"Eh. Kau tak kerja dekat 7 Eleven pula malam ni?" Hanim menggeleng. Hari ni dia minta cuti. Penat sikit. Rasa tak sihat pun ada.
"Kau okay?" Sarra dipandang sekilas sebelum dia mengangguk.
"Aku naik dulu." Sarra diam memandang. Kawannya itu nampak penat. Biarlah dia berehat. Penatlah tu dengan kerjanya.
Hanim menutup pintu biliknya. Badan direbahkan di atas katil. Hari ni rasa terlebih penat pula. Tak macam hari-hari yang sebelum ni. Mungkin kerana hal siang tadi. Semuanya sudah jelas sekarang. Dia malas dah nak berdendam. Cukuplah dia berdendam dengan ibu bapanya yang pernah nak nampak dia. Macam dia ni tidak wujud di muka bumi ini.
Anak sendiri meninggal pun, mereka berdua tidak datang. Sibuk dengan kekayaan mereka yang tidak seberapa itu. Macamlah harta tu akan dibawa masuk ke dalam kubur.
"Haih." Dia mengeluh kecil. Ada sesuatu yang dia tak bagitahu Mikael tadi. Dan baginya, benda itu tidak penting pun. Perbualan di antara dia dengan Hannah kembali bermain di fikiran.
"Adik nak minta sesuatu dari akak boleh?" Mereka berbual di telefon. Memandangkan sebentar sahaja lagi Hannah akan dibawa ke dalam bilik pembedahan. Jauhar sekarang sedang berada di luar. Hannah yang minta Jauhar keluar.
"Apa dia?" Hanim menyoal.
"Andai kata Allah tarik nyawa adik dalam bilik pembedahan nanti, adik nak akak ganti tempat aku." Hanim mengerutkan dahi.
"Apa?" Hanim menyoal lagi.
"Jagakan Mikael untuk adik." Hanim diam seketika.
"Tak nak." Dia tak nak jaga Mikael bagi pihak adiknya.
"Akak. Tolonglah." Hanim menggelengkan kepalanya walaupun Hannah di hujung talian tidak nampak.
"No! Kau jaga dia sendiri. Aku tak nak jaga laki kau." Hannah mengeluh.
"Akak. Akak jangan berdendam dengan dia lagi tau. Dia baik kak. Serius. Akak kena percayakan adik." Sehingga ke akhirnya, Hannah tetap memandang positif.
"Dia curang." Hanim mengatakan fakta.
"Tak akak. Dia tak curang. Dia cuma nak tolong kawan dia aje." Hanim tersenyum sinis.
"Cari lah orang lain. Kenapa mesti laki adik aku sendiri?" Hannah tersenyum nipis.
"Adik nak tengok dia bahagia kak. Boleh akak tunaikan permintaan adik untuk kali terakhir? Bahagiakan dia. Maksud adik, kahwinlah dengan dia. Bahagiakan dia." Mudahnya Hannah meminta.
"Perempuan tu kan ada." Hanim membalas.
"Adik dapat rasakan yang mereka tidak akan berkahwin. Jadi, boleh adik minta untuk akak gantikan tempat adik. Buat dia cintakan akak dan lupakan adik." Hanim ketap rahang. Geram dengan adiknya sendiri.
"Kau jangan macam ni dik. Aku tak kan buat permintaan kau tu. Aku tak kan tunaikan." Keras nada suara Hanim. Bukan dia tidak setuju dengan permintaan Hannah. Cuma, dia lebih inginkan jika Hannah yang berbahagia bersama Mikael. Dalam erti kata lain, dia nak Hannah teruskan hidup.
"Please akak." Pada saat ini, Hannah rasa hanya kakak dia seorang sahaja yang mampu untuk menjaga hati Mikael. Entah mengapa dia berfikir bergitu.
"Sekejap lagi aku sampai hospital. Kau rehatlah. Jangan fikir banyak benda. Dan lagi satu. Jangan tinggalkan aku. Aku dah tak ada orang lain selain kau." Hanim berpesan. Hannah tersenyum di hujung talian.
"In syaa allah." Panggilan putus. Tanpa sedar, air mata Hanim jatuh setitis. Sungguh. Dia tak nak kehilangan adiknya. Cukuplah ibu bapa dia sudah buang mereka. Dia sudah kehilangan orang tua, dan dia tak nak hilang Hannah kali ini.
Bas ni pun satu. Waktu dia nak cepat sampai ke hospital lah, pemandu bas ni bawak perlahan. Jangan sampai dia ambil alih tempat pemandu ni.
Tiba sahaja dia di hospital dia terus mencari bilik pembedahan Hannah. Dia bergerak tanpa hanti. Dia langsung tidak terfikir untuk tanya pada nurse di situ. Apa yang dia tahu hanya Hannah. Dia nak adik dia.
Langkah kakinya mendadak terhenti. Raungan dan tangisan menjadi satu. Hanim teguk air liur yang rasa tersekat di kerongkong. Perlahan-lahan kaki dia melangkah mendekati keluarga yang sedang menangis itu. Tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh.
Lelaki yang menangis itu jatuh terduduk. Dia tidak bodoh untuk tidak mengetahui apa maksudnya. Tapi dia memerlukan kepastian. Air matanya mula bertakung.
"Tak. Tak. Isteri aku masih ada. Aku nak isteri aku. Mana isteri aku?" Raungan Mikael membuatkan dia sedar. Satu-satunya adik kandung dia sudah tiada. Air matanya mula jatuh. Dari setitis sehingga menjadi lebat. Mulut ditekup dengan tangan.
Dia tak percaya. Hannah dah tiada? Mustahil. Baru sebentar tadi dia berbual dengan adiknya di telefon. Mengapa? Ketika dia baru ingin rasa gembira sedikit dengan adiknya, tuhan mengambil Hannah. Dia... tak layak bahagiakah?
Dia melangkah pergi. Tak sanggup. Dia rasa lemah. Tubuhnya disandar pada dinding. Nafasnya menjadi tidak teratur. Sebab itu dia tak suka menangis. Jika dia menangis, dia bagai mendapat anxiety. Tangannya mula menggeletar. Begitu juga dengan kaki. Dia menjadi sukar bernafas. Berpeluh satu badan dia.
"Allahuakbar." Dia mencuba untuk tenang. Tapi dia tak berdaya.
"Cik?" Seseorang berdiri di hadapannya. Dia memandang wajah lelaki itu. Hanya memandang tanpa bersuara. Tiada kekuatan untuk bertanya siapakah dia.
"Cik buat apa dekat sini? Ini kawasan larangan. Cik tak boleh duduk dekat sini." Hanim mengangguk. Dia terus pergi dari tempat itu. Ya Allah. Hatinya rasa sakit. Jiwanya bagai sudah mati.
Tok.
Tok.
Tok.
Lamunannya terhenti di situ. Pintu yang diketuk dari luar dipandang.
"Apa?" Hanim menyoal. Dia tiada mood ketika ini.
"Aku keluar sekejap tau." Sarra hanya bagitahu. Mana tahu nanti Hanim cari dia, dia tiada di rumah. Risau pula kawannya itu nanti.
"Hmm. Okay." Hanim membalas. Rasa sunyi seketika. Siling putih biliknya ditenung lama. Kali pertama dia melihat wajah adiknya adalah ketika membaca majalah. Dia bukanlah seorang yang suka baca majalah. Tapi disebabkan dia bosan pada hari itu, dia membaca majalah sehingga terjumpa gambar adiknya.
Pada mulanya, dia tidak tahu itu adiknya. Tapi bila dia tenung gambar Hannah, dia rasa lain. Mata Hannah juga hampir sama dengannya. Dan ketika itu, dia sedar. Dia ada seorang adik perempuan. Lagi-lagi bila dia lihat nama penuh Hannah. Lagi kuat hatinya mengiyakan. Dan dia rasa teruja. Sangat teruja untuk bertemu dengan adiknya.
Dia tak sangka. Dia ada seorang adik perempuan. Cantik sangat. Jelita. Hingga dia sendiri pun boleh terpaku melihat gambar adiknya.
Hanim tersenyum nipis. Mengingatkan itu membuatkan hati dia rasa sebak. Tapi ada sesuatu yang menganggun fikirannya. Tentang permintaan terakhir Hannah. Untuk tunaikan permintaan adiknya itu, memang mustahil. Dia tidak cintakan Mikael. Jadi, bagaimana dia ingin berkahwin dengan Mikael. Adiknya itu tidak berfikirkah sebelum berkata-kata?
Badan Hanim rasa melekit. Dia bangun. Tuala dicapai dan dibawa bersama ke dalam bilik air.
Terima kasih sudi baca <333
Agak merepek dan... hambar🙃QOTD
"Aku terlalu menginginkan mu sehingga aku lupa bahawa ada orang lain yg kau inginkan."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...