BAB 3

772 72 22
                                    

Hanim memandang pantulan dirinya di cermin.

"I wake up every day. Like hello beautiful." Hanim menyanyi lantas dia ketawa kecil. Walaupun suaranya tidak berapa merdu, tapi dia kesah apa. Suka hati dia lah nak nyanyi ke tidak.

Tok. Tok. Tok.

Hanim memandang ke arah pintu bilik. Pintu bilik dibuka dari luar.

"Eh dah bangun. Wow, I is tak sangka." Hanim menggulingkan matanya ke atas. Bahasa English mana dia guna ni?

"Bisinglah kau. Hari ini aku nak pergi kerja." Dia tampak terkejut.

"Kau dah dapat kerja? Wow." Hanim tersenyum sinis.

"Nampak tak. Sehari aje tau aku cari kerja. Terus dapat." Sarra menggulingkan matanya. Menyampah kadang-kadang dengan Hanim.

"Alah. Nanti kau kena pergi interview dulu kan?" Hanim menggeleng.

"Siapa kata? Aku terus dapat kerja tau. Hari ini juga aku kerja." Hanim tersenyum bangga.

"Kau kerja apa?" Tertanya juga Sarra. Kerja apa yang Hanim dapat.

"Cleaner." Sarra terus ketawa terbahak-bahak. Hanim bereaksi biasa. Dah agak dah. Mesti kawan baiknya itu akan gelakkan dia.

"Hahaha! Cleaner aje? Hahaha!" Tak berhenti Sarra ketawa.

"Apa? Salah ke? Aku buat kerja haram ke? Tak kan?" Sarra menggelengkan kepala. Dia menghabiskan sisa tawanya.

"Hina sangat ke kerja cleaner ni sampai kau gelakkan aku." Dia terdiam. Sarra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Wei. Aku bukan hina kerja baru kau ni. Tapi... tapi..." Dia tidak tahu bagaimana mahu berkata-kata.

"Kerja cleaner ni kerja yang halal. Orang ramai perlekehkan kerja ni. Tapi diorang tak tahu. Tanpa orang yang kerja cleaner ni mungkin tempat persekitaran yang diorang duduk tu kotor. Lepastu nanti mulalah merungut dan salahkan cleaner sebab tak buat kerja."

"Iya, iya. Tahu lah. Dah, dah. Pergi kerja sana." Sarra menghalau. Nanti makin lama, makin panjang pula bebelan si Hanim ni.

"Hmm. Aku pergi dulu." Sarra mengangguk.

"Nak aku hantar tak?" Hanim menggeleng.

"Tak apa. Tak payah. Aku boleh pergi sendiri." Sarra mengangguk. Orang dah offer, dia yang tak nak. Lantak Hanim lah.

"Saya datang nak jumpa Mikael." Hanim terus sahaja berkata sebaik sahaja dia berada di hadapan kaunter.

"Mikael? Bos?" Hanim hanya mengangguk. Iya lah kut bos. CEO tu bos kan?

"Atas urusan?" Perempuan yang menjaga kaunter itu memandangnya atas bawah. Hanim mengerutkan dahi. Pakaiannya ditilik. Apa? Salah ke dia pakai baju T-shirt? Tak boleh ke?

"Kerja. Kalau tak percaya, boleh tanya dia sendiri." Dan seperti diagak perempuan itu tidak mempercayai Hanim.

"Hello, cik Lia. Ada orang nak jumpa dengan bos. Dia kata atas urusan kerja."  Perempuan itu memandang Hanim kembali.

"Nama?"

"Hanim." Hanim menjawab. Perempuan itu bercakap di telefon lagi. Dia mengangguk-angguk sebelum kembali meletakkan telefon.

"Naik lif ke tingkat 50. Sampai sahaja di sana, cari PA bos. Puan Lia." Hanim hanya mengangguk.

"Terima kasih." Perempuan itu mengangguk. Hanim menaiki lif sehingga sampai ke tingkat 50. Dia terus keluar sebaik sahaja lif terbuka.

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now