BADAN disandarkan pada kaca pintu gerbang hotel. Masa semakin cepat berlalu, jarum jam semakin tak berhenti berdetik. Namun dia masih tercongok di situ macam orang hilang arah tujuan dalam hidup. Mungkin dalam satu jam? Boleh juga sudah 2 jam. Berdiri dengan kasut tinggi 2 inci yang bertirus kecil, kulit tapak kaki terasa dicengkam kuat menyebabkan tompok-tompok merah yang berbekas mula muncul. Skaf hitam yang melorot ke bawah kerana lencun dibasahi peluh terus dimasukkan ke dalam beg tangan.
Street....
Sebuah kereta mewah elok memecut laju sebelum berhenti di tepi jalan. Permukaan badan kereta yang berkilauan menyala membuatkan Sara tertoleh kepadanya. Dengan selamba pemandunya menekan hon sehingga lantang berbunyi tanpa henti seolah satu jalan itu dia yang punya.
Sara terganga besar. Dah kenapa pulak orang dalam kereta itu? Sakit mental ke?
Pintu kereta ditolak kasar. Keluar seorang lelaki misteri yang berpakaian serba hitam satu badan. Topi hitam, baju hitam dan kaca mata hitam. Berkarisma sungguh langkahnya diorak ke arah gadis tidak bertudung itu. Terpisat-pisat Sara menyarung kembali kasut tingginya semula apabila perasan dia sedang didatangi oleh seseorang yang tidak dikenali.
Bentuk badan dan cara lelaki itu berjalan nampak familiar betul di matanya. Macam pernah nampak sebelum ini tetapi di mana ya? Sebentar, otaknya cuba menggali memori-memori lama yang sudah tertimbus jauh.
"Miss me, prinzessin?" Lelaki itu merendahkan sedikit kaca matanya ke bawah. Dia tersenyum nakal.
Hah, baru Sara dapat cam! Jayden, orang kanan kepercayaan Tengku Aydan aka rakan sekerjanya di pejabat.
"Jayden, what are you doing here?" soal Sara hairan. Tanpa tanda angin ribut, tiba-tiba figura Austin boleh berdiri di depannya sekarang. Pelik bin ajaib!
"Well! Just doing my work, of course!"
"Your work?" Makin berkerut dahi Sara.
"Bos suruh saya jaga awak. 24 hours. Mana awak pergi, dari mana awak balik? Awak naik apa? Dengan siapa awak keluar? Those details you should inform me first."
Mulut Sara melopong besar. Seakan tidak percaya akan apa yang baru didengarinya. Lubang telinga yang terdedah terus digonyoh kuat, mana tahu dia tersilap dengar. Dia tak pekak kan?
"Serius lah?"
Jayden angkat bahu malas.
"As you heard me."
Makin besar mulut Sara terbuka. Bayangkan jika gerak gerinya sepanjang hari diperhati dari jauh. Segala pergerakan ke mana-mana tempat menjadi terbatas dan perlu dilapor kepada Jayden terlebih dahulu. Langsung tiada ruang privasi yang tersisa kerana semuanya mesti sampai ke pengetahuan bos besar.
"Sejak bila dia caring pasal saya? Tak pernah pulak dia risaukan saya. Dulu bukan main, semua benda dia nak paksa. Sekarang dia nak paksa saya lagi? Gila ke apa!" tempelak Sara. Nasib baik Tengku Aydan masih lagi bercuti, kalau tak memang melayang kasut tingginya dibaling pada lelaki itu. Buat keputusan tak pernah tanya persetujuan daripada tuan badan.
"I am sorry, prinzessin. Saya tak nak paksa awak, jadi better awak ikut je arahan bos," nasihat Jayden.
Sara mengeluh panjang. "Siapa saya untuk melawan kan? Takpelah, saya reda kalau dia nak buat apapun. Tapi saya dah berjanji dengan orang lain pulak," balas Sara bernada merajuk.
"Don't you wonder why am I call you prinzessin? Because your name, Sara is already means a princess. And by this time, you should know that you are quite lucky to have that pretty name."
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
