BAB 27

630 63 1
                                    

"Aku dah putus tunang." Hanim menepuk tangannya kuat.

"Bagus-bagus. Ini baru betul. Tak payah kau tunggu lagi jantan tak guna tu." Sarra tersenyum nipis.

"So, kau single lah ni?" Sarra mengangguk.

"Nak aku kenalkan kau dekat siapa-siapa tak? Aku boleh tolong." Sarra menggelengkan kepalanya.

"Baru berapa hari putus tunang. Tak kan terus nak cari pengganti. Nanti orang kata apa pulak." Hanim mengangguk. Ada betulnya juga.

"Lagipun aku dah lama tak hidup single. Iya lah, selama ni kan asyik pegang status bertunang aje. Jadi waktu aku masih single ni, aku nak bebas sebebas-bebasnya. Aku nak usya jantan-jantan dekat luar sana. Kikis harta diorang." Sarra ketawa kecil diikuti dengan Hanim.

"Kau ni pun. Agak-agaklah sikit." Sarra tersengih.

"Kau tu hah." Hanim mengangkat sebelah kening.

"Kenapa dengan aku?" Biskut ditangannya dicelup ke dalam air teh. Dalam beberapa saat, dia keluarkan semula dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Bila nak kahwin?" Hanim tersenyum malu-malu.

"Hujung bulan ni in syaa allah." Sarra tersenyum.

"Tak bertunang ke?" Hanim menggelengkan kepalanya.

"Mummy kata tak payah bertunang. Kahwin aje terus. Senang." Sarra mengangguk.

"Mummy?"

"Siapa mummy?" Berkerut dahi Sarra. Setahu Sarra, Hanim hanya mempunyai satu ibu sahaja. Itu pun tidak termasuk mak angkat Hanim ketika dia masih kecil.

"Mummy Mikael. Dia suruh aku panggil dia mummy. Aku panggil aje lah." Sarra mencucuk-cucuk lengan Hanim.

"Cie, belum kahwin dah pandai panggil mummy eh," usik Sarra. Hanim ketawa.

"Biarlah. Aku kan bakal menantu dia." Hanim mengimbas rambutnya kebelakang. Sarra menggulingkan matanya.

"Eleh beracah."

"Mak bapak kau dah tahu?" Hanim mengangguk.

"Dah. Diorang dah tau dah. Beberapa hari lepas aku dengan Mikael ada datang rumah diorang. Alhamdulillah lah diorang setuju." Dia bersyukur sangat kerana setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Harapnya semua akan terus berjalan dengan lancar sehingga ke hari perkahwinan mereka berdua.






Mikael merenung ke luar jendela. Dari tadi dia hanya termenung. Rambut diraup ke belakang. Mikael memejam matanya. Keluhan kecil terlepas dari bibir lelaki itu.

"Betul ke apa yang aku buat ni Ya Allah?" Dia bersoal sendiri. Mata kembali dibuka. Mikael memandang ke arah frame di atas meja di sebelah katilnya. Gambar dia dengan Hannah di butik pengantin. Mikael ingat lagi. Waktu itu, Hannah beria-ria mahu mencari baju pengantin untuk dia dengan Lia. Tapi perkahwinannya tidak jadi sama sekali.

Frame di atas meja itu diambil. Diusap gambar itu penuh lembut. Frame didekatkan pada bibir. Mikael mencium gambar Hannah.

"I miss you, sayang." Air mata Mikael mula bertakung. Betullah orang kata, rindu itu berat. Tapi lagi berat jika rindu pada orang yang sudah tiada. Air matanya mengalir setitis.

"Kalau waktu boleh diputar semula, abang pasti akan jaga sayang. Abang tak kan sakitkan hati sayang. Dan waktu tu, mesti kita akan hidup bahagia. Kan sayang?" Setitis demi setitis air matanya mengalir di pipi.

"Maafkan abang sayang." Dia mencium sekali lagi gambar Hannah.

"Abang minta maaf sangat-sangat." Mikael menunduk. Air matanya mengalir lebat. Dia hanya membiarkan air matanya mengalir tanpa ada rasa ingin lap.

"Hannah sayang. Sayang tak rindu abang ke? Abang rindukan sayang." Dia baring di atas katil secara mengiring. Erat Mikael memeluk frame gambar dirinya dengan Hannah. Tidak lama kemudian, dia tertidur bersama linangan air mata.









Batu nisan yang terukir nama Hannah Issabell binti Borhan itu diusap lembut. Dia baru sahaja selesai membaca surah Yasin untuk arwah isterinya. Senyuman terbias di wajah Mikael.

"Assalamualaikum isteri abang." Sambil itu, Mikael membersihkan sedikit kawasan kubur Hannah.

"Macam mana hari ini? Sihat?" Rasa sedikit kecewa apabila tiada Hannah yang menjawab soalannya.

"Abang harap sayang sihat dekat sana." Mikael diam seketika.

"Abang minta maaf sebab dah semakin jarang jenguk sayang. Sayang jangan marahkan abang tau." Mikael tersenyum nipis. Dia mengambil nafas dalam. Mencari sedikit kekuatan untuj dia meneruskan kata-katanya.

"Sayang. Salah ke keputusan yang abang buat ni?"

"Patut ke abang teruskan perkahwinan abang dengan kakak sayang? Sayang marah ke kalau abang kahwin dengan dia? Atau sayang nak abang batalkan perkahwinan kami?" Tiada balasan. Mikael memghembus nafas.

Telefon yang bergetar di dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Mikael memang silent kan telefonnya ketika dia berada di tanah perkuburan. Itu hanya untuk hormatkan semua yang berada di sini. Sama ada yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia.

Terpapar nama Hanim di skrin telefonnya. Dia tidak menjawab panggilan itu.

"Tengok. Kakak sayang dah telefon abang dah." Mikael ketawa kecil.

"Sayang. Abang balik dulu tau. Kalau ada masa, abang datang lagi." Batu nisan diusap lembut.

"Sayang tunggu abang dekat sana tau. In syaa allah, kita akan sama-sama masuk ke dalam syurga Allah." Mikael rasa sebak. Dia terlalu berharap untuk masuk ke dalam syurga Allah. Walhal dia sedar, dia terlalu banyak dosa. Sama ada pada Allah mahupun manusia.

"Abang balik dulu sayang."

"Assalamualaikum." Batu nisan itu dicium Mikael. Kubur isterinya dilihat untuk kali yang terakhir sebelum dia berlalu pergi. Sampai sahaja di dalam kereta, dia menelefon Hanim. Tidak sampai 10 saat, panggilannya bersambung.

"Hello." Hanim memulakan perbualan.

"Hello assalamualaikum." Mikael memberi salam.

"Waalaikumsalam." Hanim menjawab salam itu.

"Kenapa call?" Mikael menyoal.

"Erm, kau tak ada dekat ofis ke?" Mikael mengangkat sebelah kening.

"Tak. Aku ada dekat luar. Kenapa?" Diam. Tiada suara dari hujung talian.

"Hanim?" Mikael memanggil.

"Tak. Tak ada apa-apa lah." Berkerut dahi Mikael.

"Hanim. Bagitahu aku cepat. Kenapa? Kenapa kau tanya?" Mikael memaksa. Hanim seperti ada sesuatu yang dia inginkan.

"Erm. Tak ada lah. Tak ada apa-apa. Serius." Hanim masih lagi mengelak.

"Hanim sayang." Kedengaran lembut tetapi tegas. Hanim sudah tersipu malu apabila Mikael memanggilnya dengan panggilan sayang.

"Tak ada lah. Aku ingat nak ajak kau lunch. Tapi, dah kau tak ada dekat ofis tak apa lah. Aku lunch dengan orang lain aje lah." Mikael tersenyum kecil.

"Tak payah. Aku balik ofis sekarang. Kau tunggu aku. Sekejap lagi aku sampai. Kita lunch sama-sama." Hanim dihujung talian sudah tersenyum lebar.

"Okay." Ceria Hanim membalas. Mikael ketawa kecil.

"Aku tutup dulu. Sekejap lagi aku sampai." Mikael menutup panggilan telefon. Enjin kereta dihidupkan. Dia memandang ke arah tanah perkuburan untuk kali terakhir. Mikael tersenyum nipis.

"Jumpa lagi sayang." Kereta yang dipandu Mikael meluncur laju di atas jalan raya.

Terima kasih sudi baca<333

QOTD
"Always be careful with our words. Remember! A words spoken is past recalling. You can't turn it back. It can only be forgiven, not forgotten."

CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]Where stories live. Discover now