Angin bertiup agak kencang pada waktu malam. Sejuk. Nyaman. Berdendang sambil memalaskan diri pada buaian gantung amat menyenangkan. Namun hari ini terasa lain. Entah, rasa kosong.
Mungkin kerana hari ini setahun selepas kematian mama. Juga beberapa bulan selepas kehilangan seorang pahlawan yang berharga buat agama. Walaupun baru Hera tahu Jayden atau patut dia panggil Firdaus al-Qarar selamat menghembuskan nafas sebagai saudara seIslam.
"Mein engel, termenung apa tu?"
Lembut suara suaminga menyapa gegendang telinga. Hera menggeleng.
"Tak ada apa-apa. Saya cuma..." Mata Hera turun ke riba, merenung sekeping foto terpotret wajah insan tersayang. "Rindu."
"Sayang rindu mama?"soal Tengku Aydan melayan rindu isterinya. Sedangkan baru pagi tadi mereka telah mengadakan kenduri doa selamat.
"Mestilah. Saya rindu mama sangat-sangat. Saya tak berhenti fikir..."
Tengku Aydan terus mendorong Hera ke dalam rangkulannya.
"Dah, tak yah fikir lagi. Kalau sesuatu benda tu boleh buat sayang sedih, sayang kena rehat dan tenangkan diri. Bukan abang halang sayang untuk fikir pasal mama tapi sayang kena utamakan kesihatan sayang dulu,"nasihat Tengku Aydan risau. Tangan mengusap-ngusap perut memboyot Hera. "Kesihatan anak lelaki kita."
Betul juga cakap Tengku Aydan. Sedih-sedih pun Hera masih perlu mengambil kira kesihatan kandungan keduanya. Makan minum tak tentu hala sejak mengandung. Angin mak budak kot. Kalau dia marah, dia mogok tak mahu makan seharian.
"Maafkan saya, abang. Saya selalu susahkan abang untuk paksa saya makan." Hera minta maaf.
Belum masuk Tengku Aydan muntah-muntah kerana alahan mengandung. Padahal Hera yang mengandung, tapi lelaki itu yang sering berasa loya dan mual. Tandas sudah menjadi tempat singgahan wajibnya kala di rumah pada setiap masa. Hera pula yang jatuh kasihan.
Tengku Aydan geleng menidakkan. "Siapa kata susah?"
Hera kehilangan kata-kata. Ya, dia sendiri yang selalu berpendapat begitu. Suaminya tak pernah dilihat merungut atau mengeluarkan keluhan apabila menjaganya. Buat kerja pun dari rumah. Kecuali ada hal kecemasan atau mesyuarat dengan klien, Tengku Aydan terpaksa tinggalkan dia seketika dengan Fira. Fira pun tak kisah.
"Sorry." Tunduk.
"Abang tak marahlah." Rambut Hera dielus. Wanita mengandung biasanya memang akan terlebih sensitif. Silap cakap, mahu merajuk isterinya. "Lagipun alahan suami maksudnya suami sayangkan isteri sangat-sangat. Dan saya, Tengku Aydan Iskandar amat sayangkan Hera Qistina dengan seluruh hati saya."
"Yeke? Suruh beli roti ikan bilis kat 7E pun tak boleh." Hera sengaja cari gaduh.
"Abang dah pergi merata-rata 7E kat KL ni. Satu-satu abang cari roti yang sayang nak. Bila tak ada jenama tu, abang beli perisa yang sama tapi jenama lain. Harap sayang sukalah sebab ikan bilis juga. Lagipun masa tu dah pukul 2 pagi, mein engel."
Muka Hera monyok. Nampaknya dia kalah lagi dengan jawapan soft spoken Tengku Aydan. Walaupun dia selalu menembaknya dengan soalan-soalan cari gaduh, dia berjaya menjawab tanpa perlu menengkingnya. Sabar sahaja dia melayan rajuk Hera.
"Abang, nak main satu permainan tak?"
"Permainan apa?"
"Truth or Dare."
Pergerakan Tengku Aydan membeku. Sepintas perkataan itu seperti familiar benar dengan dirinya yang dulu. Dirinya yang playboy. Dirinya yang kaki perempuan. Dirinya yang sesuka hati bercumbu dengan mana-mana perempuan cantik.
ANDA SEDANG MEMBACA
KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
Romance𝐇𝐄𝐑𝐀 𝐐𝐈𝐒𝐓𝐈𝐍𝐀. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka...
