Lif akhirnya tiba di tingkat 21. Haih, lembap betul bergerak! Apabila nampak ruang yang agak sempit di tengah pintu lif, terus Tengku Aydan melompat keluar. Melajukan langkah ke arah bunyi bising berdekatan bilik pejabatnya, tanpa mengendahkan pandangan aneh pekerja lain. Normal. Seperti sudah terbiasa menerima pandangan sebegitu.
Tengku Aydan teruskan berjalan sehinggalah melepasi kaunter setiausaha. Kaget Fira tatkala menyedari kehadiran mengejut bosnya di situ. Tak sangka secepat itu Tengku Aydan membaca mesejnya dan naik ke pejabat. Memang dia dah bertawakal cukup-cukup kat Allah tadi sebelum bersetuju membuat kerja gila ini. Masak dia dengan bos!
Fira segera berlari ke arah Tengku Aydan untuk menahan langkah lelaki itu.
"Bos..."
"Move away!" jerkah Tengku Aydan garang seperti singa kelaparan. Pantas menepis tangan Fira menyebabkan setiausahanya itu berundur ke belakang. Bebola matanya yang bertukar merah benar-benar menakutkan orang yang memandang.
Pintu biliknya dihempas kuat ke dalam. Tak kisah lagi berapa ribu ringgit yang terbang sekarang.
Bam!
"Woi Sara, budak tak guna! Berani kau sentuh isteri aku!"
Hampir terkeluar anak tekak Tengku Aydan menjerit sebegitu kuat. Namun tak lama, ekpresi mukanya langsung mati tak berperasaan. Apakah? Macam tak mahu percaya dengan apa yang ditatap matanya sewaktu ini. Kedua-dua pipi ditepuk dua kali bagi memastikan dia tak bermimpi.
Tercengang.
What the fish! Dia kena prank ke apa?
Tiada sesi tarik-menarik rambut seperti yang diberitahu Fira. Tiada wajah yang masam mencuka seperti baru bergaduh. Tiada barang-barang miliknya yang pecah, kalau tidakpun semua masih tersusun atur pada posisi asal. Karpet merah yang terbentang menuju ke dalam disusuri. Agak terkejut dengan kewujudan kek dua tingkat yang diletakkan di tengah-tengah bilik.
Ruang pejabatnya yang serba hitam putih kini diberi nafas baru dengan unsur warna-warni di merata sudut. Belon-belon helium pelbagai warna berapungan ke atas menutupi keseluruhan siling. Paling tak dijangka, paparan yang ditayang pada skrin televisyen adalah serupa dengan figura lelaki yang dilihat ketika dalam perjalanan. Happy birthday Mr. Husband? Sekejap, dia ada lupa sesuatu yang penting dalam kalendar ke?
"Suprise, happy belated birthday!" sorak Hera penuh riang. Kek bento berperisa coklat Indulgence buatannya ditatang dan dibawa dekat dengan Tengku Aydan. Hera hanya menayang sengihan, terhibur dengan reaksi terkejut beruk suaminya.
"My birthday, mein engel? But how... how do you know?"
Kelipan mata Tengku Aydan seolah kanak-kanak yang termangu dengan kejutan amat mencuit hati Hera. Dia tahu lelaki itu masih terkesima dengan kejutan tak berapa nak jadi ini. Kalau dia datang lambat beberapa saat, sempat jugaklah Hera sambung menghabiskan ayat yang dia tulis dengan aising merah tadi.
"Yes... and yes, abang," angguk Hera, mengeyakan persoalannya.
"And those pictures of a handsome guy... is me?" Buat-buat tanya.
Hera ketawa. Angguk lagi.
"Hurm, hurm."
Kepala mereka berdua serta-merta terhala ke arah datangnya deheman itu. Terlupa kewujudan seekor nyamuk yang baru sahaja menganggu perbualan romantik mereka. Hera tepuk dahi perlahan.
"Amboi, bos tak minta maaf pun kat saya. Budak tak guna? Bos tahu tak ni idea kakak, bukan saya!" rungut Sara bernada tinggi sambil berpeluk tubuh. Gila dia tak terasa hati bila dilempar panggilan buruk itu?
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romansa𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
