BAB 5

3.1K 99 1
                                        

Setelah keputusan SPM diumumkan beberapa bulan lalu, rumah agam tiga tingkat milik keluarga Tengku Mokhtar meriah dengan kehadiran sanak saudara dan tetamu yang datang berkumpul. Majlis doa selamat diadakan serba sederhana, namun cukup meriah untuk meraikan pencapaian tiga beradik yang akan terbang ke luar negara tidak lama lagi.

Tapi di sebalik tawa dan pelukan, ada seseorang yang lebih selesa menjauhkan diri.

Tengku Aydan membuang pandang ke arah kerumunan tetamu yang hadir. Tidak mahu berlama-lama, Tengku Aydan bawa langkah ke dapur. Gelas kaca dicapai sebelum dia menuang jus buah yang diambil dari peti ais ke dalamnya. Kerusi ditarik. Jus buah perlahan-lahan diteguk sedikit demi sedikit. Oh, lega!

"Aydan?"

Suara itu. Suara yang tak pernah dia harap akan muncul saat ini. Hera berdiri di pintu dapur, pandangannya penuh persoalan.

Terus Tengku Aydan menoleh ke arah gadis itu. Haih... tak boleh ke beri dia ruang untuk bersendirian?

"What're you doing here?" soal Hera hairan apabila melihat Tengku Aydan duduk bersantai di dapur.

Tengku Aydan hanya memekakkan telinga. Dia bangun dan menyimpan semula kotak jus buah di dalam peti ais. Gelas yang telah digunakan dibawa ke sinki dan dibasuh sehingga bersih.

"Awak dengar tak saya tengah cakap ni? Awak ingat saya tunggul ke?" Hera sudah bercekak pinggang. Geram kerana Tengku Aydan berterusan tidak mengendahkan pertanyaannya.

"Aku dengar," balas Tengku Aydan acuh tak acuh.

"Ramai orang cari awak. Mama pun risau pasal awak tapi boleh pula awak buat hal," jelas Hera berang.

Dia menoleh sedikit, sebelum kembali fokus ke sinki. "Pahal diorang sibuk cari aku? Bukan ke ni majlis kau dengan Sara? Aku tak naklah nanti orang kata aku ni tukang sibuk."

"Who said that?"

"Akulah yang cakap," ujarnya dengan nada mendatar. Tengku Aydan menuju ke gantung buaian yang terikat pada siling beranda. Tubuh disandar padanya. Buaian dihayunkan ke depan dan ke belakang.

Hera mengikut dari belakang. "Mana ada. Papa kata majlis ni untuk awak jugak. Bukan ke awak dapat sambung belajar?"

Street...

Terhenti hayunan buaian gantung itu. Tengku Aydan bangun dan mula berjalan sepanjang balkoni. Senyuman sinis dia hadiahkan kepada Hera.

"Bullshit. Haha... so funny!" Meletus ketawa Tengku Aydan.

"Kenapa ketawa? I'm not making a joke." Terangkat kening sebelah kanan Hera.

"Kau ingat aku tak tahu? Don't act like you are stupid."

"Apa maksud awak ni, Tengku Aydan?" Berkerut dahi Hera apabila Tengku Aydan berkata begitu. Dia tak faham dengan perangai lelaki itu yang sering cakap sepatah-sepatah. Suka berkias. Mana dia tak pening kepala.

"Bukan aku bodoh. Sebenarnya aku tak dapat pun tawaran, tapi semuanya sebab kabel papa." Dia mengeluh sebelum membuka cerita di sebalik seribu satu tanda tanya Hera.

"Saya tak tahu. Papa tak cerita dengan saya pun," balas Hera dengan suara bergetar-getar. Tidak sampai hati hendak bertentang empat mata dengannya. Perlahan dia melangkah beberapa tapak ke belakang.

"Of course. Kau rasa kau siapa? Sedar diri kau tu sikit. Takkan dia nak cerita kat kau."

"Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Hera Qistina binti Nizam, bukan Hera Qistina binti Tengku Mokhtar," sambungnya lagi menyatakan kebenaran.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang