BAB 15

2.9K 72 1
                                        

Sebuah papan tanda yang gah terpasang di depan butik dipandang dengan penuh rasa bangga. HÉRAYD Haute. Hera Qistina berdiri sambil tangan bersilang dada. Bibirnya mengukir senyum puas. Tak sia-sia dua bulan dia stay up malam-malam, siang kejar supplier, dan petang kena bebel dengan Tengku Aydan sebab lupa makan.

Namun segala persiapan tidak akan berhasil tanpa stafnya yang menjadi penggerak utama operasi butik. Dan hari ini buat julung kalinya Hera melancarkan pembukaan butik baharunya. Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhadapan dengan Bank Muamalat. Kedudukan yang dikira agak strategik kerana dikelilingi hotel-hotel dan kedai makan.

Pintu kaca butiknya dibuka luas. Angin dari luar menyapa masuk, bersatu dengan bau fabrik baharu dan lilin aroma lavender yang dibakar sejak pagi. Setia menanti kedatangan pelanggan lain walaupun keadaan butiknya sudah sibuk dengan manusia memilih produknya. Seawal 9 pagi, butiknya dirempuh masuk segerombolan pelanggan. Tak cukup tangan mereka melayan seorang demi seorang.

Live TikTok dijadualkan 5 minit lagi. Hera patut bersedia jiwa raga untuk menjawab setiap soalan yang akan muncul di ruang komen. Regangan muka dilakukan agar tidak kejang akibat tersenyum terlalu lama.

Iklan-iklan telah dimuat naik di media sosial oleh kumpulan pemasaran butiknya. Tidak pelik apabila warga Kuala Lumpur menyambut baik jenamanya. Mungkin disebabkan pengaruh papa atau sebagai isteri Tengku Aydan yang tersebar luas di pelosok bandar besar itu.

"Cik Hera, tempat shooting dah sedia. Kejap lagi kita dah nak mula," panggil Lau Yu Xin, pembantu peribadinya yang berbangsa Cina.

"Okey, I datang sekarang." Hera bingkas bangun lalu berjalan ke sebuah bilik yang menempatkan ruang penggambaran untuk siaran langsung. Langkah gadis genit yang memegang gulungan skrip dibuntuti.

"So, are you ready?"

"Yes!" Hera mengangguk yakin seraya duduk di bangku yang tersedia. Ketua direktor media sosial menghantar isyarat mata kepada kru-kru yang terlibat. Flashlight dipasang.

"Action, start!"

Butang merah ditekan. Kamera mula merakam. Wajah Hera terpapar live di TikTok dan Instagram butik mereka. Macam biasa, dia buka dengan signature intro dia yang dah terkenal tu.

"Assalamualaikum and hi, gorgeous people! I am Hera Qistina, the official founder of HÉRAYD Haute. Today, we will have an opening launching of my boutique. The location is tagged on my bio."

Lancar Hera mengucapkan ucapan perasmian. Banyak rak bergerak yang tergantung baju dan tudung jenamanya memasuki ruang bilik. Hera berdiri supaya dapat dilihat jelas oleh para pelanggan yang masuk ke Live.

Ruangan chat mula dipenuhi dengan komen. Emoji love, api, dan love lagi. Ada yang tanya pasal harga tudung, ada yang minta close up blouse chiffon, dan ada yang saja nak puji Hera. Berduyun-duyun mesej muncul di skrin tanpa henti. Laju benar mereka menaip. Pening kepala Hera mahu membaca setiap satu.

Nak baca satu, dalam beberapa saat sahaja hilang diganti dengan mesej lain. Ikon beg kuning yang tertera di skrin dilihat semakin bertambah nombor pembelinya. Dalam beberapa minit, hampir semua koleksi butiknya habis terjual.

Tet, tet...

Bunyi mesin pencetak resit berbunyi tanpa henti. Berterusan notifikasi pembelian memenuhi paparan terapung telefon. Printer yang berjumlah lima biji itu masih tidak mampu melawan kelajuan tangan pelanggannya yang membuat pembayaran.

"Ad! Resit ni dah jadi tali skipping ni! Ambik cepat!"

"Wei Mellysa, kau jagakan mesin tu!"

"Jap, aku tengah cek stok yang ada!"

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang