BAB 3

3.6K 116 3
                                        

"Nak rehat kejaplah. Otak aku dah macam kalkulator kena air."

Pen dakwat hitam di tangan Hera diletak perlahan pada meja. Buku latihan AddMath yang baru separuh muka surat Hera tulis jawapan ditolak ke depan. Nak rehatkan otak daripada menatap angka-angka yang berjela panjangnya.

"AddMath ni, kalau tak buat rasa nak pitam, mesti rasa nak nangis. Dah tu rasa rindu bila tinggal. Toxic relationship sangat. Ehh, apa aku merepek ni."

Kerusi yang Hera duduki ditolak ke belakang dan dia bingkas bangun. Rongga mulut terasa kering-kontang dan tekak yang berasa haus meminta untuk dibasah. Sejak dua jam Hera terperap dalam bilik mengulang kaji, dia belum lagi mengisi perut dengan apa-apa makanan. Jadi alang-alang itu, Hera hayunkan langkah ke tingkat bawah dan tegak ke arah dapur.

Mesin air Coway yang sederhana tinggi di sebelah sinki Hera hampiri. Cawan kaca yang dicapai dari rak dia tonggak di para mesin. Biarkan air panas mengalir memenuhi cawan. Hera bawakan cawan ke rak yang terletak bekas berisi serbuk minuman pelbagai jenis.

"Air Oligo ke air teh? Hmm, Oligo lah."

Serbuk Oligo dia capai dan dua sudu besar diletakkan ke dalam cawan sebelum dikacau hingga larut. Diminum tanpa gula dan susu pekat. Pelik kan Hera? Orang lain kalau boleh nak masuk bersudu-sudu gula dan banyak susu pekat. Tapi Hera entahlah, Oligo versi hati kental kot.

Termasuk yang Hera pegang ini, kira sudah empat biskut Hup Seng dia telan. Biarpun hanya biskut kering yang tawar tanpa rasa, jikalau dicicah dengan minuman panas memang ngam betul. Sedar-sedar je boleh satu balang dilantak seorang.

Macam selalu apabila perut sudah penuh, mulalah matanya terasa berat. Mengantuk punya pasal. Terpaksa juga Hera gagahkan kaki memanjat tangga ke bilik tidur. Bilik Sara yang bertentangan dengan bilik Hera dipandang. Masih terang. Maknanya penghuni di dalamnya juga belum merehatkan badan dan bersengkang mata kerana peperiksaan besar yang mendatang.

Hera menjeling pada skrin telefon pintar. Jam 12 malam tepat. Agak lewat dibandingkan hari biasa kerana selalunya mereka sudah tutup lampu sekiranya jarum menyentuh angka 11 malam.

Hera melangkah ke bilik Sara untuk melihat keadaannya. Baru sahaja dia berura-ura mengetuk pintu, Hera terdengar suara orang yang sedang berbual dari dalam. Suara lelaki dan perempuan. Spontan, langkahnya mati.

"Nanti saya call awak balik. Saya pun tengah study ni."

Sayup-sayup telinga Hera menangkap butir perbualan mereka seperti kehilangan fungsi. Sayangnya satu patah huruf pun Hera tak faham. Haih, telinga dia malam-malam ni bukan boleh guna pun.

Oleh sebab malas hendak menjaga tepi kain orang, Hera menghayunkan langkah ke biliknya semula. Bimbang kehadirannya di sebalik pintu disedari oleh Sara. Pintu bilik ditutup rapat lalu Hera menghempaskan badannya ke katil.

"Sejak bila Sara rapat dengan Harez? Tak mungkin... setakat kawan biasa je kot,"fikir Hera positif.

Tok, tok, tok.........

Ketukan keras yang bertalu-talu pada pintu mematikan lamunan Hera.

"Boleh aku masuk?"

Senyap. Tiada sahutan dari dalam.

"Hoi, kau dengar tak?"

"Siapa tu?" jawab Hera malas.

"Akulah,"sahut suara garau dari luar.

"Aku? Siapa aku? Saya rasa takde orang nama aku dalam rumah ni."

Tengku Aydan terdiam sejenak dan hilang kata-kata. Kepalanya yang tak gatal digaru perlahan. Eh, buat lawak pula perempuan ni!

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang