul 11.45 kau kejut aku. Aku nak tidur sekejap." Mikael terus menyandar pada kerusi. Matanya dipejam. Tidak lama kemudian, dia mula tertidur. Terkelip-kelip mata Hanim memandang Mikael. Dia menggelengkan kepala. Main suruh aje.
Hanim kembali melakukan tugasnya. Sesekali dia memandang ke arah Mikael yang tengah tidur.
"Kenapa kau sayang dia Hannah? Apa yang bagus sangat tentang lelaki ni? Aku tengok biasa aje." Lama dia merenung wajah Mikael. Setiap inci muka lelaki itu ditilik.
Wajah lelaki itu tidak terlalu bersih. Tapi masih tampan jika dilihat. Hidungnya pula agak mancung tapi tidak terlalu mancung. Bibir lelaki itu berwarna pink cair. Menandakan lelaki itu tidak pernah hisap rokok. Setiap lekuk bibir Mikael dia pandang. Air liur diteguk.
"Apa benda kau ni Hanim." Hanim ketuk kepalanya. Dia menggelengkan kepala berkali-kali. Dalam hati, dia beristighfar banyak-banyak.
Dia menyambung tugasnya yang tergendala. Dia rasa nak pandang wajah lelaki itu lagi.
"Jangan Hanim. Jangan." Dia menggelengkan kepalanya. Tapi dia tewas dengan hatinya sendiri. Dia memusingkan badan. Memandang lelaki itu. Mikael tiba-tiba mengerutkan dahi. Hanim memandang pelik.
"Mimpi ke dia ni?" Hanim mendekat. Dari tempatnya berdiri, dia dapat melihat dengan lebih jelas wajah Mikael. Dia memandang lagi setiap inci muka lelaki itu. Tanpa sedar, tangannya bergerak ingin menyentuh wajah lelaki itu.
"Kau nak buat apa?" Hanim membulatkan matanya lantas menarik tangannya semula. Dia memandang ke arah lain. Tak sanggup rasanya nak pandang wajah lelaki itu.
"Dah pukul 11.50 baru kau nak kejut ke?" Mikael memandang muka gadis itu. Dia rasa pelik.
"Kenapa muka kau merah?" Air liur rasa tersekat di kerongkong. Macam mana dia nak jawab ni?
"Panas. Malaysia kan panas." Mikael mengangkat sebelah kening.
"Tapi aku dah buka air cond." Hanim menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ke kau usha aku waktu aku tidur?" Laju Hanim menggeleng.
"Eeww. Geli. Tak ada masa aku nak usha kau. Dah lah tak handsome." Okay itu tipu. Kenyataannya Mikael agak kacak. Tapi kacak lagi Tom Holland.
"Kau dah siap kemas ke?" tanya Mikael sambil membetulkan kemejanya. Tali lehernya dibetulkan semula. Hanim mengangguk.
"Kenapa?"
"Lepasni aku ada mesyuarat dekat bilik aku. Kalau kau dah siap, boleh keluar?" Hanim mengangguk.
"Okay." Hanim berura-ura ingin pergi. Mikael memanggilnya.
"Hanim." Hanim berpaling. Kening diangkat.
"Aku tahu aku salah. Aku... nak minta maaf." Hanim diam seketika.
"Bukan dekat aku. Kau sepatutnya minta maaf dekat-" Mikael memotong percakapannya.
"Iya. Aku tahu. Aku sepatutnya minta maaf dekat Hannah. Tapi... dia dah tak ada. Macam mana aku nak minta maaf?" Hanim diam. Menunggu Mikael menyambung kata.
"Sebabtu aku minta maaf dekat kau. Mungkin kalau aku minta maaf dekat kau, Hannah akan maafkan aku juga. Maafkan aku Hanim." Dia memandang tepat ke arah mata hitam pekat lelaki itu. Mencari keikhlasan dan rasa sesal dalam mata itu.
Dia nampak semua itu. Tapi ada sesuatu yang pelik. Hati dia rasa lain. Jantungnya berdegup laju.
Dag~
Dig~
Dug~
Di dalam dada~
Jantung berdebar~
Lagu Dag Dig Dug yang dinyanyikan oleh penyanyi Haiza tiba-tiba bermain di fikirannya. Hanim tersedar.
"Hah, iya iya. Aku maafkan kau. Dah lah, aku pergi dulu." Tanpa berlengah, dia terus berlalu pergi. Pintu bilik pejabat Mikael dihempas kuat tanpa sengaja. Dia memegang dadanya.
"Ya Allah. Apa benda yang aku rasa ni?" Hanim menggelengkan kepalanya. Bibir bawahnya digigit.
"Are you okay?" Hanim mengangkat wajah. Dia kenal orang di hadapannya ini. PA Mikael. Lia.
"Hei. Are you okay?" Lia bertanya lagi. Risau pula dia dengan Hanim ni.
"Hah? Ouh. Iya, iya. Aku okay." Hanim menarik nafas lalu menghembusnya. Lia memandang pelik.
"Bos tak ada buat benda pelik kan?" Lia rasa curiga. Hanim laju menggeleng.
"Tak, tak. Dia tak ada buat apa-apa pun." Lia mengangguk walaupun dia masih rasa curiga. Kalau tak ada buat apa-apa, kenapa gadis di hadapannya jadi seperti ini?
"Boleh ke tepi sedikit? Saya nak lalu." Hanim tersedar. Dia memberi laluan kepada Lia untuk masuk ke dalam bilik pejabat Mikael.
"Maaf." Sempat dia memohon maaf sebelum berlalu pergi. Kepalanya dari tadi tak henti menggeleng.
"Teruklah kau ni Hanim." Dia memukul kepalanya sendiri. Tak ada lah kuat mana. Tapi dia tetap mengaduh sakit.
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"Aku yang berjuang dan aku juga yang terbuang."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...