BAB 7

2.9K 93 1
                                        

[KLIA - Balai Ketibaan Antarabangsa]

CERMIN mata Ray-Ban yang terletak elok di hidung mancung itu dibuka perlahan lalu disisip kemas ke dalam poket kemeja linen berwarna putih. Pemandangan yang dihiasi dengan awan biru sebentar tadi bertukar kepada panorama manusia yang rata-ratanya berkulit sawo matang dan berpakaian menutup aurat. Sah, dia dah sampai Malaysia!

Langkah Tengku Aydan terhenti sebaik sahaja melepasi pintu pelepasan antarabangsa. Matanya melilau ke sekeliling, mencari-cari kelibat yang sepatutnya muncul menjemput dirinya yang baru sahaja menjejak kaki di Malaysia. Nafas yang sesak selepas berjam-jam mengharungi awan kelabu dan lautan biru terasa lebih perit.

Tiada sorakan, tiada jeritan yang memanggil namanya seperti selalu. Mana signboard besar yang bertulis "Welcome back, Tengku Aydan Iskandar bin Tengku Mokhtar"? Mana semua bodyguard dan flashlight khas untuk menjemput anak kepada golongan kaya dan elit seperti yang dipamerkan di kaca televisyen?

Tak ada. Yang ada cuma suara bising dari speaker yang asyik ulang "Pastikan bagasi anda tidak ditinggalkan tanpa pengawasan..."

Cepat dia buang angan-angan tersebut jauh dari minda. Tengku Aydan menggenggam erat pemegang bagasi lalu melangkah ke ruang legar KLIA dengan lemah.

"Ingat aku ni tunggul ke? Takde perasan malu, tunggu diorang lama-lama kat sini. Mesti diorang lupakan aku!" gumamnya geram. Telefon pintar dikeluarkan seraya menukarkan mod pesawat kepada mod biasa. Jarinya lincah menyentuh skrin telefon. Nombor telefon Tengku Aminah ditekan pada pad panggilan.

Beberapa kali dia cuba mendail nombor yang sama tetapi balasan yang diterima tetap sama. Dia sudah lama teringin untuk mendengar suara merdu ibunya tetapi sejak tadi hanya suara operator yang tidak bernyawa kedengaran.

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi..."

Itu jelah ayat yang keluar dari telefonnya, macam tiada benda lain yang sedap didengar hawa telinga.

"Mama, tolonglah jawab. Just this once." Dia mencuba sekali lagi. Masih tiada sesiapa yang menjawab. Dia hampa.

"Hishhh...."

BAM! Tong sampah yang tidak bersalah ditendang hingga tercampak ke belakang. Habis berterabur semua isi dan sampah ke merata-rata tempat. Tak senonoh punya perangai. Nasib baik kat Malaysia, kalau tak buat malu tanah air sendiri sahaja.

"Aydan!" jerit seseorang.

Suara lantang bergema dari arah belakang. "Apa panggil nama aku? Takde nama sendiri eh? Kau nak apa? Ke kau nak kena tendang jugak macam tong sampah ni? Takde kerja nak cari gaduh dengan aku?"

"It's me, Hera. Adik-beradik sendiri pun dah lupa. Lama sangat ke duduk Jerman sampai tak ingat suara saya?" ujar satu suara bernada mengejek.

Tengku Aydan yang sedari tadi fokus membersihkan semula kotoran yang diciptanya tadi terhenti. Dia segera memalingkan muka ke arah suara itu.

"Oh..kau rupanya. Ingat siapa tadi," balas Tengku Aydan sambil tersenyum sinis. Tipu kalau dia tak ingat dengan suara itu. Kalau ada suara yang boleh tembus telinga macam peluru, confirm Hera.

"Kenapa? Muka macam cicak kobeng, ada hati nak cinderella level kayangan yang datang jemput awak. Wake up, Tengku Aydan! Kalau ikut hati, saya pun tak nak sambut selebriti tak cukup rating macam awak," bebel Hera panjang lebar.

Seperti kebiasaan, Tengku Aydan memang sinonim dengan muka seposennya setiap kali bertikam lidah dengan Hera. Memang tak nak kalah.

"So?"

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang