"Malam ni." Mikael menggantung ayat. Hanim mengangkat keningnya.
"Malam ni apa?" Cakap tu kasi habis lah. Jangan gantung-gantung. Dia pula yang geram.
"Aku nak bawak kau jumpa keluarga aku." Hanim terbatuk kecil. Terkelip-kelip matanya memandang ke arah Mikael. Lelaki ni main-main ke? Tapi, melihat wajah lelaki itu, rasanya ini bukan gurauan.
"Tapi... aku tak sedia lagi." Hanim menunduk.
"Kau tak sedia nak kahwin dengan aku?" Hanim menggelengkan kepalanya.
"Tak. Bukan macam itu. Aku cuma tak sedia nak jumpa keluarga kau. Kalau ibu kau marah aku macam mana? Kalau dia garang macam mana? Kalau dia tak terima aku macam mana?" Terlalu banyak yang Hanim khawatirkan.
"Jangan risaulah. Mummy aku baik. Dia tak garang pun. Dia mesti akan terima kau. Don't worry okay?" Lambat-lambat Hanim mengangguk. Apa yang dikatakan Mikael masih lagi tidak dapat membuatkan rasa gusar di hatinya hilang.
"Tapi... tak rasa cepat sangat ke?" Baru seminggu selepas Mikael lamar dia secara tiba-tiba. Hari ini dah kena jumpa bakal mak mertua.
"Tak." Selamba Mikael membalas.
"Kau masih takut eh?" Mikael tersenyum kecil.
"Mestilah. Gila kau tak takut." Mikael ketawa kecil.
"Tak perlu risaulah. Aku kan ada dengan kau nanti." Hanim hanya mengangguk. Rasa gusarnya hilang sedikit.
"Dah lah. Aku keluar dulu. Nanti kalau aku stay dalam bilik kau lama-lama, orang fikir apa pulak. Tak pasal-pasal aku kena cop curi tulang." Hanim sudah bangun dari duduk.
"Okay. Hati-hati buat kerja. Jangan penat sangat." Mikael berpesan dengan senyuman manisnya. Hanim membalas senyuman Mikael.
"Okay." Hanim keluar dari bilik Mikael. Mikael tersenyum sendiri sebelum matanya tertancap pada frame gambarnya dengan Hannah. Automatik, senyumannya mati. Dia tak akan menyesal kan?
"Kau ada nampak tak tadi?" Hanim hanya mendengar orang berbual di dalam tandas. Ketika itu dia sedang mengelap cermin tandas di bahagian hujung.
"Nampak apa?" Kawannya yang lagi seorang bertanya.
"Alah. Kan ada perempuan masuk bilik bos tadi. Itu ex bos kan. Sebelum dengan arwah Puan Hannah." Hanim memasang telinga. Dia ni memang suka dengar orang bergosip. Lagi-lagi kalau melibatkan Mikael. Mesti dia akan ambil tahu.
"Eh kau biar betul. Tak baik menuduh." Kawannya itu memukul lengan kawannya yang lagi sorang.
"Betul lah. Kan bos pernah bercinta dengan pelakon terkenal tu. Apa nama dia? Hah, Melisa. Dia lah yang aku nampak tu." Hanim menggenggam kuat tuala kecil ditangannya. Rasa panas hati dia mendengar mereka berdua berbual.
"Kau rasa diorang bercinta balik ke? Iya lah. Kan Puan Hannah dah tak ada." Tidak betah duduk di situ, Hanim melangkah pergi. Sakit sungguh hatinya mendengar. Mikael tu tak berubah lagi ke?
"Ingatkan dah berubah. Rupanya sama aje." Hanim menghentak-hentak kakinya. Terlalu geram dengan Mikael. Rasa nak menangis pun ada. Tak kan Mikael curang lagi?
Pintu bilik pejabat Mikael ditenung dari jauh. Dalam itu mesti ada perempuan tu kan? Apa jadi kalau dia serbu bilik Mikael sekarang? Hanim menggelengkan kepalanya.
"Jangan buat malu kau Hanim." Hanim memandang lagi pintu bilik itu. Kenapalah pintu bilik Mikael bukan kaca. Kalau tak mesti dia boleh nampak apa yang mereka berdua lakukan di dalam sana.
"Haih Hanim. Lama tenung bilik bos. Kenapa?" Terkejut Hanim. Dia memusing ke arah kanannya. Lia.
"Eh tak ada lah. Mana ada." Tuala kecil tadi dilap pada dinding di sebelahnya. Lia ketawa kecil. Hanim tersedar. Dia memejam mata. Rasa nak sorok dalam tong sampah aje sekarang ni.
"Dah kenapa pergi lap dinding tu? Dinding tu tak kotor pun." Lia ketawa kecil. Hanim menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Ouh. Tadi... itu hah. Apa tu? Ermm dinding ni tadi ada habuk. Itu yang pergi lap tu." Alasan yang dia bagi tu masuk akal kan? Lia menggelengkan kepalanya.
"Agak-agak lah nak bagi alasan pun." Dua cawan yang Lia pegang dihulurkan kepada Hanim. Hanim mengangkat sebelah kening.
"Huh? Kenapa? Nak bagi aku minum ke?" Lia tersenyum kecil. Terhibur dengan perangai Hanim. Dia menggeleng kecil.
"Bukan. Ni untuk bos dengan perempuan dekat dalam tu. Ni air diorang. Pergilah hantar." Hanim menggelengkan kepalanya.
"Asal aku pulak yang kena hantar? Tak nak aku." Lia tersenyum senget.
"Serius tak nak?" Hanim menggelengkan kepalanya.
"Tak nak tahu ke siapa perempuan dalam bilik bos?" Hanim terdiam. Lia tersenyum kecil. Kedua-dua cawan dihulurkan kepada Hanim. Tanpa kata, Hanim mengambil cawan itu.
"Aku hantar dulu." Lia hanya mengangguk. Hanim teragak-agak ingin mengetuk pintu bilik Mikael.
"Ah! Ketuk aje lah. Aku nak hantar air aje pun." Hanim mengambil nafas sebelum pintu bilik Mikael diketuk.
Tok. Tok. Tok.
"Masuk." Setelah mendapat kebenaran, dia membuka pintu bilik pejabat Mikael. Dia masuk ke dalam. Matanya terlekat pada tubuh seorang gadis yang duduk membelakanginya. Mikael pula tersenyum manis ke arah perempuan itu sebelum terpandang kepadanya. Hanim mengetap gigi. Sakit hatinya melihat Mikael tersenyum manis ke arah perempuan itu. Cantik sangat ke perempuan tu?
"Eh, Hanim. Kenapa masuk sini?" Mikael seperti terkejut. Asal? Dia tak boleh nak masuk sini ke? Nak aje dia balas begitu, tapi dia batalkan niatnya.
"Lia suruh bagi air ni." Cawan ditunjukkan kepada Mikael. Perempuan di hadapan Mikael memusingkan kepalanya. Hanim terkedu. Hanya satu perkataan sahaja dia dapat gambarkan sekarang. Cantik. Sumpah perempuan itu cantik.
"B-bell." Perempuan itu berdiri dan lantas mendekati Hanim. Melisa bagai tidak percaya. Dia salah lihatkah? Mikael dipandang bersama kerutan di dahi.
"Dia bukan Hannah." Masam muka Melisa.
"Tapi kenapa muka dia macam Bell?" Terkebil-kebil Hanim memandang ke arah mereka berdua. Apa benda ni? Dia tak faham. Bukan ke dia sepatutnya cemburu.
"Itu Hanim. Kakak kandung Hannah." Membulat mata Melisa. Dia menilik wajah gadis di hadapannya ini. Cantik. Mukanya ada iras-iras Hannah. Melisa tersenyum nipis.
"Hai, Hanim. Saya Melisa. Adik kandung Mikael." Melisa menghulurkan tangannya. Hanim terkejut. Ouh, adik Mikael rupanya. Dia ingatkan siapalah perempuan ini tadi.
"Sorry. Tangan penuh." Bukanlah dia ingin biadap. Tapi kedua-dua tangannya sedang memegang cawan. Jadi, bagaimana dia ingin bersalam dengan Melisa? Melisa menarik tangannya.
"Ouh maaf. Tak perasan." Melisa menepuk dahinya. Rasa tidak betul pula dirinya. Mungkin masih terkejut dengan kenyataan yang Hannah ada kakak. Selama ini apa yang dia tahu, Hannah anak tunggal. Tidak sangka pula yang Hannah ada kakak.
Hanim meletak cawan di atas meja kerja Mikael.
"Err jemputlah minum." Baru sahaja ingin pergi, Melisa menarik tangannya.
"Jom lah duduk sekali. Kita berbual-bual sedikit." Hanim memandang Mikael. Mikael mengangguk bersama senyuman.
"Okay." Hanim mengambil tempat di kerusi bersebelahan Melisa. Harapnya, soalan yang akan diajukan oleh Melisa biasa-biasa sahaja.
Terima kasih sudi baca<333
Maaf lama menghilang.QOTD
"Your comfort zone will kill you."
YOU ARE READING
CINTA SEBENAR MIKAEL 2 [C]
Romance[C O M P L E T E] Kesilapan lama mengajar dia erti sebenarnya cinta. Hilangnya seorang isteri sangat menghancurkan dia sehancur-hancurnya. Dia berubah menjadi dirinya yang lain. Perempuan yang mendekatinya akan ditolak mentah-mentah. Hanya seorang s...