Masuk-masuk je, ruang parking utama telah diisi satu kereta. Menunjukkan suami tercinta telah balik dari tempat kerja. Entah bagaimana mahu gambarkan betapa Hera rasa tak sedap hati. Betul seperti yang Hera agak, keluar figura tinggi lampai itu yang santai berbaju putih kosong dan berseluar sukan. Berpura-pura batuk kecil sebelum menghampiri mereka. Dengan muka tak berperasaan, ditongkat sikunya pada bumper belakang kereta Hera.
"Baru tahu jalan balik? Ingat dah lupa suami kat rumah." Sinis Tengku Aydan bertanya.
Harez lantas menuju ke arah mereka. Bahu tegap Tengku Aydan ditariknya dalam rangkulan sebelah tangan. Tak mengesahkan jelingan helang rakannya. Bak kata Gen Z, benda boleh bincang buat apa nak gaduh? Ke terbalik? Hahaha...
Hera hanya diam membisu. Tak berani masuk campur urusan brader-brader.
"Wei, bro. Sorry aku lupa nak bagitahu kau. Tadi aku jumpa dengan Hera sebab nak ambil barang yang aku tempah dari butik dia," terang Harraz.
"Oh yeah? Staf yang berlambak kat butik buat apa? Makan gaji buta?"
"Amboi mulut..." Tak sempat Hera menghabiskan kata-kata, Tengku Aydan pantas memotong.
"Hera Qistina, masuk dalam sekarang. Now!"
"Tapi..."
Tengku Aydan menjegil mata.
"Masuk!" Teriakannya sekuat petir yang membelah bumi. Buatkan lidah Hera kehilangan fungsi untuk menentang arahannya lagi. Macam robot yang baru dimasukkan atur cara. Automatik kaki diatur masuk ke dalam rumah.
Mata Tengku Aydan dialihkan pada lelaki yang datang bersama isterinya.
"Dan kau pulak, lain kali boleh je kau guna service van butik dia. Kau bukan takde duit. Berkepuk-kepuk kat peti besi. Alah... setakat bayar upah delivery je. Ataupun aku boleh suruh Jayden hantarkan. Budak tu bukan ada kerja sangat."
"Kau marah ke aku jumpa Hera?"
Pui!
Mulut meludah air liur ke arah longkang kecil betul-betul di sebelah kaki lima. Soalan tadika apalah yang si Harez pakai ni? Bikin hatinya semakin panas menggelegak je.
"Tak. Tak marah pun. Tapi kau nampak pagar rumah aku? Hah, tu jalan keluar. Pergi mampuslah dengan soalan bodoh kau tu!" Tengku Aydan memaki kesat. Sah-sah Hera isterinya. Mana taknya dia rasa nak hantuk kepala Harez kat dinding sekarang tetapi terpaksa ditahan. Bongok sangat!
Astaghfirullah, mencarut lagi...
Tengku Aydan mengorak langkah ke ruang tamu. Meninggalkan Harez yang masih terpinga-pinga berseorangan. Tak lama dengan itu, kedengaran bunyi deruman enjin kereta yang bising akibat berkali-kali ditekan minyak. Bunyi itu semakin lama dirasakan semakin jauh daripada sini.
"Awak haus? Nah, saya ada buatkan jus epal hijau untuk awak." Hera berkejaran menuju ke arahnya. Dengan segelas cawan yang dituang cecair hijau cair di tangan. Tertumpah sedikit ke lantai apabila Hera berhenti secara mengejut. Tanpa diarah terus dilap dengan kain lembap dapur.
"Chocolate. Frappe." Mendatar suara Tengku Aydan.
"Okey, saya order sekejap." Hera menggosok-gosok hujung seluarnya yang terkena jus. Bersihkan ala kadar supaya tak terlalu kelihatan kotor.
Selepas Hera siap membuat pembayaran untuk minuman suaminya, baru dia tukar seluar lain. Zaman sekarang mudah belaka. Semuanya di hujung jari. Jadi Hera tak berapa risau setiap kali suaminya mengidam minuman kegemarannya.
"Duduk sini depan aku, mein engel. Aku nak cakap dengan kau."
Hera mengangguk lalu terus duduk di hadapan Tengku Aydan.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
