BAB 18

2.5K 66 3
                                        

"Awak, saya dah siap..." Hera terjeda. Tercengang kerana suasana kedai nenek yang bersepah dengan kotak-kotak di merata tempat. Habis licin semua rak pameran yang tinggal beberapa sahaja. Semua coklat dikeluarkan daripada tempat asalnya.

Dengan perasaan sangsi yang meluap-luap, cepat Hera mengorak langkah ke luar perkarangan kedai. Suaminya ada sekali. Dia tidak canggung berbual dengan staf lelaki yang sedang bertungkus-lumus memunggah kotak ke dalam sebuah lori treler milik syarikat. Namun ada dua lagi lori di sebelahnya. Hera menarik tangan Tengku Aydan untuk mencipta jarak yang lebih jauh daripada orang lain.

"Mein engel, apahal kau lari-lari ni? Nanti kau jatuh, aku yang susah," soal Tengku Aydan ganjil dengan Hera yang tiba-tiba terkejar mendapatkannya.

"What's all this for, Mr husband? Awak ke yang beli semua ni?"

"Aah."

"Saya tahulah awak suka coklat, tapi takkan semua benda awak nak beli? Siapa nak habiskan banyak-banyak ni? Nak gemuk?"

"Untuk kaulah. Tadi kau kata nak beri staf kau dengan Sara sekali. Tapi, aku yang kurus berotot ni kau kata gemuk? Kenapa? Kau cemburu ke aku tak gemuk even though aku makan banyak?" tempelaknya balik.

"Awak ni!" Suaranya ikut meninggi kerana tercabar dengan kelancangan mulut Tengku Aydan yang selaju kereta api elektrik Jepun.

Hera jealous? Hello! Dianugerahkan badan berbentuk jam pasir sejak zaman remaja dan masih kekal bertahan sehingga dia memasuki alam perkahwinan adalah satu nikmat yang paling dia syukuri. Tak ada maknanya nak dengki dengan lelaki itu!

"Kau ni bisinglah! Ke kau nak aku beli semua kedai kat barisan ni? Baru kau puas hati?" sindir Tengku Aydan sambil dua belah telinga dikatup rapat dengan tangan.

"Sebab saya nak, awak beli?"

"Tak adalah. Sebenarnya aku nak belikan hadiah untuk staf aku jugak. Bukan kau je."

Nadi Hera terasa berhenti berdenyut. Jujur terus terang, hatinya bagai disiat-siat satu persatu saat Tengku Aydan menuturkan kata-kata yang mungkin tak adalah kesat mana pada telinga. Adakah dia sahaja yang terlalu mudah terasa dan berkecil hati?

"Wow, masyuk kedai nenek hari ni! Eh, Encik Tengku dengan Puan Hera pun ada?"

Mereka berdua berpaling. Iman rupanya.

"Encik Tengku yang beli semua ni?"

Hera mengangguk terpaksa, mewakili suamiku yang hanya berdiam diri.

"Yeke? Ya Allah, terima kasih sangat. Beruntung nenek dapat pelanggan baik hati macam korang berdua," puji Iman dengan mukanya terpancar keterujaan yang menjulang. Bergeliga otaknya menghitung-hitung ganjaran yang hendak ditapau daripada nenek. Oleh sebab dirinya merupakan cucu tunggul keluarga, jadi tak pelik jika seluruh kasih sayang dan perhatian nenek tumpah pada Iman seorang.

"Budak kahaq ni! Awat hang belemoih lagu ni? Log laq betui!" Jeritan lantang nenek bermaharajalela sepanjang barisan kedai.

"Chek terpe gheluih. Tergelinciaq masuk ayaq achaq tadi." Iman beri alasan. Kain labuhnya yang berbau hapak dihalakan kepada nenek. Sumpah dia begitu terburu-terburu semasa berjalan kaki dari rumahnya sehingga tak menyedari ada longkang kecil di bawah.

"Dah, biaq depa berdua kat situ. Hang pi panchoq tukaq baju," arah nenek tegas.

Langkah longlai Iman bawakan ke arah nenek. Namun sempat dia mencuri toleh ke belakang untuk melambai ke arah pasangan itu.

"Bye!"

"Bye!" Hera lambai balik.

"Dah puas tenung muka Iman?"

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang