Hanim melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi yang memang disediakan di taman itu. Kakinya yang tidak mencecah tanah diayunkan ke hadapan dan ke belakang.
Dia memandang ke arah tasik di hadapannya. Orang lain yang berada di tasik ini langsung tidak dihiraukan. Dia berada di dalam dunianya sendiri.
Sejak kebelakangan ini, sering kali dia termenung seorang diri. Masalah yang membelenggu dirinya membuatkan dia rasa susah hati. Hanim menghela nafas kasar.
Hanim mendongak ke atas. Memandang langit yang semakin cerah. Tetapi berbeza dengan hati dan jiwanya yang semakin gelap.
"Hari ini dia keluar." Dia yang dimaksudkan ialah Mikael.
"Mesti dia tengah bersiap-siapkan." Hanim tersenyum kecil. Terasa kelatnya.
Bunyi deringan telefon menyentakkam dirinya. Dia memandang telefonnya yang berada di dalam genggaman. Tertera perkataan mummy pada skrin telefonnya.
Hanim menarik nafas dahulu sebelum dia mengangkat panggilan daripada Puan Marisa. Butang hijau diseret ke tepi. Telefon dilekapkan pada telinga.
"Assalamualaikum." Hanim memberi salam terlebih dahulu.
"Waalaikumsalam. Hah, Hanim. Mana kamu? Tak datang ke hari ni? Kamu tahu kan Mikael keluar hari ni?" Hanim mengangguk walaupun Puan Marisa yang berada di hujung talian tidak boleh nampak.
"Iya. Hanim tahu." Lemah sungguh nada suara Hanim.
"Kenapa tak datang Hanim? Tak nak teman Mikael ke dekat sini?" Hanim diam seketika. Tidak menjawab soalan Puan Marisa.
"Hanim... Hanim takut dia tak selesa kalau Hanim ada dekat sana. Kalau Hanim ada dekat situ nanti, tak pasal-pasal dia marah pulak. Hanim tak nak macam tu. Dia kan baru je nak baik." Hanim menunduk memandang sebelah tangannya yang mencengkam kain seluar.
Puan Marisa mengeluh kecil. Tergeleng-geleng kepala mendengar kata-kata Hanim. Hendak disalahkan si menantu, tak boleh. Dia salahkan si anak sahajalah. Sibuk sangat nak buat surprise untuk bini.
"Tak ada lah. Mikael tak kan marahkan kamu. Kamu datang je lah ke sini. Teman kami semua." Hanim menggenggam tangannya. Andai dia boleh datang ke sana, sudah pasti dia datang. Tapi dia tak kuat nak hadap suaminya.
Kalau dia datang pun, mesti kena halau. Jadi, apa gunanya dia datang ke hospital semata-mata untuk Mikael.
"Tak apa lah mummy. Hanim tunggu dekat rumah je." Puan Marisa menghela nafas kecil. Mikael yang sedang bersiap dijelingnya sekilas. Geram betul dia dengan Mikael ni. Tak cukup ke sakitkan hati isteri sendiri?
"Dah kalau Hanim cakap macam tu. Tak apa lah. Hati-hati dekat rumah tu. Kamu tu dah lah seorang diri dekat rumah tu. Nanti mummy balik ye." Hanim tersenyum nipis.
"Baik mummy." Baru sahaja Puan Marisa ingin menutup panggilan telefon, Hanim memanggilnya.
"Mummy." Puan Marisa tidak jadi untuk menutup panggilan.
"Iya?" Jeda seketika. Hanim mengambil nafas.
"Hati-hati balik tu. Cakap dengan Jauhar bawak kereta tu hati-hati. Jangan bawak laju-laju. Hanim tak nak pisang berbuah dua kali." Kejadian Mikael kemalangan kembali terlayar di fikirannya. Dia tak sanggup untuk laluinya peritnya kehidupan tanpa Mikael disisinya untuk kali yang kedua.
"Iya lah."
"Mummy." Sekali lagi Hanim memanggil.
"Hanim sayang mummy tau. Hanim sayang Mikael. Hanim sayang Melisa. Hanim sayang Jauhar. Hanim sayang semua orang. Ingat tu tau mummy." Puan Marisa tersenyum kecil.
"Iya Hanim. Mummy pun sayangkan kamu. Mummy letak dulu ye. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Talian putus. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke atas riba. Dia mendongak memandang langit. Sebelah tangan memegang dadanya.
"Kenapa hati aku rasa tak sedap Ya Allah." Semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
"Macam mana mummy? Dia datang tak?" Melihat dari sepasang mata itu, jelas kelihatan Mikael sedang berharap. Puan Marisa menggelengkan kepalanya.
"Tak datang. Kamu punya pasal lah ni Mikael. Sebab kamu lah dia tak nak datang tau. Katanya takut kamu halau dia." Puan Marisa memukul belakang badan Mikael.
"Eee. Geram betul aku dengan budak ni lah." Mikael menggosok belakang badannya. Dia baru aje baik, nanti tak pasal-pasal dia masuk wad lagi sebab mummy pukul.
"Mummy tak paksa dia datang ke? Mika dah rindu dia ni." Puan Marisa menjeling anak lelakinya.
"Hah. Tahu pun rindu. Dah tahu rindu tu, pergilah berterus terang dengan dia yang kamu dah ingat. Ini tidak, acah nak bagi surprise lah. Apa lah. Ada yang kena sekeh dengan mummy nanti." Mikael menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal.
Aduh. Kena bebel pulak dah.
"Iya mummy. Okay. Mika tahu Mika salah. Berhenti membebel okay? Mika baru baik ni mummy. Tak kesian ke dekat Mika?" Muka sengaja dibuat-buat kasihan. Kasihan akan nasib diri sendiri.
"Huh kamu tu. Kalau tak dibebel mana kamu nak dengar." Mikael hanya tersengih. Dia tidak tahu nak beri reaksi apa.
"Mummy. Kita dah boleh keluar. Jauhar dah settlekan semuanya." Puan Marisa mengangguk.
"Dah jom kita gerak." Mikael melihat sekeliling bilik wadnya untuk kali terakhir. In syaa allah ini kali terakhir dia masuk dalam ni. Tak ingin dia masuk dalam wad lagi. Sudah serik.
Skrin telefonnya dilihat. Berkerut dahinya melihat nama pada skrin telefon. Ikon hijau digesek ke tepi. Panggilan bersambung.
"Hello. Assalamualaikum." Orang di hujung talian memulakan bicaranya.
"Waalaikumsalam." Bibir ditahan daripada tersenyum. Rindu pula nak dengar suara buah hati dia ni. Siapa lagi kan kalau bukan Hanim?
"Awak balik kan hari ni?" Mikael memandang ke luar tingkap kereta.
"Iya. Kenapa tak datang?" Hanim diam seketika.
"Saya takut awak halau saya. Itu je." Mikael menggelengkan kepalanya. Takut betul Hanim dengan dia ye.
"Saya tak marah, Hanim."
"Maaf sebab tak datang jemput awak. Saya tunggu awak dekat rumah tau. Balik elok-elok. Jangan kemalangan lagi." Kata-kata Hanim kedengaran seperti gurauan. Tetapi hanya Hanim yang tahu bahawa dia benar-benar maksudkannya. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Tak sanggup.
"Iya. Abang akan ingat pesan Hanim itu." Mikael menunggu reaksi daripada Hanim. Lama Hanim diam sebelum dia kembali bersuara.
"A-awak dah ingat saya? Awak dah ingat saya Mikael?" Mikael tergelak kecil.
"Iya. Saya dah ingat awak." Kedengaran esak tangis di hujung talian.
"Awak tipu saya. Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal? Kalau saya tahu awak dah ingat, saya pasti akan datang ke hospital." Sekarang ini, dia rasa ingin memeluk Hanim sahaja. Tidak sanggup dia mendengar suara tangisan isterinya.
"Tak apa. Kita jumpa dekat rumah eh?" Mikael memberi ayat pujukan.
"Hmm. Awak balik cepat-cepat tau. Saya nak masak untuk awak."
"Iya."
"Bye. I love you." Senyuman Mikael lebar sehingga ke telinga.
"I love you too." Dia sudah tidak peduli dengan orang-orang yang ada di dalam kereta ini. Nak muntah ke apa... Dipersilakan.
Terima kasih sudi baca <333
QOTD
"Life is the most difficult exam. Many people fail because they try to copy otherd, not realizing that everyone has a different question paper."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...