BAB 12

2.8K 83 3
                                        

Pintu bilik ditolak lemah. Satu demi satu langkah dibawa ke arah katil pengantin yang telah dihias indah dengan angsa betina yang digubah daripada tuala. Hera mencebik kecil. Kelopak mawar merah yang bertaburan di atas katil Hera tepis ke tepi. Agak rimas pada pandangannya.

Selepas menyahhapus segala objek yang mengganggu perbaringannya, tanpa buang masa Hera merebahkan badan yang masih tersarung persalinan pengantin pada katil. Otot muka terasa semakin longgar walaupun kerjanya hanya menayang senyuman selama 6 jam lamanya. Sadis bukan ceritanya, senyum pun boleh jadi punca masalah dunia bagi manusia bernama Hera Qistina.

Entah kenapa, Hera merasakan setiap titisan peluh yang membanjiri dahi akibat pancaran matahari terik sepanjang majlis langsung tidak berbaloi. Setiap senyuman yang dilemparkan saat ditegur oleh kawan rapat mahupun ahli keluarga semuanya adalah palsu belaka.

Mungkin mereka buta untuk tak perasan kerana kehandalan tersembunyinya yang pandai berlakon dan bijak mengawal ekspresi muka. Namun sebagai pelakunya, Hera tahu hatinya bagai terpaksa merelakan hal yang berlaku.

Pin dan peniti yang disemat pada tudungnya dibuka. Lantas kain material satin itu Hera tarik daripada menutupi mahkota yang dijaga buat yang halal. Dan sekarang harta yang paling berharga baginya kini menjadi hak milik Tengku Aydan juga.

Dari hujung rambut sehingga hujung kaki sekarang halal menjadi tatapan suaminya. Hera tahu keadaan akan menjadi sedikit kekok kerana dia tak pernah mendedahkan auratnya di depan Tengku Aydan. Berbeza dengan Sara, adiknya memang tidak bertudung sejak dulu. Namun lama-kelamaan Hera perlu membiasakan diri dan cepat mengadaptasi dengan perubahan di sekelilingnya setelah sah menjadi isteri Tengku Aydan.

Kreekkkk..

Pintu dibuka dari luar. Tanda suaminya memasuki bilik yang diduduki sekarang. Namun saka pemalas dalam diri bagai merasuknya untuk tidak terus bangkit. Bisikan halus di telinga mempengaruhinya untuk kekal statik di tempat dia berbaring.

Mata terus dipejam rapat. Membiarkan dirinya terpacak di situ.

"Sampai bila kau nak bertenggek macam pontianak kat katil aku?" soal Tengku Aydan bernada sinis lalu menyinsing lengan baju.

Hera tersentak kuat. Soalan berbisa yang keluar dari mulut tak bertapis Tengku Aydan automatik memaksanya untuk bangun menghadap suaminya. Air liur tawar ditelan. Baru sedar dia ditenungnya dari tadi.

"Apa?" Hera berpura-pura tak tahu.

"Apa kau tanya? Soalan aku tadi kau tak jawab dan sekarang kau tanya aku balik?"

"Yelah, membebel je awak tahu! Ok saya jawab. Kenapa? Tak boleh? Ada cop nama awak ke kat katil ni? Takde kan?" Mulut Hera pantas, sinisnya setanding suaminya.

"Memang tak boleh! Ni bilik aku dan semua benda kat bilik ni termasuk katil yang kau baring tu aku punya!"

Tengku Aydan masih tak mahu mengalah. Kuasa veto sebagai suami disalah guna dengan menuntut segala harta benda di sekitarnya merupakan miliknya. Maklumlah bilik yang menjadi medan pertikaman mulut mereka sekarang ialah bilik lamanya.

Amboi, macam itu lebih baik tak payah kahwin!

"Jadi awak nak claim lah ni?" Hera angkat kening. Mulut dicebikkan ke atas. Api kebencian bagai menjulang-julang sehingga membakar hangus hatinya sewaktu ini. Bilik yang telah dipasang pendingin hawa bersuhu 16 darjah celcius tidak mampu melenyapkan rasa bahang yang perlahan menjalar segenap tubuhnya.

"Memang pun! Dan aku nak kau blah dari situ sebab aku nak tidur. Kau boleh tidur kat mana-mana tempat yang kau nak. Kalau nak selesa sikit, dipersilakan tidur kat sofa panjang tu," kata Tengku Aydan sambil mengarahkan jari telunjuknya pada sofa di sudut bilik.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang