BAB 14

2.8K 66 2
                                        

Hera mengelap peluh yang tak berhenti mencurah dengan belakang tapak tangan. Helaan lelah dilepaskan. Sarapan pagi ini bukan calang-calang-Full English Breakfast, khas untuk seorang suami yang punya selera 'mat saleh' sejak azali. Alas pinggan untuk dua orang makan ditempatkan saling berhadapan. Satu untuk suaminya dan satu lagi untuk dirinya. Pinggan yang diisi dengan sarapan diletakkan setiap satu padanya. Tak lupa juga secawan kopi panas untuk suaminya dan segelas susu hangat untuk dirinya sendiri.

"Erm..."

Satu deheman kuat dari atas tangga langsung membuatkan Hera menoleh laju. Tengku Aydan muncul dengan kemeja biru pekat dan kot hitam tersarung kemas. Aroma minyak wangi berjenama Parfums de Marley Layton yang disembur ke badan merebak ke seluruh ruang.

"Awak nak makan? Saya dah siap masak breakfast." Hera meluru ke arah suaminya sambil tersenyum.

Tangannya tiba-tiba digenggam. Tengku Aydan menyelitkan sehelai tali leher berbelang hitam pada tangan Hera. Tubuhnya direndahkan sedikit untuk berdiri sama tinggi dan leher dirapatkan padanya.

"Pakaikan," pinta Tengku Aydan ringkas.

Hera menurut, jari-jemari yang lincah melilit tali leher, membentuk simpulan sempurna seperti latihan bertahun-tahun. Matanya bertembung dengan milik Aydan sejenak, namun terus dialih ke tali leher.

"Kau masak apa tadi? Dari bilik aku boleh bau," soal Tengku Aydan sambil memanjangkan leher untuk melihat hidangan sarapan yang Hera sajikan di meja makan.

Tanpa buang masa, Hera menariknya ke meja besar di tengah-tengah ruang dapur. Kerusi utama ditarik ke belakang untuk suaminya. Napkin yang digubah ala-ala hotel dibuka daripada bentuk asalnya lalu dialaskan pada paha suaminya.

"Full English Breakfast, especially made for Mr. Aydan." Lancar sebutan Inggeris meluncur di bibir Hera seraya mengambil tempat duduk.

"Looks interesting .... for the first impression. Tapi tak semestinya sedapkan?"

Baru Hera berura untuk tersenyum bangga kerana mendapat pujian buat kali pertama selepas sah menjadi suami isteri. Akan tetapi ayat terakhir suaminya memudarkan lengkungan lebar yang terbentuk di mukanya.

"Cuba rasa dulu. Tak kenal maka tak cinta. Lepas rasa, mesti awak jatuh cinta dengan masakan saya," katanya sebelum mencucuk sosej ayam yang telah dipotong kecil dan disuap ke mulut. Sedap!

"Beria siot muka kau. Entah tak sedap, meh sini aku rasa." Dengan penuh rasa curiga, Tengku Aydan turut melakukan hal yang sama. Tiga biji sosej dicapai tangan lalu disumbat tamak ke mulut. Ketulan isi ayam dikunyah perlahan.

Berkelip-kelip mata Hera menunggu reaksinya terhadap masakannya.

"Sedap tak?" Aksi terujanya serupa kanak-kanak yang menunggu habuan gula-gula.

"Tak. Tawar. Dan kacang panggang ni..." Tengku Aydan tak terus menyambung namun sebaliknya menyumbat satu sudu besar kacang panggang ke mulut.

Eleh, mulut cakap tak sedap tapi sudah bersudu-sudu suapan dia telan licin! Lagi satu, takkan Hera kena tambah garam setiap kali goreng sosej? Tak pernah dibuat orang! Biul ke suami aku ni?

"Tak sedap," sambung Tengku Aydan ayatnya yang tergantung tadi.

Hera tarik muka. "Ish... cuba puji saya sikit,"

"Kau nak aku puji ke?"

Bibir Hera ternaik sedikit di tepi. Geram dengan sikap Tengku Aydan yang tidak berusaha untuk memahami isi hati isteri sendiri. Hera tak berharap bulan bintang sebagai balasan. Cukup dengan pujian ikhlas daripadanya.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang